Friday, November 28, 2008

Salahke?

Bestnye esok cuti. Hubby tak balik KL this week. Ingatkan esok nak bw Fakhri & Faris jogging kat Tasik Perdana (Fazly tgh holiday kat rumah mak long dia)... Nasib baik tak cakap lagi dgn budak 2 org tu. Sebabnya, baru jer sekejap tadi Opah gemuk (my mother in law) call, bgtahu yg dia jadi pindah esok. huaaaaaaaaaaaaaaa...... aku kena gak tolong nampak gayanya.

Aku ni bukan malas nak menolong, tapi aku tak suka nak buat keje kalo tak planning betul2. Actually, last week masa aku jumpa mak mentua aku, aku cakap dgn dia, beli tikargetah & boleh pi pasang dulu. Tapi mak mentua aku kata tak pe, nanti boleh pasang sekali time angkat barang tu. Hah?!!!!.....

Aku call hubby, bgtahu yg mak tak planning elok2. Esok nak angkat barang, esok nak cari tikar getah, esok gak nak pasang tikar getah.... Then hubby jawab ringkas... "tak payah tolonglah. Cakap dgn mak, esok nak balik kampung....badan tak penat, otak tak letih pikir... Andak dengan Achik (adik hubby) kan ada, biar dorang tolong....."

Cis, aku ni bukan nak jadi menantu hantu. Aku call hubby sebab nak suruh dia cakap dgn mak dia, p pasang tikar getah malam ni. Then esok terus angkat & susun barang. Pas tu hubby bagi alasan bengong pulak.

Aku call ibu pulak. Tahulah ibu aku ni. Dia ckp dgn aku pulak.. "ala, bukan susah pun nak pasang tikar getah. Bentang jer...Yg kecoh2 ni kenapa? Kalo malas nak tolong, tak payah pergi...."

Ek eleh..... salah ke aku nak atur plan elok2 utk mudahkan keje esok hari?...Tapi kenapa semua orang tak nak faham maksud aku.... waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

Apa2 pun, kepada kome yg akan bercuti esok, selamat berseronok dihujung minggu.

Thursday, November 27, 2008

Angin lagi!

Hari ni dah Khamis, tinggal 1 hari jer nak tiba Jumaat. Entah kenapa minggu ni jadi minggu yg menyakitkan hati. Rasanya semua insan2 kat sekeliling aku (yg berkaitan hal opis jer tau!)... ni asyik menyakitkan hati aku jer.
Petang semalam, aku rasa nak sepak jer muka pompuan LHDN yg jawab phone aku..... (pekerja "gomen" yg sah2 makan gaji buta!!)

Aku : Saya nak tanya pasal Notis Taksiran, no.........

Pompuan : Kejap
(Telefon x hold, aku boleh dgr dia menceceh pasal masak
asam pedas mak mentua dia.... pasal laki dia lah..)

Hampir 10 minit kemudian... (telinga aku dah berasap)....

Pompuan : Notis Taksiran dah keluar 11hb....

Aku : Eh, last friday sy call (14hb) kata siap lagi.... Sekrg kata
dah keluar on 11 pulak..... Boleh saya collect by hand?

Pompuan : Sorry Cik, kami dah pos.

Aku : Bila?..

Pompuan : Notis tarikh 11hb, dah pos lah!... (Nada tinggi, mcm nenek
lampir suara dia)..

Aku : Kalau dah pos kenapa sampai hari ni sy x dpt lagi....
From KL to KL x kan tunggu sebulan nak sampai....

Pompuan : Tunggu je lah Cik... (terus letak phone tanpa sempat dgr
sepatah dua kata dari aku)....

Memang sah pompuan tu nak kena tangan dgn aku. Nasib baik dia kat hujung talian, kalau depan mata aku....dah lebam bijik mata kau!!...

Aku bukan tak faham keje org "gomen", tapi aku bengang dgn cara depa. Kenapa susah sangat nak bersikap sopan dgn client. Dah la sesama melayu, sesama Islam.... tak tahu ke budi bahasa tu budaya kita?... (Cikgu dia tak sempat ajar masa sekolah dulu la tu!!)...

Pagi ni aku g amik surat kat box..... masih tiada Notis Taksiran yg aku tunggu tu... Siot punye pompuan .... @!@!@!@!@!@...
ANGINNYEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!!!!!!!!!!!!!!......

Tuesday, November 25, 2008

PANAS & BENGANG

Pagi2 hati aku sudah panas. Kepala otak pun bengang. Sakitnya hati bila org tak menghargai penat lelah aku kat sini. Dah la buat semua sorang2. Sampai nak makan minum (apa lagi nak g tandas) pun tak sempat. At last, pasal org lain, aku juga yg kena bambu!!!! (Walaupun kena bambu dr dlm e-mail, aku terasa "dia" ada kat depan mata aku!!)... Ikutkan hati hari ni jugak aku nak lari cari keje lain!!!!!....

Memang hari ni hari BENGANG sedunia!.

Monday, November 24, 2008

Novel baru


Novel2 baru sampai dr JS last Friday. Dah siap balut & x sabar nak baca. Sekrng ni hubby dah jauh, so bolehlah aku membaca tiap2 malam lepas Faris tidur.... (Tapi, lately, buku yg baca aku bukan aku yg baca buku! hehehe)...
2 novel yg dah khatam last week. Dlm penat2 x cukup tido, sempat gak aku habiskan. Seronok bila dah habis baca & tahu kesudahan cerita.... Nanti2 aku review lah. Tapi kpd sesaper yg x tahu nak baca apa, carilah novel2 ni... best sih!....
HARI NI,... aku tgh undi nak start baca KENANGAN TERINDAH (HEZZY AZRA) ataupun DILANGIT CINTA (LILY HASLINA NASIR).... Dah lama x baca buku Alaf21 ni. Mana nak start dulu yek?.... (hehehe, MOT aku byk x siap lagi..... huaaaaaaaaa.........)


Konsert Faris


Last Friday, aku & hubby seronok tgk 1st show Faris. Hehehe.... x sangka anak aku tu boleh menari rupanye..... Since dia baru 5 tahun, x de la dapat Sijil this year. Tapi aku tgk dia happening betul sepanjang konsert berlangsung. Harap2 next year konsert dia lagi gempak lagi!!...

Baru siap2 ni...
Tgh line up, tunggu turn nak make-up...


Kita pun nak pakai lipstic jugak tau!..

Faris dgn "baby".....

Faris dapat hadiah nanti!!..

Faris tunggu turn nak naik stage..

Faris dapat "gold"!



Thursday, November 20, 2008

BILA NYSRAH KATA TAK MAHU

Novel ni member aku (TAM) yg rekomen. Dia dah baca, then dia minta aku baca pulak. Katanye novel ni best. Since aku ni dah jarang keluar melepak kat bookshop, aku pun order online jer from JS. So far, buku2 terbitan JS yg aku dah baca memang best. Antara terbitan JS yg terawal aku dptkan,.. Surat Ungu Untuk Nuha (Noor Suraya), Lili Buat Najah (Nazurah Aishah), Garis2 Dejavu( (John Norafizan) & 5 Tahun 5 Bulan (Hlovate)… Semua novel2 ni, perghh…. Memang best!

Member aku ni nak sgt tahu pendapat aku tentang novel Aidil Khalid ni…. Macamlah aku ni penulis professional nak suruh aku komen. Aku tak suka komen2 novel yg aku baca. Sebabnya bagi aku setiap penulis ada gaya mereka tersendiri. (Sebenarnya member aku ni x puas hati bab ending novel BNKTM ni…..)

Aku pun bacalah BNKTM……………. Ianya mengisahkan tentang Nysrah yg begitu berani (pendapat akulah). Setiap kali cuti sekolah, dia akan menaiki keretapi bersendirian dari Kelantan ke Bahau. Nasibnya malang, bertemu dgn org gila yg cuba mencabulnya (sebenarnya pencabul ni seorang Sarjan)… kehilangan beg termasuk duit & dokumen penting pengenalan diri… Krn nasibnya yg malang juga dia bertemu Budi Alam. Lelaki ini membuat Nysrah dibuai perasaan & lelaki ini jugalah tempat Nysrah meluahkan rasa hatinya. Namun tatkata dia ditimpa musibah, lelaki yg digantung harapan begitu tinggi untuk membelanya ini, berpaling lalu meninggalkan dia. Bukan silapnya utk menanggung aib itu sendirian. Tetapi sikap tidak bertanggungjawab pihak2 tertentu hinggakan Nysrah merasakan dia tidak perlu meneruskan perjalanan hidupnya.
Sepatutnya sedari awal, Haji Qulai ataupun Cikgu Haszreef memikirkan tentang keselamatan gadis seperti Nysrah.

Lalu,…..

… dalam kegelapan biliknya itu, Nysrah menunduk, dia melihat perutnya sendiri. Belum nampak besar lagi. Masih lagi seperti biasa. Cuma rakan-rakannya sahaja yang mengatakan dia sudah agak tembam. Malah dia sendiri sudah nampak wajahnya di cermin sudah agak tembab. Mungkin dalam sebulan lagi, perutnya akan mula memboyot…

Pandangan Nysrah dikembalikan ke pergelangan tangannya. Mata gunting masih belum digoreskan lagi. Dia masih berkira-kira lagi. Benarkah itu jalan keluar dari masalahnya?.....

Itulah jalan keluar bagi Nysrah. Dia buntu & hilang pertimbangan diri. Kasihan dia. Aku simpati dgn nasib malang Nysrah. Tapi aku tahu, tekanan perasaan yang membuatkan Nysrah nekad bertindak demikian. Bukan salah Nysrah tapi salah mereka yg tidak mahu memikirkan keselamatan Nysrah!!!...

Secara keseluruhan, aku suka karya ini. Penulisnya begitu telus & berterus terang dalam setiap kejadian. Gaya bahasa yg tidak berbelit2 & mudah difahami. Tapi seperti TAM, aku juga tak puas hati bab ending. (Maaf Encik Aidil!)… Mungkin kebanyakan novel yg aku baca, ada ending yg jelas. Tapi tidak dlm BNKTM. Aku tertanya2 tentang pengakhiran perjalanan seorang Nysrah. Apakah yg terjadi dgn kandungannya, tentang persekolahannya…. Apakah nasib malangnya (yg dirogol) mendpt pembelaan sewajarnya. Paling tidak aku ingin sekali mengetahui apakah sikap buruk Sarjan Jaafar dpt dihidu oleh pihak atasan. Atau mungkin akhirnya Budi Alam bisa memahami kemelut yg sedang Nysrah lalui.

Apapun aku seronok membaca karya ini. Tahniah utk penulis yg begitu berani menyelongkar hakikat sebenar yg berlaku dlm kehidupan ini!....


Kepada Encik Aidil Khalid, mungkin perjalanan Nysrah ada kesinambungannya dlm BNKTM (2)……?.....

Wednesday, November 19, 2008

Iringilah doa kalian bersama

Just now Andy bagitahu esok malam ada bacaan Yasin & Doa Selamat utk Jay kat Bangsar. Tok Abah dah minta jemaah masjid utk sama2 membacakan Yasin agar Jay segera sembuh. Aku dah terangkan kepada Andy mengapa aku tidak boleh hadir. (Alhamdulillah Andy faham). Tapi aku akan sama2 membacakan Yasin dari rumah (sebab esok hubby mungkin balik KL). Kepada teman2 yg baca n3 ni, minta kerjasama kalian utk sama2 mendoakan kesembuhan Jay ye!... Terima kasih atas jasa baik & kesudian kalian.


Semalam ku bermimpi...

Diam x diam dah 2 minggu bos pergi. Setakat semalam, dah 3 kali dia buat panggilan ke office. Selain tu, every day aku akan e-mail berita terkini berkenaan office supaya bos tak risau. Bukannya nak mengganggu ibadah bos, tp bagi bos senang hati.... Alhamdulillah, setakat hari ni tiada masalah berat yg timbul kat office. Sesikit tu bolehlah aku "kau tim" sendiri.

Actually, petang semalam bos call, tanye aku & Zihan nak jubah lagi ke... hehehe, Jubah (beli masa umrah) tu pun aku belum pakai. Ingatkan Raya Haji nanti baru nak melaram. Kali ni bos pergi dgn wife dia, aku pun demandlah sikit. Kalo bos nak beli Jubah gak, cari yg design lain pulak & yg paling penting lebih mahal dari dulu... (ngada2 betul!).. Aku ni kalo berborak dgn bos, memang dah biasa dah. Faham benor perangai bos aku. Tp memandangkan dia sekarang kat Tanah Suci Mekah, aku pun cover gak lah bahasa gila2 aku.... Sebagai menghormati bos yg pergi menunaikan ibadah haji (pas tu pergi dgn wife pulak kan).
Sebelum letak phone, bos siap tanye... u x rindu i ke?.... kuang3x.... soalan memain ke soalan serius?... dia gelak.... Aku tanye, akak mane? Jawab bos, sebab akak x de lah aku tanye soalan ni!... haahahahahaha...Ingatkan dah hilang perangai gila bos aku ni, rupanya belum lagi. Tapi biasalah, usik mengusik & senda gurau dah jadi rutin biasa aku dgn bos. Aku dah faham benor perangai bos aku. (Bos aku bukan gatal tau!) Hanya aku dan dia yg faham erti keakraban ini .... cewah!!!...

Sudahnya, malam tadi aku mimpi bos. (Bukan mimpi yg bukan2 tau). Aku mimpi bos dtg office dgn anak pompuan dia. Aku siap tanye, kenapa bos balik ni? Then bos jawab, balik kejap. Nak jenguk office. Risau pulak tinggalkan kau lama2..... Lepas tu terus aku tersedar. Ya Allah, apahal pulak aku mimpi bos ni?.... Harap2 bos sihat2 ajer......

Hari ni, bos belum e-mail apa2 pun. Risau gak aku.... Mudah2an bos selamat, sihat sejahtera & segala urusan bos waktu disana dipermudahkan..... Amin....

Monday, November 17, 2008

Semoga dia segera sembuh....

3 tahun bukan detik waktu yg singkat utk kita mengenali seseorang. Tapi keakraban yg terjalin memungkinkan satu ikatan erat bisa disimpulkan. Aku dan Jay.... kami bertemu tanpa sengaja. Menjalin persahabatan tanpa ada sempadan rahsia. Seringkali bertanya khabar & meluah rasa melalui e-mail, sesekali chatting kat YM atau berbala sms. Jay, duda kematian isteri 5 tahun lalu. Mengenali dia satu anugerah. Bukan hati ingin menduakan hubby, tapi Jay memang istimewa. Dia selalu memberi semangat bila aku terasa diri ini terlalu lemah. Hinggakan sampai satu tahap, aku merasakan dia begitu dekat. August lepas Jay berlepas ke New Zealand. Katanya ada urusan yg perlu diselesaikan sehingga December nanti. Sejak sampai disana, dia rajin juga menghantar berita. Meski e-mail ringkas, namun memberi erti buat aku. Tapi, sejak sebulan lepas, aku ternanti2 khabar dari dia. Tiada kiriman e-mail... tiada juga sms. Aku tidak nanar, tapi aku risau. Hati ini merasakan bagai ada sesuatu yg tidak kena. Hinggalah Jumaat lepas, Andy (anak Jay) call aku. Dia khabarkan berita duka. Jay kemalangan. Dia parah. Aku tidak dapat gambaran yg lebih terperinci. Cuma kata Andy, dia mengharapkan aku bersama-sama berdoa utk papanya. Dia tidak mahu kehilangan papa seperti dia hilang mamanya. Mujur Andy sudah menduduki PMR Oktober lepas. Jika tidak, pasti emosi anak itu terganggu. Aku sedih memikirkan nasib Jay. Siapa yg menguruskan dia disana. Meski kata Andy, Aunty Sopheanya sudah terbang ke sana, aku tetap bimbang. Sophea juga punya family sendiri utk diuruskan. Berapa lama dia dpt menemani abangnya.... Tuhan, kau berilah kesembuhan utk Jay. Andy masih perlukan papanya & aku masih ingin menjadi sahabatnya.

Saat menulis n3 ini, aku terkenang kata2 Andy.... Aunty, Tuhan dah ambil mama. Tak kan Tuhan nak ambil papa juga. Apa silap Andy, Tuhan nak ambil semua yang Andy ada?....

Ya Allah... berilah kekuatan pada anak itu supaya dia tabah & sabar dalam menghadapi dugaan yg telah Kau turunkan.

Buat Jay, walau apapun kondisi kamu kala ini, aku akan berdoa utk kesembuhan dirimu.

Friday, November 14, 2008

Cepatnya Jumaat...

Aduh cepatnya hari Jumaat sampai. Dedulu aku suka sgt bila hari Jumaat. Sebabnya last day keje. Weekend boleh bersantai2 kat rumah atau keluar g window shopping. Tapi sekarng ni, awat aku rasa cepat sgt Jumaat ni sampai?.... Keje2 aku byk yg x settle lagi.

Sudahlah hari ni ibu nak g Seremban (anak angkat dia kawen...). Fazly & Fakhri bolehlah aku tinggalkan kat rumah dibawah pengawasan ayah. Tapi Faris?.... Terpaksalah aku amik dia kat sekolah pukul 12 nanti & terus bawa dia g opis developer....... Bukan x percaya nak tinggalkan Faris dgn abg2 dia kat rumah. Tapi aku teramatlah takut dia dibuli sewenang2nya oleh "taiko" 2 org tu..... Sian kat Faris. Udah le org cuti sekolah dia x cuti, nanti opah dia x de, kena pulak buli dgn abg2 dia.....

Abg Z pulak call kejap ni bagitahu tak balik weekend ni. Byk keje. Benih2 keli baru nak sampai esok pagi.... Adoi!.... Mak mentua aku pulak nak pindah rumah esok?.... Alahai.... penatlah aku nak terkejar2. Yg pasti, monday - friday aku penat kat opis. Sah2 saturday & sunday tambah penat coz kena "overtime" tlg mak mentua aku.... Ciannye aku.......

Thursday, November 13, 2008

TAG

Pepetang yg boring ni, LISA bagitahu dia tag aku. Ek eleh amende pulak la tag mengetagni...... Layan jer lah.....

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people
Ni muka org yg tgh penat melayan fail2 MOT.... tension duk sorang2 kat opis..... Sib baik ada tudung, memang sah2 aku x leh nak fix2 hair aku kan? ... Amacam? .... agak2 Angelina Jolie kalo x jadi artis, cun macam ni ke?..... kikikiki.......
So, sesaper 10 pembaca terawal selepas ini... ANDA dengan sendirinya telah di TAG!!!!!.... hahahaha.......

Result UPSR

Aku masuk office lewat sikit sebab tunggu Shahrul Zulfazly amik result UPSR. Lebih kurang 10.30 a.m. result diumumkan. Hati aku yg berdegup sebenarnya. Muka budak tu?... eleh, selamba dek jer........... Student tahun 6 sekolah dia adalah dlm 100 lebih. 8 orang dpt 5A, 9 org dpt 4A.... Lain2 tu, mungkin cukup2 makan.... Nak tahu Fazly dlm golongan yg mane?..... hehehe,.. aku dah puas menangis pagi tadi sebenarnya ni. Mungkin bukan rezeki Fazly untuk jadi pelajar cemerlang dlm UPSR tapi aku bersyukur dgn pencapaipan dia. (Walau dlm hati sedikit kecewa)... Alhamdulilah, dia dapat 2A 3B. Aku tahu dia sedih & kecewa sebab waktu percubaan dulu dia dpt 5A.... Hasrat dia nak ke MRSM pun pasti tak dpt dipenuhi kerana keputusan sedemikian. Aku tidak meletakkan kesalahan pada Fazly krn aku pernah berada ditempatnya. Ibu juga pernah meletakkan sasaran 5A sewaktu aku amik UPSR dulu. Tapi aku sekdar membawa pulang 4A. Airmata Fazly pagi tadi benar2 meruntun hatiku. Kecewakah dia dgn keputusan sendiri atau kecewakan dia kerana membuatkan aku sedih....

Apa yg pasti, aku gagal menahan perasaan sendiri. Tanpa sedar, aku turut menangis sewaktu memaklumkan abg Z tentang keputusan Fazly. Hubby kata aku perlu bijak mengawal emosi sendiri supaya Fazly tidak menyalahkan dirinya sendiri. Perjalanan Fazly masih jauh. Dia punya byk waktu untk perbetulkan kesilapannya. Insyaallah, kekecewaan hari ini akan membuka jalan untuk dia lebih berjaya pada masa akan datang.

Aku akui aku kecewa dgn keputusan Fazly. Dia anak aku yg sulung. Bijak dan pandai walaupun malas mengulangkaji. Pandai membaca sejak usia 5 tahun. Setiap akhir tahun pasti dia akan naik ke pentas menerima anugerah cemerlang semenjak darjah 1. Menjadi pengawas sekolah semenjak darjah 3. Guru2 pula sentiasa memuji kepintaran dia sewaktu dalam kelas tiapkali aku ambil report card dia. Sebagai ibu, aku sungguh berbangga . Besar harapan aku supaya dia menjadi contoh terbaik untuk Fakhri & Faris. Tapi hari ini, dimana silapnya hingga dia gagal mendapat 5A?.... Salah akukah kerana sering membebel kalau dia tak tgk buku atau salah dia sendiri krn over confident?.....

Tuesday, November 11, 2008

Sunyi

Office ni dah terasa sunyi sangat, padahal baru berapa hari bos x de. Keje memang berlambak, termasuk nak siapkan MOT untuk Block G & F tu.... Sengaja aku buat slow motion. Malas nak pening2 kepala...

Pagi ni Zihan masuk lambat, dia g check up "baby" kat dlm perut dia. Lagilah sepi office ni!!!!!....

Aku duduk bertafakur sekejap dlm bilik bos. Macam ternampak2 muka dia. Terasa gak kehilangan bos. Yg nyatanya, selama pemergian bos ke Tanah Suci ni, 3 perkara penting aku "stop" sebentar dr rutin harianku.... pertama sekali, aku x akan buat nescafe every morning..... second, aku x akan dgr suara org berkaraoke menyanyikan setiap lagu yg keluar dr radio &..... yg paling seronok, aku hanya menhirup udara segar coz tiada asap rokok!!.... yeaaa...... aku boleh bernafas dgn sempurna...

OK,..... back to work. Cocentrate on your MOT!.....Bos x de bukan bermakna nak "mengangkang" kat office.......... Bos x nampak, Tuhan tu nampak..... hehehe.....

Friday, November 7, 2008

Sayu lagi

Pagi ini menyaksikan perpisahan aku dgn bos sekali lagi. Musim haji dah tiba & tahun ni sampai giliran bos utk menunaikan ibadah haji bersama isterinya. Actually, semalam adalah last day dia. Lepas balik dr bank, aku sempat bermaaf2an & meluahkan perasaan dgn bos. Tapi alih2 pagi ni, bos muncul lagi dkt opis. Mungkin dia belum puas tgk muka aku & Zihan semalam. Kalau masa g Umrah that day, x de lama sgt.... kali ni lebih dari sebulan kami akan berpisah.
Pesanan2 terakhir pagi ni membuatkan hati bertambah sayu ditambah dengan penampilan bos yg nampak berbeza sekali. Sesungguhnya cahaya keimanan jelas terpancar dari raut wajahnya. Saat memandang wajah bos pagi ni, secara x sengaja aku teringat keletah "nakal"nya dulu2... (biarlah hanya aku & dia aje yg tahu....). Alhamdulilah, bos semakin membaiki dirinya menuju ke arah yg lebih baik. Aku benar2 bersyukur dgn perubahan positif bos. Harap2 tiada halangan ataupun keuzuran utk bos menunaikan ibadahnya di sana nanti.
Airmata ini gagal ditahan saat mendengar sayunya suara bos melaungkan azan sebelum melangkah keluar. Aku titipkan doa agar kesejahteraan bos & isteri senantiasa dilindungi sepanjang masa disana nanti. Semoga ibadah mereka mendapat keberkatan. Serta yg paling penting, sepertimana sejahtera & selamatnya mereka melangkah ke sana, sebegitulah saat mereka pulang nanti. Insyaallah....
Pastinya aku akan merindui senda gurau bos yg selalu menghiasi hari2 indah & bosanku di opis ni.....

Wednesday, November 5, 2008

Happy B'day Nabila!

JUITA ADRIANNA NABILAH genap 4 tahun hari ni. Si comel ni adalah anak sulung adikku merangkap pelengkap bagi keluarga kami krn dia merupakan cucu sulung perempuan yg sekian lama dinanti2 oleh ibu & ayah selepas memperolehi 6 org cucu lelaki. Dia ni selalu jadi perhatian kalau balik ke Sentul. Kulit dia yg putih melepak & gebu membuatkan dia ramai peminat. Ditambah pula dengan mulutnya yg petah & suka berceloteh. Semoga Nabila sentiasa dilimpahi kebahagiaan yg berpanjangan & membesar menjadi muslimah yg solehah. Happy Birthday sayang. Mak Ngah sayang Nabila!... Muuaaaahhhhh......

Tuesday, November 4, 2008

Balikla bang.....

Pagi2 hubby dah call. Tanye pasal aku & anak2.... Tetiba hati jadi sayu.... aku nak abg Z kat sini. Hari2 boleh jumpa. Walau selalu gaduh bila berdekat, tapi itulah yg membuatkan kasih syg kami makin erat..... Time aku tulis n3 ni, aku baru je lepas call hubby..... Merengek2 kat hubby suruh dia balik this week...... Isyhhhh, teruk nye aku ni?.... Awat yg jadi teruk sampai macam ni?.... SEBAB.... malam tadi aku mimpi dia kahwin lain....hahahah.... itulah jawapan tulus ikhlas dari aku!!!!!....

Kalau dah rezeki kita....

Last 2 weeks bos bagitahu aku yg Individual Title utk project kat BTS dah keluar... Tapi developer nak bagi firm lain yg buat MOT. Aku terkejut jugak dgn berita ni. Since berita belum sahih, aku buat dono jer. Tapi pagi semalam somebody from developer office, call aku maklumkan berita ni. Memang dah sah!... Kenapa jadi macam ni yek?... Fail2 project ni aku susun cantik2 kat rak & aku jaga dengan rapi (sejak tahun 2000 tau) sebab aku tahu bila Title keluar, aku kena siapkan MOT..... Tanpa rasa syak, aku pun call mamat kat developer office tu.... HH. Aku ringkaskan perbualan telepon aku dgn HH....

Aku : Assalamualaikum.... Apa khabor?....
HH : Walaikusalam.... Kabor baik... Eh, apasal ko call aku ni?
Aku : La, sejak bila pulak aku x boleh cl ko?....
HH : Bukan x boleh call.... tapi dah lama x dgr suara...
(lepas ckp2 kosong, aku pun direct to the point...)
Aku : Betul ke Title Block G & F dah keluar?
HH : Mana tahu? Saper bagitahu?
Aku : Tanye jer,... ada angin bertiup kencang, then sampailah kat telinga aku...
HH : (ketawa).... boss aku punya instructions, htr kat firm tu..
Aku : Kenape? Kan SPA aku yg prepare.
HH : Boss punya instructions, aku ikut ajer...
(lepas dah bersoal jawap dgn soalan2 bodoh yg malas aku nak citer kat sini, aku pun sound dia...)
Aku : Dulu, masa nak collect duit stakeholder yg sepatutnya aku x boleh released, ko boleh dtg office aku, jumpa bos, lepas tu skrg ko jawab ko x kenal bos aku ...... Terima kasih bro.... Setakat prepare MOT, aku x lahaplah. Kalo x dpt pun, firm aku masih boleh hidup!
HH : Lain kali, rajin2 dtg belanja aku makan, baru aku boleh lebih kurang dgn ko....

Aku x faham kenapa HH bersikap buruk macam ni. Akhirnya, berita yg aku perolehi dr sumber yg boleh dipercayai,.... komisen HH dr firm tu 50%... Patutlah HH berkeras nak firm tu yg buat. Tamak betul. Aku x kisah kalo dah memang rezeki firm tu,,..... tp HH memang sah tamak haloba & makan kenyang sorang2!!!....

Bila bos tengok aku termenung, ... bos nasihatkan aku...

Boss : Biarlah. Dah bukan rezeki kita...
Aku : Dulu, masa mula2 buat project tu, sy yg bertungkus lumus. Angkat fail, pergi pejabat depa..stay back sampai tgh malam utk siapkan SPA... Layan kerenah purchaser yg mcm2 hal.... Bila pindah office sini, sy yg berpenat lelah susun fail2 tu... Sia2 saya simpan fail2 tu semua....
Boss : Percaya ckp aku, kalau Tuhan kata itu rezeki kita, mesti kita akan dpt.....

Petang tu, staff HH yg baik dgn aku cl. Dia kata big bos dia dah tahu the truth. Ada somebody yg dah report kat big bos. HH kena panggil & kena basuh dgn boss dia. HH juga diarahkan utk batalkan instruction ke that firm & htr new instructions to our firm..... Kan betul ckp bos aku,.... kalo Tuhan kata itu rezeki kita,.. x de siapa yg boleh ambik......

Aku sebenarnya bukan nak dengki pd sesiapa. Aku sekadar nak mempertahankan hak firm ini. Yg paling penting, jerit perih aku masa memula buat SPA utk project tu. & fail2 ini adalah kenangan paling bermakna saat2 aku membantu HA membangunan H&S. Fail2 ini adalah rezeki pertama & permulaan langkah kejayaan H&S. Kerana fail2 ini juga, aku sanggup tinggalkan firm besar (gaji lumayan ooo) selepas HA meninggalkan H&S. Kerna itu, walau kini nama H&S hanya tinggal kenangan, fail2 ini adalah bukti kewujudan H&S suatu ketika dahulu. Bersama fail2 ini juga, byk kenangan yg terpahat antara aku & HA. DAN, fail2 ini adalah permulaan penghijrahan aku dr Litigation Department kpd Conveyancing....(sampaikan skrg aku rasa dah x expert nak buat litigation lagi coz dah terlampau concentrate kat Conveyancing matter...)... heheheheeeee.......

Padan muka ko HH....... kena marah dgn bos ko....... wakakaa.....

*** sebelum HH, RZ yg handle project ni & aku ada good relationship dgn RZ..... Mana hilangnya RZ sekrang ni?..... Kalo dia ada lagi, mesti aku x sakit hati sampai macam ni sekali!

Monday, November 3, 2008

Tak debab lagi...

Gambar masa Januari 2008. 1st day nak g Tadika. Time ni uniform x dpt lagi coz x de saiz. XL x boleh pakai, so kena tunggu XXL.....
Gambar October 2008 (Faris yg belakang tu tau!). Mas sport day, tgh tunggu turn nak lumba lari. Muka bulat Faris dah cengkung...Ramai yg tegur dgn "kemerostan" berat badan dia...

Muhammad Syafi Faris Bin Muhammad Zaidi lahir pd 14.10.2003 dgn berat 3.68 kg. Ya ampun,.... patutla susah masa nak keluarkan dia. (Utk rekod :- Fazly lahir on 14.10.1996 @ berat 3.0 kg & Fakhri lahir on 19.06.1999 @ berat 2.8kg). Memandangkan dia lahir besar dr abg2 dia, makanya dia pun mengembang lebih besar dr rekod2 abg2 dia. Hinggakan nak cari baju pun susah. Penyudahnya sejak umur 4 tahun lebih, seluar jeans dia dah sama saiz dgn si angah. Angah la untung, mana2 baju/seluar yg x muat kat adik, dia yg dpt coz bdn dia kecik molek..... Tp skrg, badan Faris dah mula susut. Aku risau jugak. Kata ibu, mungkin time table dia yg padat sejak masuk Tadika ni buatkan badan dia susut. (Aku rasa badan dia susut sejak ayah dia buang botol susu dia!!....)... Yg seronoknya, seluar2 dia yg last time x boleh pakai, dia dah boleh pakai. Excited giler budak bertuah ni tunjuk kat sumer org yg seluar dia dah longgar..... Paling best bila dia gaduh dgn Pak su dia.... "Aish dah kurus... Tengok seluar Aish dah longgar... Pak su cepatlah kurus. Gemuk sgt.... Dah le gemuk, botak pulak!...." Memang itulah dialog dia hari2 dgn Pak su dia. Kadang2 aku gelak, tp sesekali aku tegur jugak. X baik cakap dgr org tua macam tu. Then, Faris tanye balik.... "Pak su dah tua ke?"... Lagi satu, bila time iklan kat TV yg ada Adibah Noor, dia siap sound aku,.... "Haaa,... ibu kalo kuat makan nanti gemuk macam ni la...... Aish dah kurus.... Ibu dgn Pak su yg gemuk..... " Ek eleh, budak kecik ni..... Sabor je la.......

Aku Rindu!!!

Aku & Sya..... kami dah lama bersahabat. Lama betul x jumpa dia. Aku jadi semakin rindu. Entah kenapa, aku teringin sgt nak menangis. Bila pandang jer, gambar2 lama ni, aku terus menangis.... Sya, lama betul kita x jumpa....... Aku rindu!!!!.....

Gambar masa Form 3. Time ni, baru habis sukan kat Stadium Merdeka. Aku pakai uniform Pandu Puteri masa tu... Balik sukan sempat lagi posing kat taman ni.....
Ni masa Form 5 (PromNight). Baru habis SPM. (Time ni abg F dah x der....) Sya hujung sini, aku hujung sana... Liza kat tgh2 (time tu baju aku & Sya sama!!!)...

Ni masa Annual Dinner kat STWD. Sya dah pakai tudung time tu. Masa ni anak kami baru jer umur 1 tahun. (Anak aku & anak Sya, beza 1 hari jer.... hehehe, good arrangement right?)Actually this time, Sya baru join kat tempat keje aku..... Baju kami sama lagi kan?....

Banyak lagi gambar2 kenangan aku & Sya. Tapi kotak tu dekat atas loteng. Ayah simpan masa aku pindah. So, gambar 2 -3 keping ni je lah pengubat rindu aku pada Sya....