Thursday, July 31, 2008

Aduhai Hati

Aduhai hati
Sukarnya untuk memilih
Antara dia & si dia
Keduanya aku sayang

Aduhai hati
Perlukah ada yg terkorban
Atau diri sendiri yg perlu berkorban
Demi bahagia yg diimpikan

Aduhai hati
Aku tidak tertahan lagi
Memendam rasa menjeruk jiwa
Menghindar pilu menyemai didada

Namun aku tahu
Ikut kata hati
Manusia mungkin bisa mati
Atau mungkin jua

Naluri bisa bertemu yang pasti!....

Macam2 cerita....

Semalam, aku bawa Fakhri utk bertemu pakar psikologi utk kali ke-3. Ujian IQ yg sepatutnya dijalankan tidak dpt diteruskan kerana ketiadaan pegawai bertugas. Postponed lagi. Next appointment pd 20hb Ogos.
Alhamdulilah, byk perubahan Fakhri dpt dilihat semenjak dia mendapat rawatan pakar psiko. Cuma pasang & surut "temper dia yg sukar dikawal. Sekejap dia ok, tetiba dia boleh naik angin. Yg jadi mangsa dia siapa lagi kalau bukan Faris. Kasihan adik dia yg debab tu.....
Menurut kata doc., insya allah Fakhri boleh diubati. Kebyakan kanak2 hyper, keadaannya akan bertambah pulih mengikut kaedah rawatan yg diikuti & peredaran masa. Apa yg penting sokongan moral dr ahli keluarga amatlah diperlukan. Aku yakin kami sekeluarga tetap memberi sokongan agar Fakhri bisa sembuh & menjalani kehidupannya dgn sempurna.

Tamat sessi rawatan, aku mengikut kehendak Fakhri yg mahu menaiki Monorel. Seronok benar dia. Dlm monorel, kami bertemu beberapa org pelajar sekolah menengah yg baru pulang. Dr cara penampilan 4 org pelajar itu, aku pasti mereka pelajar yg cemerlang. Cara mereka bertutur, cara mereka berpakaian & cara mereka berinteraksi sesama sendiri benar2 menarik perhatianku. Rupa2nya Fakhri juga asyik memerhati gelagat pelajar2 tersebut. Turun dr stesen monorel, Fakhri bertanya kenapa aku asyik memandang pelajar2 tadi. Aku bilang pd Fakhri, aku bayangkan anak2ku menjadi seperti pelajar tadi. Berbudi bahasa & bersopan santun. Pastinya ibu bapa mereka bangga melihat keterampilan anak2 mereka sedemikian.

Sampai di rumah, aku tgk abg Z pun dah sampai. Dia tgh melayan Faris siapkan homework. Senang sikitlah kerja aku, bantuan dari "PBB" dah sampai. Dgn kepulangan abg Z, mesti hero2 aku tu baik sikit. X payah aku nak jadi "tarzan rimba" minta dia org dgr cakap aku....

Nak di jadikan cerita, tgh aku syok layan cerita Ezora, aku nampak Fakhri masuk ke dalam rumah sambil tangannya menutup sebelah mukanya. Bila aku nampak muka dia yg semacam, aku pun jadi cuak.... Mata dia merah & bengkak. Nampak gaya macam baru lepas kena pukul. Aku pun naik angin la,... tanya dia diam. Lepas tu aku nampak air mata dia mengalir. Aku panggil abg Z. Bila abg Z tanya, baru Fakhri jawab. Katanya, dia kena pukul.

Rupa2nya, balik dr hospital tadi, dia ke CC utk main game. Pecah jugak tembelang dia!... Sudahnya, abg Z bawa Fakhri ke CC tu & tunjukkan budak yg belasah anak aku sampai lebam bijik mata dia. Rezeki menyebelahi abg Z. Dia slow talk dgn budak nakal yg dah belasah anak aku tu. Kalau ikutkan hati, aku memang nak buat laporan polis. Tapi memandangkan budak yg belasah anak aku tu buat muka kesian, aku x sampai hati. Aku nasihatkan anak itu supaya jgn jadikan tabiat suka memukul anak org. Aku tidak mahu kesilapan mereka akan menyebabkan anak aku atau anak org lain kehilangan pancaindera penting!!!.

Kami bawa Fakhri utk mendapatkan rawatan sebab mata dia berair & merah menyala. Alhamdulilah, kecederaannya tidak kena pada mata hitam. Menurut Doktor, kalau dlm masa 3 hari, merah tak surut & pandangan kelabu, kami perlu membawa Fakhri kepada pakar mata utk menjalani ujian seterusnya. Mudah2an kecederaan mata Fakhri tidak akan memudaratkan dia....




Wednesday, July 30, 2008

Ingin cantik & menarik?.....

Petikan e-mail dr sahabat yg boleh dikongsi bersama....

Insya'allah, marilah kita praktikkan bersama2 :-

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".
# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Dimana cantiknya wanita?...

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Friday, July 25, 2008

Rahsia hatinya

Akhir2 ni, aku dapat rasakan persahabatan aku dgn AC semakin akrab. Kami sering berkongsi gelora rasa bersama. Dia ibarat seorang abg yg begitu memahami. Memberi nasihat yg berguna. Sebenarnya persahabatan kami sudah terjalin sejak di zaman sekolah rendah. Peredaran masa yg berlalu, mendewasakan kami. Mungkin persahabatan yg terjalin kedua kali ini membuat kami lebih akrab berbanding dulu. Pertemuan semula selepas hampir 20 tahun tidak bertemu, membolehkan kami berkongsi segala cerita bersama.

Kami sama2 sudah mempunyai keluarga sendiri. Pastinya kami juga mempunyai masalah sampingan yang tersendiri. Bersama AC, buat aku senang berbicara & meluahkan perasaan. Mungkin kerana dia seorang pendengar yg setia & sahabat yg baik. Atau mungkin juga aku sendiri sudah lama kehilangan seorang sahabat sejantina yg sebaik dia!

Kata ibu, perempuan & lelaki tidak manis menjadi sahabat. Bimbang disalah erti. Tetapi bagiku, andai persabatan itu berlandas dgn kejujuran & keikhalasan, pasti tidak akan mengelirukan mata pelbagai pihak. Aku dan AC ikhlas bersahabat. Kami menjalinkan persahabatan ini penuh kejujuran & keikhlasan tanpa niat menyakiti hati sesiapa.

Baru2 ni AC meluahkan rahsia hatinya. Aku bersimpati dengannya. Masalahnya tidak lari dari soal hati. Paling parah, wanita yg dia cintai itu milik orang lain. Amat sukar untuk dirinya menghadapi masalah ini bersendirian. Aku tahu, sejauh mana AC sayangkan wanita itu, dia pasti perlu memikirkan soal perasaan isterinya sendiri. Bagi wanita itu pula, sejauh mana dia menyintai AC, pastinya dia juga perlu memikirkan perasaan insan yg terlebih dahulu hadir dlm hidupnya. Mereka sama2 tertekan. Aku pasti mereka sama2 tidak sanggup melukakan hati insan2 yg mereka sayang. Sukarnya memilih kebahagiaan andai mereka terpaksa mengecewakan hati insan lain.

Aku sebagai sahabat hanya mampu memberi pendapat, selebihnya AC yg bisa menentukan. Pilihan terbaik ada ditangannya sendiri. Cuma aku sering berpesan, sedalam manapun cintanya itu tumbuh pada wanita baru ini, kekalkanlah rasa cintanya yang dahulu pada isteri & anak2nya. Mereka berhak menduduki hati AC hingga bila2 walaupun sekeping hati AC sudah berbahagi kini.

Sebagai seorang wanita, sedikit sebanyak aku dapat merasakan peritnya perasaan isteri AC tatkala dia mengetahui segalanya suatu hari nanti. Namun aku pasti, disebalik ketentuan ini, pasti Tuhan akan memberi rahmat untuk AC, isterinya & wanita itu menikmati kebahagiaan yg mereka impikan.

Dan aku akan terus berdoa untuk kebahagiaan sahabat yg aku sayangi!....


Sayunya hati...

Tahun ni, tahun ke-5 aku bekerja aku dgn AP. Mula2 mengenali beliau, aku sangkakan dia seorang yg suka menggatal dgn staff. Aku cuak sesangat. Apatah lagi melihat gayanya yg ranggi berbanding dgn usianya yg awal 40-an. Waktu tu, berkali2 aku bertanya pada HA (yg kini dah jadi x-boss) betulke AP akan jadi new partner dia. Bila HA dah kata “ya” tak kan aku nak kata “tidak”. Bermula episode baru dlm hidupku. Jika sebelum tu, aku hanya concentrate pada HA seorang, bertambah seorang lagi boss aku. Rupa2nya AP ni seorang yg “sempoi”. Sikapnya jauh berbeza dgn HA. Bersama HA, aku bekerja dlm situasi yg serius. Mungkin ada juga bergurau senda, tetapi masih dlm suasana serius. Bayangkan macam mana tu... bergurau tapi serius...

Entah macam mana, sampai ke satu tahap, aku mula bengang dgn HA (waktu tu aku dah bersama HA lebih kurang 4 tahun). Dlm tempoh aku bengang dgn HA, aku semakin akrab dgn AP. Ternyata AP seorang yg memahami perasaan staff seperti aku. Dia tidak terlalu mendesak sprt HA. Memandangkan aku terpaksa menjadi secretary kpd 2 boss yg belainan kepala, aku jadi semakin stress. Kala itu, dtg lagi seorang partner perempuan yg perangainya... aduh, hanya Tuhan yg tahu!!!! (Biasalah boss perempuan!!!).

Stress aku dah sampai ke satu yg sukar dikawal. Hinggalah seorang teman menawarkan aku satu peluang pekerjaan yg baru. Aku tidak berpaling lagi. Memang aku akui yg aku sayang utk meninggalkan HA, apatah lagi aku yg banyak membantu dia membangunkan firmanya yg baru beroperasi kala itu. Namun krn aku tidak dpt mengawal perasaan bengang yg dah berjela2, aku berhijrah jua. Aku mendapat bayaran lebih lumayan di firma baru & pelbagai benefit yg tidak aku dpt kala bersama HA.

Dlm tempoh 3 bulan di tempat baru, aku masih berhubungan dgn AP. Sesekali dia akan menelefon memaklumkan tentang sikap baran HA yg semakin menjadi2 hinggakan beberapa org staff turut “angkat kaki”. Hinggalah suatu hari, AP memaklumkan bhw HA akan meninggalkan firma tersebut. Kata AP, selain HA, hanya aku yg tahu tentang fail2 yg ditinggalkan. AP meminta aku agar kembali bekerja dgnnya. Siang malam aku berfikir, patutkah aku kembali ke firma lama sedangkan pendapatan aku di firma baru jauh lebih menguntungkan.

Atas keperikemanusiaan, aku kembali demi membantu AP. Diam tak diam, setelah dicampur tolak dgn tempoh aku berhenti seketika dulu, kini dah 5 tahun aku menjadi secretary AP. Mungkin seperti aku yg tidak selesa bekerja dgn ramai boss, AP juga lebih senang menerajui firmanya bersendirian. Hubungan kami begitu akrab. Dia ibarat seorang bapa, begitu berhati2 menjaga hati & mendidik staffnya. Walau sesekali aku mengakui kesilapan yag telah aku lakukan, dia tidak mudah naik darah. Katanya, setiap manusia melakukan kesilapan. Tiada silap, kita tidak akan belajar untuk bertemu sebuah kebenaran.

Tapi, petang semalam, hatiku jadi sayu. Manakan tidak. Selama ini aku hanya melihat sikapnya yg “gila2”. Tetapi petang semalam, suasana jadi lain buat seketika. Sayu. Dia meninggalkan amanat yg perlu aku pegang selama dia di Tanah Suci. Katanya andai dia tidak kembali, penuhilah wasiatnya dengan jujur & amanah. Aku terasa hiba sesangat. Walau pun bos akan mengerjakan UMRAH selama 2 minggu, pasti aku terasa ketiadaan dia. Sukar mencari ganti bos sesempurna AP.

Aku mendoakan agar bos dapat menyempurnakan ibadahnya tanpa sebarang halangan. Semoga bos selamat pergi & selamat kembali!

Thursday, July 24, 2008

Lagi projek Abg Z...

Dah 13 tahun jd wife abg Z, baru aku tahu yg dia ni pakar jugak dgn kerja2 kg. Ingatkan dia x boleh buat semua kerja2 ni. Last week masa balik kampung, baru aku tahu selain anak2 ikan, dia tanam anak kelapa sawit.... Kerja2 tu nampak macam senang, tapi memerlukan kudrat yg byk. Abg Z ckp dgn aku, x kisahlah susah ke senang, janji incomenya masyukkkk.... Apa2 je lah bang, asalkan abg bahagia... hihihihi....

Tanah yg dah siap dimasukkan ke dlm plastik.

Anak2 kelapa sawit yg sudah ditanam, tapi masih belum dibaja. Dalam tempoh 3 bulan, bolehlah ditanam kat atas tanah. Tapi time ni la nak kena letak baja betul2. Make sure disiram 2x sehari.
Kata abg Z, benih2 kelapa sawit ni dah ada org order. Dia org dah tempah 1000. Satu anak pokok, dijual pd harga RM7.00. Beli byk2 ada la discount agaknya! Aku tengok macam senang je nak jaga. Tapi kata pakcik abg Z (otai), kalau x betul jaga silap2 haribulan boleh mati. Harap2 x de masalah dgn benih2 ni supaya dapat membuahkan hasil yg lumayan..... Insya Allah


Anak2 Keli Abg Z dah besar....



Kanvas pertama yg baru abg Z pasang. Anak2 keli tu nampak selesa la dpt tempat lapang sikit.... Kalau ikut perancangan, dlm masa terdekat nak tambah sekurang2nya 5 kanvas lagi.... Fuyoo!!!


Ni time anak2 keli tu makan.... Campak jer dedak, berduyun naik ke atas.


Inilah besarnya anak2 keli abg Z yg baru berumur sebulan. Seronok bila tgk ikan2 tu cepat membesar.....



LUAHAN HATI....

Lebih 20 tahun berhijrah dr kampung, abg Z nampak gayanya mahu kembali menetap di sana, Aku nampak keselesaan yg sedang abg Z kecapi. Walaupun kini kami berjauhan, aku lihat kehidupan dia lebih ceria berbanding dulu. Mungkin kini abg Z tak perlu stress memikirkan soal bebanan office & kerenah bos. Dia lebih senang bekerja sendiri. Tugasnya sekarang hanya memantau ikan2 dia yg sedang membesar. X payah lagi nak berdepan dgn pengurusan office yg suatu ketika dulu selalu memeningkan kepala dia.

Bagi aku pula, rasanya belum tiba masa utk abg Z buat kerja2 kampung. Bukan aku tidak yakin, tetapi aku bimbang kudrat abg Z tidak mencukupi. Namun abg Z meyakinkan aku bhw dia selesa dgn keadaannya sekarang. Katanya suasana kg yg damai & harmonis memberi kekuatan pada dia utk mengubah gaya hidupnya. Katanya lagi, apa yg sedang dilakukan saat ini adalah demi masa depan kami sekeluarga.

Memang aku yakin dgn kemampuan abg Z. Perancangan yg diaturnya adalah utk jangkamasa panjang. Sekurang2nya apa yg ingin dilakukan abg Z adalah demi kesenangan masa depan anak2 kami. Tetapi aku tidak yakin dgn diriku sendiri. Mampukah aku berhijrah dari Kuala Lumpur utk terus menetap di kg? Bukan tidak sudi menjadi warga kampung, tetapi aku tidak pasti apakah diri ini mampu menyesuaikan diri dgn keadaan disana sedangkan sejak kecil hingga kini tempatku hanya di Kuala Lumpur..................


Semalam, aku meluahkan rasa hatiku pada ibu. Seperti biasa, ibuku sekadar tersenyum. Kata ibu, kampung abg Z ok. Dekat dgn pekan & keadaan sudah serba moden. Api & air tetap sama mcm di KL juga. Tak perlu menimba air ditelaga atau memakai pelita.... Kata ibu lagi, abg Z merancang utk membeli rumah berdekatan dgn pekan Teluk Intan bukannya suruh aku duduk dirumah pusaka emaknya.... hehehe....

Entahlah, walau semuanya masih dlm perancangan, aku mengharapkan segala yg terbaik dlm keluarga kami. Mungkin apabila berhijrah nanti, sekurang2nya aku tidak perlu bimbangkan soal pergaulan anak2ku yg menjadi masalah besar dlm kehidupanku kini.



Wednesday, July 23, 2008

PERPISAHAN

Teman,
Sore itu ku menyusuri lagi
Pandai indah tempat kita
Mengumpul segala kenangan indah
Suka dan duka kehidupan
Saat menuju kedewasaan

Teman,
Kala itu betapa sepinya kurasa
Tanpa hadirmu disisi ini
Hanya bertemankan bayang-bayang
Kenangan luka kita
Saat duka menjenguk tiba

Lalu kuteringat
Akan kehancuran persahabatan kita
Perpisahan hadir tanpa dipinta
Merenggut tali persahabatan
Terlerai sudah ikatan suci
Kita terpisah antara dua destinasi berbeza
Dimana kau kini ?....

Monday, July 21, 2008

Cerita tentang KAWAN & CINTA

Pagi ni, seorang teman menghantar buletin yg begitu menarik perhatianku. Disebalik kata2 itu, memang terselit seribu makna yg begitu mendalam....

Suatu hari CINTA dan KAWAN berjalan-jalan beriringan dalam sebuah kampung.

Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga.Kenapa? Kerana CINTA itu buta. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga. Kenapa? Kerana KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA.

Di dalam telaga CINTA hilang. Kenapa? Kerana CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga. CINTA sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap.

Sedang KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA dan terus menunggu. Kenapa?

Kerana KAWAN itu sejati dan akan kekal sebagai KAWAN yang setia kan? Biarpun dimaki, biarpun diherdik, biarpun dicaci.... ditinggalkan secara tiba-tiba hanya kerana KAWAN tidak memberikan apa yang CINTA inginkan darinya.

So, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia benar-benar BERERTI.
Walau kita punya couple, punya ramai teman, punya ramai peminat ... tetapi KAWAN masih yang paling setia.

Walau kita punya harta yang banyak, punya rupa paras yang menawan, punya peminat yang beribu.... tetapi KAWAN masih yang paling berharga.

Tidak sependapat bukan bermakna tiada nilai persahabatan

Tidak beriringan bukan bermakna tiada erti persamaan

Tidak menyebelahi bukan bermakna tiada maksud persaudaraan

Kerana mungkin kita yang tidak mentafsirkan dengan hati yang terbuka dan ikhlas

Apakah kita sendiri yang terlalu mengikut kata hati.... emosi dan kelebihan diri.

Sehingga sanggup meninggalkan seorang KAWAN yang tetap setia disisi demi mengejar CINTA yang tak pasti.

Happy B'day 21 Jump Street!!

21 Julai... Hari ni b'day H, seorang teman yg pernah hadir menghiasi dunia remajaku. Dia begitu meminati Johhny Deep & oleh krn itu sehingga ke hari ini, setiap kali 21 Julai tiba, aku terus mengingati 21 Jump Street!... Wakakaaa...
H seorang teman yg baik. Sikapnya yg begitu terbuka membuatkan aku senang mendampingi dirinya. Kami sama2 suka membaca. Susah bertemu lelaki yg menjadi ulat buku, tetapi bersama H, kami suka melepak di book shop. Kadng2 kami saling bertukar buku.
Persahabatan kami terjalin semenjak aku di Tingkatan 4. Dia cuma tua setahun dari aku. Selepas SPM, H masih rajin menemui aku. Senda gurau H telah menghiasi hari2 ku & menjadikan hidup ini lebih indah.Sesekali H menemani aku mengulangkaji pelajaran utk aku menghadapi SPM.Aku bahagia mempunyai sahabat seperti H. Sekurang2nya gurauan dia menjd penawar pada kegentaran aku menghadapi SPM.
Namun, persahabatan antara lelaki & perempuan kadangkala sukar utk dikekalkan. Seringkali rasa cinta itu hadir, walaupun dipinta. Dlm diam H menyimpan rasa. Bukan aku sengaja mengecewakan H, tetapi bagiku kehadirannya memadai sekadar sbg seorang sahabat. Aku tidak boleh menerima H lebih istimewa dr seorng sahabat.
Aku tidak memilih. Tetapi bila H dpt menghidu keakraban aku dgn abg Z yg jauh lebih dewasa dari aku, H mentafsirkan aku sbg seorng yg materialistic. Kata H, aku terlalu muda utk memilih abg Z sbg pasanganku. Mungkin kedudukan kewangan abg Z yg kukuh berbanding dia membuatkan aku mengutamakan abg Z.Itu tanggapan H. Padahal aku menerima abg Z krn kematangan dia & kasih sayang dia.
Alhamdulilah, aku kini bahagia dgn abg Z. Mungkin H juga sedang berbahagia dgn pilihannya.
Sempena ulangtahun H yg ke-33, aku mendoakan agar dia sentiasa berbahagia dgn kehidupannya. Kami pernah bertemu & menjadi sahabat, maka itu aku mengharapkan agar persabahatan ini tetap bisa terjalan walaupun kami berjauhan dikala ini.
Khabar terakhir yg aku terima, H kini berkhidmat di Sabah. Semoga dia sentiasa dilindungi & tetap mengingati bahawa aku pernah hadir sbg sahabat dlm hidupnya.
.... aku, bunga larangan.....

Friday, July 18, 2008

Seronoknya rasa hati sebab hari ni dah hari Jumaat. Bukan sebab esok hari Sabtu, tetapi sebabnya aku dapat menunaikan janjiku pada Fakhri. Anakku yg seorang ni memang berpegang pada janji. Kalau dia berjanji, dia akan tunaikan. Dan, kalau kita berjanji dengan dia, makanya kitapun kenalah tunaikan juga. Jika kita x tunaikan, memang sengaja cari pasal la. Silap2 boleh DARURAT. Kalau dia mengamuk, kalah Perang Sabir!!!...

Sebagai menunaikan janjiku pada Fakhri, petang ini kami akan bertolak ke Teluk Intan. Bukan sahaja untuk menunaikan janji pd Fakhri, tetapi juga untuk bertemu abg Z yg memang x nak pulang ke KL minggu ni. Maklumkan, dia tgh sibuk dgn anak2 ikan dia yg semakin membesar.

So, dgn kepulangan kami ke kg hari ni, aku harap Fakhri tidak akan buat hal lagi setiap pagi nak ke sekolah. Aku tak sanggup nak berleter pagi2, menahan hati melihat tingkahnya yg enggan ke sekolah, menagih janji membawa dia pulang ke kg utk melihat anak2 ikan ayahnya yg semakin membesar!

Adik,.. ibu dah tunaikan janji. So, ibu harap adik pun tunaikan janji. Tolong jgn buat hal setiap pagi nak ke sekolah. Ibu dah letih membebel.......

Wednesday, July 16, 2008

Aduhai anak2ku !!

Diam x diam, dah sebulan lebih abg Z busy dgn projek kolam ikan di Teluk Intan. Dalam tempoh tu, aku sendirian melayan kerenah anak2. Walaupun ibu & ayah ada membantu, aku tidak sampai hati membebankan mereka 24jam memantau anak2ku yg memang aku akui agak "lasak".

Setiap hari (semenjak ketiadaan abg Z) mcm2 aduan yg aku terima dr ibu bila pulang dari office. Kerenah budak2 yg semakin "naik tocang" bila ayah mereka jauh. Menambahkan pening kepala, aisy yg baru 5 tahun pun dah pandai ikut jejak abang2 dia. Selalunya bila balik sekolah, dia akan menyudahkan homework sebelum aku check malam nanti. Tapi sekarang tidak lagi. Kata ibu, dia berkeras mengikut abang2nya bermain tanpa mempedulikan arahan yg diberi. Pintu gril yg dikunci, sudah pandai dibuka sendiri.

Mulut aku pun rasanya macam dah longgar. Kalaulah mulut ni ada skru, mesti dah tercabut agaknya!

Dalam keadaan begini, saban hari aku luahkan pada abg Z betapa tertekannya aku. Bukan aku tidak mampu menjaga anak2ku sendiri, tapi aku bimbang dgn pergaulan anak2 zaman sekarang. Tambahan pula bila aku lihat teman sepermainan anak2ku yg bermulut cabul,.. sesuka hati memaki dan mengeluarkan kata2 yg tidak enak didgr. Jika sudah setiap hari mendengar, aku takut sikap demikian akan singgah pada anak2ku.

Moga2 anak2ku tidak mudah terpengaruh dgn sikap negative teman2 mereka.

Inilah hero2 yg tgh bikin kepalaku berpusing macam gasing.

Thursday, July 10, 2008

Comelnya Zharif!

March tempoh hari, Liza selamat lahirkan Zharif (babynya yg ke-3). Cuma baru2 ni aku berkesempatan melawat "anak buahku" yg baru tu. Mesti Liza juah hati dgn aku sbb lambat jenguk dia. Tapi aku tahu, dia seorang yg memahami. Lebih 20 tahun bersahabat dgn dia, pastinya dia tahu kenapa aku lewat dtg. Sesungguhnya antara aku & Liza bukan sahaja merupakan sahabat, tetapi adalah saudara dunia & akhirat!!..

Tataplah gambar2 si comel permata hati ni.....

Lihatlah dunia!.... Yea... Zharif dpt tgk dunia yg luas ni.....


Cepat besar Zharif... boleh main bola dgn abg Aish & abg Zhafran!


Faris pun nak belajar jadi "abang"...


Cutenye baby Zharif!.....

Wednesday, July 9, 2008

Al-fatihah....

9hb Julai 1993 merupakan hari terakhir aku berbual & bergurau senda dgn abg F. Sungguh x sangka, trajedi pahit itu sudah 15 tahun berlalu. Namun kepedihan & kesedihannya masih terasa hingga ke hari ini. Sebagai seorang adik, kehilangan abg F begitu dirasai. Hubungan kami terlalu istimewa. Dia aku ibaratkan bagai seorang abang walau kami tidak terikat dgn sebarang ikatan persaudaraan melainkan sesama islam. Bahagianya menjadi adik abg F, adalah kerana dia seorang yg suka memberi nasihat berguna, memberi perangsang utk aku berjaya dlm hidup. Mungkin krn abg F telah menjadi yatim piatu semenjak kecil membuatkan dia begitu mudah mencurahkan kasih sayang kpd aku. Malah keluarga aku turut menyenangi dia.

Cerita malam itu.....
Kedatangan abg F bukan sesuatu yg dirancang. Selepas Isya’, ibu memanggil aku turun ke bawah. Aku nampak motor abg F, tetapi tidak ternampak kelibat dia. Hampir 5 minit kemudian, abg F mengejutkan aku dari belakang. Tidak seperti selalu, malam ini abg F mengajak aku berbual di luar rumah. Aku hairan, tapi aku dapat merasakan yg abg F sedang menghadapi masalah. Pastinya berkaitan dgn girlfriend abg F iaitu Sya, sahabat baikku.
Memang sah! Sya buat perangai lagi. abg F menceritakan satu persatu tentang sikap Sya yg semakin menyakiti hati lelakinya. Keikhlasan abg F terhadap Sya begitu ketara pd malam itu. Kata abg F, dia begitu sygkan Sya dan sanggup menunggu hingga Sya tamat belajar. Aku begitu terharu mendengar luahan perasaan abg F.
Entah kenapa, mlm itu aku rasa begitu sayu. Setiap kali memandang wajah abg F, hati aku benar-benar tersentuh. Aku berjanji pada abg F akan menasihati Sya. Tapi abg F menolak. Dia tidak mahu hubungan baik antara aku dan Sya terjejas hanya kerana aku memihak pada abg F.
Kami berpisah agak lewat malam itu. Hampir 12 malam, baru abg F berlalu. Sebelum berlalu, dia memandang wajahku agak lama. Aku jadi hairan. Pandangannya seolah membayangkan antara kami tiada pertemuan lagi. Lantas aku mengusik abg F.... kenapa pandang adik macam abg sedih?... Abg bayangkan adik ni Sya?.... aku tertawa untuk menutup kehairanan sendiri. Kemudian, abg F menghulurkan tangan padaku. Aku semakin hairan. Sebelum ini aku hanya akan bersalaman dgn dia bila hari lebaran sahaja!...
Bagi menyedapkan hati abg F, aku sambut huluran tangannya. Bila aku mengucup tangannya, dia memegang kepalaku. Jaga diri baik2. Jaga Sya untuk abg. Study hard for your SPM. Abg yakin adik boleh buat. Andaikata adik tak boleh nasihatkan Sya, biar dia hidup dgn cara dia.Jgn paksa dia utk ikut cara adik.. Hati aku berdebar mendengar setiap patah kata2 yg abg F ucapkan. Aku bertanya pada abg F.. abg ni kenapa sebenarnya? Abg nak pergi mana lepas ni? Senyuman abg F bagai dipaksa2 waktu menjawab soalan aku. Kalau abg cakap, adik jgn marah. Malam ni abg ada race.... for the last time. Abg janji, lepas ni abg x kan race lagi....Assalamualaikum...
Siapa sangka, lambaian malam itu adalah lambaiannya yg terakhir. Segala luahan rasanya padaku malam itu, adalah luahan hati yg terakhir yg aku dgr dari mulutnya. Malah segala apa yg berlaku mlm itu adalah segalanya yg terakhir yg aku kongsi bersama dia.

Pada Subuh yg hening 10hb Julai, sahabatku Liza telah memaklumkan tentang berita kemalangan ngeri yg menimpa abg F. Race itu telah meragut nyawanya. Patutlah dia bilang padaku bhw itu adalah race yg terakhir. Dia seakan tahu dia akan pergi,... meninggalkan kami semua.

Hanya airmata yg mampu mengalir. Aku kehilangan kata2. Perasaan menjadi tidak terkawal bila aku nampak wajah Sya. Entah siapa yg mengkhabarkan padanya aku tidak tahu. Saat Sya memeluk aku, bagai terngiang2 keluhan abg F. Aku makin tertekan. Tubuh Sya aku jauhi. Satu persatu luahan abg F aku katakan pada Sya. Tangisan Sya yg pada awalnya bisa dikawal menjadi semakin kuat. Aku memang mahu membuat Sya menangis supaya dia menyesali apa yg telah dia lakukan pada abg F. Aku mahu Sya merasa betapa sakitnya hati apabila diri ini dilukai!...

Walau aku tahu ajal & maut adalah ketentuan Tuhan, aku tetap menyalahkan Sya. Andaikata dia tidak menyakiti hati abg F, pasti abg F tidak akan berlumba lagi. Krn aku tahu abg F memang sudah lama tidak berlumba... Entahlah..... Tubuh kaku abg F aku tatap lama. Sukarnya menerima sebuah kenyataan bahawa lelaki yg aku panggil abang ini sudah tidak bernyawa lagi sedangkan malam tadi kami bisa berbicara bersama.

Abg F, damailah bersemadi disana. Walau hatimu terselit rasa kecewa, aku pasti ada secebis bahagia yg pernah kau nikmati. Adikmu ini tidak pernah melupakan dirimu. Bertahun masa berlalu makin mengukuhkan ingatanku padamu. Namun hati ini tetap terdera setiap kali melalui Jalan Kuching. Manakan tidak, disitulah tempat dimana trajedi itu berlaku & kemudiannya berhampiran itu jugalah jasadmu disemadikan....

Damailah bang. Tenanglah kamu bersemadi disana, disisi penciptamu yg menyayangi setiap hambaNya. Hanya doa yg bisa aku titipkan agar kau ditempatkan dikalangan insan yang beriman & beramal soleh.

Al-Fatihah.......

Tuesday, July 8, 2008

Darjat

Gerimis yang berbaki
Mengundang ingatan semalam
Menggamit sebuah memori
Kisah cinta punya halangan

Bersamamu
Aku kenal erti kasih
Aku tahu erti rindu
Dan aku fasih erti bahagia

Disisimu
Aku sentiasa tersenyum riang
Aku sering mengusung rindu
Dan aku bisa menggenggam setia

Namun
Enggang dan pipit tidak mungkin bersama
Darjat berbeza mengundang derita
Sakitnya kita menanggung sengsara

Salah siapakah pertemuan itu ?
Silap siapakah perpisahan itu ?
Aku dan engkau tak mungkin tahu
Kerana itu semua Qada dan Qadar ketentuan Ilahi!

Wednesday, July 2, 2008

Lagi gambar2 masa gathering



Memang sah, tinggal sorang jer yg available. Tekalah yg mana satu?....



Machoman class Mawar yg dah tinggal berapa kerat ajer. Yg lain2 entah dah hilang mana x tahu.... Yg ni pun, ada 2 org jer yg availabe... hehehe...



Kami mendoakan agar persahabatan ini kekal hingga ke akhir hayat kami.....

Indahnya waktu dulu..

Dec. last year, classmate sekolah rendah aku buat gathering. Kami berkumpul & bertemu dgn rakan2 lama yg masing2 memang dah bertahun x jumpa. Bayangkanlah, masing2 dah jadi emak dgn bapak orang. Yg mana waktu sekolah dulu, kurus kering dah makin tembun. Yg comel lote pun dah berubah muka... Aduh, cepatnya masa berlalu. Terasa macam baru semalam kami melalui alam persekolahan yg begitu indah.

Bila lama x jumpa, tentu ada macam2 cerita menarik nak dikongsi bersama. Majlis yg sepatutnya selesai jam 6 petang berlanjutan hingga 9 malam. Kami siap buat pertandingan bowling lagi!!!!!... (masing2 nak tunjuk terror, tp aku dgn Seri jd Ratu Longkang)

Memang seronok bertemu semula selepas berpisah. Dgn zaman yg serba canggih ni, kami dpt mengekalkan silatulrahim yg hampir2 terputus. Alhamdulilah, sehingga ke hari ini kami dapat menjejak lebih ramai teman2 lagi. Andai ada gathering lagi, pasti kami akan berkumpul lebih ramai & pastinya suasana akan lebih meriah & havoc!!!! Hidup sentul88!!!!.....



Ni gambar masa darjah 4 mawar. Rata2 pelajar tu dah vogue dah sekarang ni!



Rata2 dlm gambar ni dah jadi mak orang dah. Kalau yg available pun, ada 2 -3 orang jer.... Tak sangka kan?