Monday, November 17, 2008

Semoga dia segera sembuh....

3 tahun bukan detik waktu yg singkat utk kita mengenali seseorang. Tapi keakraban yg terjalin memungkinkan satu ikatan erat bisa disimpulkan. Aku dan Jay.... kami bertemu tanpa sengaja. Menjalin persahabatan tanpa ada sempadan rahsia. Seringkali bertanya khabar & meluah rasa melalui e-mail, sesekali chatting kat YM atau berbala sms. Jay, duda kematian isteri 5 tahun lalu. Mengenali dia satu anugerah. Bukan hati ingin menduakan hubby, tapi Jay memang istimewa. Dia selalu memberi semangat bila aku terasa diri ini terlalu lemah. Hinggakan sampai satu tahap, aku merasakan dia begitu dekat. August lepas Jay berlepas ke New Zealand. Katanya ada urusan yg perlu diselesaikan sehingga December nanti. Sejak sampai disana, dia rajin juga menghantar berita. Meski e-mail ringkas, namun memberi erti buat aku. Tapi, sejak sebulan lepas, aku ternanti2 khabar dari dia. Tiada kiriman e-mail... tiada juga sms. Aku tidak nanar, tapi aku risau. Hati ini merasakan bagai ada sesuatu yg tidak kena. Hinggalah Jumaat lepas, Andy (anak Jay) call aku. Dia khabarkan berita duka. Jay kemalangan. Dia parah. Aku tidak dapat gambaran yg lebih terperinci. Cuma kata Andy, dia mengharapkan aku bersama-sama berdoa utk papanya. Dia tidak mahu kehilangan papa seperti dia hilang mamanya. Mujur Andy sudah menduduki PMR Oktober lepas. Jika tidak, pasti emosi anak itu terganggu. Aku sedih memikirkan nasib Jay. Siapa yg menguruskan dia disana. Meski kata Andy, Aunty Sopheanya sudah terbang ke sana, aku tetap bimbang. Sophea juga punya family sendiri utk diuruskan. Berapa lama dia dpt menemani abangnya.... Tuhan, kau berilah kesembuhan utk Jay. Andy masih perlukan papanya & aku masih ingin menjadi sahabatnya.

Saat menulis n3 ini, aku terkenang kata2 Andy.... Aunty, Tuhan dah ambil mama. Tak kan Tuhan nak ambil papa juga. Apa silap Andy, Tuhan nak ambil semua yang Andy ada?....

Ya Allah... berilah kekuatan pada anak itu supaya dia tabah & sabar dalam menghadapi dugaan yg telah Kau turunkan.

Buat Jay, walau apapun kondisi kamu kala ini, aku akan berdoa utk kesembuhan dirimu.

4 comments:

Leesa Liisa said...

sian!!! semoga tuha beri dia kekuatan dlm menjalani hidup sebagai manusia...

Maya said...

thx alicia, i harap sgt Andy kuat semangat..

dina said...

isk.. sedihnya bila baca kata2 andy... semoga dia tidak patah semangat dan Allah sembuhkan Jay seperti sediakala

Maya said...

yes dina, semoga Jay kembali pulih utk membahagiakan insan2 yg menyayangi dia....xspecially ANDY