Monday, July 21, 2008

Happy B'day 21 Jump Street!!

21 Julai... Hari ni b'day H, seorang teman yg pernah hadir menghiasi dunia remajaku. Dia begitu meminati Johhny Deep & oleh krn itu sehingga ke hari ini, setiap kali 21 Julai tiba, aku terus mengingati 21 Jump Street!... Wakakaaa...
H seorang teman yg baik. Sikapnya yg begitu terbuka membuatkan aku senang mendampingi dirinya. Kami sama2 suka membaca. Susah bertemu lelaki yg menjadi ulat buku, tetapi bersama H, kami suka melepak di book shop. Kadng2 kami saling bertukar buku.
Persahabatan kami terjalin semenjak aku di Tingkatan 4. Dia cuma tua setahun dari aku. Selepas SPM, H masih rajin menemui aku. Senda gurau H telah menghiasi hari2 ku & menjadikan hidup ini lebih indah.Sesekali H menemani aku mengulangkaji pelajaran utk aku menghadapi SPM.Aku bahagia mempunyai sahabat seperti H. Sekurang2nya gurauan dia menjd penawar pada kegentaran aku menghadapi SPM.
Namun, persahabatan antara lelaki & perempuan kadangkala sukar utk dikekalkan. Seringkali rasa cinta itu hadir, walaupun dipinta. Dlm diam H menyimpan rasa. Bukan aku sengaja mengecewakan H, tetapi bagiku kehadirannya memadai sekadar sbg seorang sahabat. Aku tidak boleh menerima H lebih istimewa dr seorng sahabat.
Aku tidak memilih. Tetapi bila H dpt menghidu keakraban aku dgn abg Z yg jauh lebih dewasa dari aku, H mentafsirkan aku sbg seorng yg materialistic. Kata H, aku terlalu muda utk memilih abg Z sbg pasanganku. Mungkin kedudukan kewangan abg Z yg kukuh berbanding dia membuatkan aku mengutamakan abg Z.Itu tanggapan H. Padahal aku menerima abg Z krn kematangan dia & kasih sayang dia.
Alhamdulilah, aku kini bahagia dgn abg Z. Mungkin H juga sedang berbahagia dgn pilihannya.
Sempena ulangtahun H yg ke-33, aku mendoakan agar dia sentiasa berbahagia dgn kehidupannya. Kami pernah bertemu & menjadi sahabat, maka itu aku mengharapkan agar persabahatan ini tetap bisa terjalan walaupun kami berjauhan dikala ini.
Khabar terakhir yg aku terima, H kini berkhidmat di Sabah. Semoga dia sentiasa dilindungi & tetap mengingati bahawa aku pernah hadir sbg sahabat dlm hidupnya.
.... aku, bunga larangan.....

No comments: