Sunday, February 1, 2009

Aku sudah berpindah..

SALAM SEMUA,

Keadaan kesihatan yg tidak mengizinkan & keBZan yg melanda membuatkan dah lama aku tak mengisi ruangan ini.

Kebetulannya pula, aku sendiri memang mahu berpindah dari halaman Setulus Maya. Lebih tepat lagi, aku juga akan memulakan kehidupan baru ditempat yg baru tidak lama lagi (insyaallah,... tapi tarikhnya belum diputuskan). Untuk belajar berhadapan dgn situasi ditempat baru, aku pindahkan dulu rumahku ini.... hehehe....

Kepada kalian yg pernah sudi meluangkan masa di Setulus Maya, sudi2lah juga singgah ke halamanku yg baru.....

Semoga ketemu kalian disana.......
Wasalam.......

Wednesday, January 21, 2009

Mood yg terbang

Beberapa hari ni mood seakan terbang melayang, makanya tiada n3 yg menghiasi ruangan ini.
Kebetulan juga keadaan kesihatan yg tidak menentu, membuatkan aku makin malas nak menulis.
Nanti bila dah rajin, mood baru dah bangkit, aku tulis lagilah....

Friday, January 16, 2009

Hakikat Kehidupan

Hari ini kutemui satu kedamaian
Senyumnya pengubat resah dihati
Tawanya penawar segala kedukaan

Hari ini kuakui hakikat kehidupan
Bukan silapnya andai dia menyintaiku
Bukan salahku juga andai aku menyayangi dia

Namun sebuah kepastian telah menanti
Aku dan dia ditakdirkan bertemu
Berkongsi segala rasa suka & duka
Tapi kami bertemu bukan untuk bersatu!




Thursday, January 15, 2009

Kecewa

Temanku adalah kesepian
yg sudi menemani saat rindu itu hadir
yg setia disisi saat kecewa itu singgah

Temanku adalah kelukaan
yg terasa begitu pedih dan perit
bagai dihiris sembilu berbisa

Temanku adalah kekecewaan
yg senantiasa membelit jiwa
saat hati ini sekali lagi kau lukakan!

Aku adalah aku...

2-3 hari ni aku byk menilik diri sendiri. Segala kekurangan & kelebihan aku catatkan. Tapi aku tahu bukan aku yg sepatutnya menilai setiap kekurangan mahupun kelebihan diri. Setiap manusia memang tiada yg sempurna. Tahun ni umur bertambah lagi @ dah jadi 33. (Nasib baik aku lahir bulan December, so belum genap 33 la kan!... hahaha).
Aku ingin memiliki kebahagiaan yg hakiki. Bukan bermakna hidup aku tidak bahagia kini, tetapi adakalanya aku merasakan kehidupan ini masih ada yg kurang. Entah dimana kurangnya, aku sendiri tak pasti.
Ibu kata aku terlalu byk memendam perasaan. Benarkah?.... Mungkin bagi aku tidak salah andai segalanya aku pendam sendirian krn aku tidak mahu ada hati yg bakal terluka atau tersinggung. Biarlah rasa pahit ataupun manis itu aku telan sendirian.
Memang beginilah seorang aku. Ketawa bila aku gembira. Menangis bila aku bersedih. Bahagia bila aku dihargai. Kecewa bila aku dilukakan... (pastinya kalian juga sama seperti aku!). Dan apa yg pasti berkenaan seorg aku, rahsia di hati tiada siapa yg tahu!...
Eh, apa yg aku merepek ni????.......

Tuesday, January 13, 2009

Hari Bengang

Hari ni diisyhtiharkan sebagai Hari Bengang pada aku. Alkisahnya:-
Mlm semlm aku bengang dgn sorang minah kengkang yg suka parking kereta dia merata depan rumah aku. Dah byk kali ckp, tp masih tak faham2 bahasa. Parking ikut sedap sampai tak kira tu kawasan saper. Kalo ikut sakit hati, memang aku langgar jer Viva dia dgn Gen2 aku tu! Baru padan muka cekodok dia. Bapak dia buat bussiness use car pun suka ambil tempat parking org lain. Bila ditegur terus naik hantu. Anak beranak sama ajer!!!.....
Pagi ni pulak, kereta dah berderet time nak turun kat simpang Bandar Baru Sentul. Memasing kenalah bersabar utk kesejahteraan bersama. Aku & pemandu berhemah yg lain dgn penuh sabarnya menunggu giliran berselang seli utk meneruskan perjalanan (dr 2 line kpd 1 line). Tetiba, ada teksi lahabau ni membelok (dr arah bertentangan) tanpa memberi signal. Nasib baik aku sempat tekan brek, kalo tak dah tentu muncung Gen2 aku tercium Teksi Iswara yang dipandu oleh org gila tu!... memang siut, pepagi dah bikin onar. Pemandu teksi yg tak sabar ni bukan sahaja membahayakan nyawa aku tetapi seorng pakcik yg sedang menunggang motor hampir menjadi mangsa. Nasib baik pakcik tu tak jatuh. Bayangkanlah kalo pakcik tu jatuh,... oh tidak.... kesian pakcik tu. Aku doakan pemandu teksi yg pentingkan diri sendiri tu akan menerima balasan yg setimpal supaya dia sedar sikap gelojoh dia boleh menyebabkan bencana pd org lain!!!!.....
Kemudiannya, sampai simpang traffic light nak masuk ke office aku, sebuah teksi telah berhenti dibahu jalan (betul2 tang corner) tanpa memberi signal. Seorang penunggang motor telah melanggar bontot teksi tu & aku sendiri hampir teradak sama. Pagi ni ajer, dah berapa kali aku emergency brek!!!!!........ huaaaaaaaa bengangnya aku...... Apasal pemandu teksi ni suka ingat jln raya ni bapak dia punye. Nak berhenti, nak masuk nak buat apa2 ikut suka hati dia. Sungguh tidak bertanggungjawab.
Sudahnya aku membebel sorang2 meluahkan rasa tidak puas hati atas tragedi yg benar2 menyakitkan hati aku....

Secebis aksi







"Lost World of Tambun"

























"PORT DICKSON"













"D'VILLAGE RESORT, MALACCA"