Wednesday, October 29, 2008

Terkenang arwah nenek


Majlis itu sungguh meriah sekali. Ramai saudara mara yg hadir. Kami bersalam2an sebelum menjamah hidangan yg terhidang. Kemudian aku nampak kelibat nenek. Wajahnya tetap ayu & anggun sperti dulu2. Nenek senyum kepadaku sebelum menghulurkan tangannya & memelukku erat. Terasa kehangatan kasih sayang nenek menjalar ke seluruh urat sarafku. Tiba2 ayah panggil & aku mengikut dia ke ruangan dapur. Sewaktu aku membawa sedulang hidangan, aku mencari kelibat nenek yg tidak kelihatan. Tanpa sedar aku menjerit & melaung nama nenek berkali2......

Astaghfirulahhalazim.... Aku bermimpi rupanya.

Dah bertahun nenek pergi, tiba2 rindu itu hadir lagi. Meski hubungan aku & nenek tidak seakrab hubungan aku dgn arwah opah, aku tetap sayangkan nenek. Masih terngiang2 lagi ditelingaku suara nenek dlm bahasa jawanya. Apa yg aku faham, aku jawab & yg aku x faham, aku senyum. Kemudian nenek jawab, byk2 cucu nenek, kamu sahaja yg x reti bahasa jawa... hehehe, memanglah. Aku memang x reti @ x faham bahasa jawa sebabnya ayah sendiri tidak pernah berbahasa jawa dgnku adik beradik dr kecil hingga kami dewasa.

Aku & nenek memang tidak akrab. Jumpa pun hanya setahun sekali. Lagipula melihat cara nenek melayan ibu (biarlah ianya menjadi cerita aku & ibu) membuatkan aku "kureng" dgn nenek. Sebab tu sewaktu mendengar berita yg nenek sakit, aku tidak berhasrat utk menziarahinya. Sampailah abg Z menasihati aku & menyedarkanku bhw nenek itu adalah ibu ayah. Nenek adalah wanita yg telah melahirkan ayah ke dunia. Tanpa nenek, tiada ayah & tanpa ayah mesti tiada aku.... Aku akur & ikut abg Z ke Hospital Selayang. Nenek nampak sihat walaupun wajahnya pucat. Sewaktu aku cium tangannya, cepat2 dia tarik aku ke dlm pelukannya. Mungkin dia terkejut dgn kunjungan aku... Kami berbual seketika. Buat kali pertama dlm usiaku 27thn (waktu itu), nenek berbahasa melayu 100% dihadapanku. Kami berbual tentang mcm2 perkara. Sungguh aku tidak menduga bhw kemesraan yg luar biasa antara kami hari itu, adalah kemesraan utk pertama & terakhir kali. Seminggu selepas itu nenek pergi menyahut panggilan Ilahi. Malah sehingga hari ini aku masih terbayang, sayunya pandangan mata nenek terhadap aku setiap kali kami beradu pandang. Rupanya itulah renungan terakhir nenek. Mungkin saat itu nenek tahu kami tidak akan bertemu lagi... Maafkan aku nenek. Aku tidak membencimu tapi sekadar berkecil hati dgn layananmu terhadap kami adik beradik berbanding dgn layananmu terhadap cucu2 lain.... Jauh disudut hati, aku masih menyayangi dirimu.

Mungkin mimpi malam tadi adalah peringatan buatku (andainya aku sudah terlupa) bhw ketenangan nenek di alam sana adalah berlandaskan doa yg dititip oleh anak2 & cucunya.... Semoga nenek ditempatkan dikalangan hambaNya yg beriman & beramal soleh... Al-Fatihah...

Ini gambar arwah nenek di hari perkahwinannya. Siapa sangka lebih 30 tahun menjanda, pintu hati nenek terbuka utk berkahwin lagi. Usia nenek pada waktu ini 76 tahun, namun nenek masih anggun &bergaya...

Satu2nya gambar aku & nenek. Kenangan di hari perkahwinannya dgn atuk baruku.... Member2 yg tgk gambar kahwin nenek, semuanya kata nenek aku "vogue"..... hehehe....

Tuesday, October 28, 2008

JODOH

Memang benar kata pepatah….Jodoh pertemuan di tangan TuhanBegitulah juga jodoh antara aku& Ebriza. Sejak mengenali dirinya, kami belum pernah bertemu. Hanya akrab melalui sms & e-mail. Meski demikian, antara aku & dia terjalin satu ikatan kemesraan yg sukar untuk diungkapkan. Jauh disidut hati, aku teringin sekali bertemu empat mata dengannya. Namun, setiap kali beliau turun KL, detik itu jugalah aku tiada di KL. Waktu Pesta Buku Mei lepas, beliau di KL aku di Langkawi… Weekend baru2 ni, sampai aje aku di Tol Bidor, sms Ebriza pun masuk mengatakan beliau on the way ke KL…. Ek eleh,…. Memang Tuhan belum mengizinkan kami untuk bertemu agaknya….. Paling tepat sekali,… JODOH kami masih belum sampai… Insyaallah, jika diizinkan Tuhan, pasti satu detik kami akan bertemu & pastinya detik itu nanti akan menjadi detik yg amat bermakna dlm hidupku…..

Friday, October 24, 2008

Sama ke?...


Masa berkunjung ke rumah maklong tempoh hari, aku bawa sekali anak adikku, Nabilla. Mak long ingtkan aku dah ada anak pompuan.... hehehe... aku kata ni anak Oli... Lama maklong pandang Nabilla.... "Eh, memang muka dia macam muka kamu masa kecik2 dulu... Sampai sekarang maklong x kan lupa muka kamu masa kecil..." Balik je rumah, aku pun menggeledah cari gamba aku masa kecik. Sayangnya aku x jumpa.... akhirnya puas menggeledah, aku jumpa sekeping gambar lama...jengjengjeng..... aku pun tataplah gamba aku masa umur 3 tahun tu...isyh, x de pun muka Nabilla, macam muka anak Cina adalah!... Tapi memang along panggil aku anak apek.. Kebetulan, masa dulu2 ada sorang apek jual barang suka bersedekah duit 20sen pada kanak2. Tiap kali apek tu datang, along mesti kata.. "apek, lu amiklah sekali ini budak... dia kan anak lu..." Jahat betul along. Seronok dia mengusik aku... Tapi itu semua kenangan. Aku & along dah x macam dulu. Nak jumpa pun susah, inikan pula nak bergurau senda macam dulu!.... Ha, back to the topik... muka aku & Nabilla ni sama ke?....

Faris & Spongebob

Si bongsuku, Muhd Syafi Faris memang peminat fanatik Spongebob. Aku sendiri x tahu kenapalah budak kecik ni minat sgt dgn spongebob. Sampaikan ayahku menggelarkan spongebob tu "cikgu" Faris. Manakan tidak, sekarng ni setiap pagi selepas gosok gigi, Faris akan minta benang dari aku. Bila aku tanye kenapa, dia kata, spongebob cakap lepas gosok gigi, buat macam ni (Faris memasukkan benang pda celah2 giginya) untuk bersihkan gigi.... Ek eleh.... Aku cakp dengan Faris, kalo tersangkut benang tu nanti, gigi awak berdarah... Then dia jawab, x lah... spongebob buat x berdarah pun.... adoi.... gigi spongebob tu macam manalah pulak???......


Sebagai menghormati minat dia kpd spongebob tu, masa b'day dia hari tu aku tempahlah cupcakes "spongebob" special utk dia agih2kan kpd kawan tadika dia. Tapi sayang, on his b'day dia demam pula.... X dptlah aku snap gambor2 dia celebrate b'day dgn kengkawan dia.... Ha,.. nasib baik dpt gak snap gambor cupcakes kat atas tu utk dia tgk hari2... La ni asyik dok tanye, mane kek ni yek? nape Aish x makan kek ni byk2 ha?.. Aish nak lagi boleh?..... hahaha, nak lagi?.. tunggu la next year sayang....



This week Faris melalui hari2 yg penuh kebosanan coz kawan bergaduh dia x der. Fazly & Fakhri ikut ayah dia ke TI, tinggallah Faris sorang2 kat rumah. Petang, bila aku sampai rumah, dia buat muka monyok dia... boringlah abang & angah x der.... Aish x de kawan nak main... Kemudian aku jawab balik,... boring x de kawan nak main ke, x de kawan nak gaduh?... sememangnya abang2 dia suka membuli adik mereka yg sorang ni... Kekadang bila mereka dah penat main bola atau mengayuh basikal, Farislah yg jadi mangsa tukang ambik air kat dalam.... Bila nak mandi, Faris jugaklah yg kena ambikkan towel utk mereka.... Dan segala macam hal lagilah yg mereka buat untuk buli adik kecik mereka ni...
Selasa lepas, Faris ajak aku g pasar malam. Kesian tengok muka dia, aku pun ikutlah walaupun time tu hujan renyai2.... Aku tanye dia nak cari apa kat pasar malam. Dia jawab, jalan2 aje.... Aku pun ikutlah dia. Bila dah habis satu pasar malam kami tawaf, aku tanye lagi dia nak beli apa. Dia geleng, hinggalah dia nampak sorang pakcik ni jual belon.... kemudiannya dia nampak kat sebelah pakcik tu ada orang tgh "pam" spongebob... Ha, dia pun apa lagi... "Ibu,... Aish nak spongebob tu..."...
Aku beli aje untuk puaskan hati dia..... Krn ketiadaan abg2 dia, spongebob tu masih selamat hingga hari ini. Mungkin kalau abag2 dia ade, spongebob tu x kan "hidup" lama coz abg2 dia memang suka menjahanamkan mainan adik dia..... Alahai anak2 ibu......

Thursday, October 23, 2008

Dakapan Kasih @ Ebriza Aminnudin





"Wasiat itu adalah satu amanah. Salah akukah andai pengorbanan suci ini dilakukan demi menunaikan sebuah amanah? Aku rela diri ini dibenci dan dicaci asal niat murniku tidak disalah erti. Namun, mengapa kebencian itu bagai tiada noktah ? Mengapa tulus kasihku ini tidak disambut mesra? Aku akui hakikat kehidupan, tidak semua kebaikan dipandang penuh kesucian & tidak semua kebencian akan berakhir dengan perpisahan. Kerana aku yakin DAKAPAN KASIH ku ini bisa membuka mata mereka & meyakini bahawa tulus kasihku ini bukanlah satu paksaan….." ..... Irene Darvina

Irene Davvina, satu nama yang indah, memiliki peribadi sempurna meski cinta hatinya telah dibawa pergi. Keakraban kasih sayang antara kakak & adik melengkapkan keluarganya meski tidak punya ibu & ayah. Dunianya tidak terasa sepi walau lelaki yg dicintai itu sudah lama pergi. Cintanya disimpan rapi, ditempatkan dalam hati tanpa seorang pun sedar bahawa perpisahan itu memang menyakitkan.
Takdir Tuhan menentukan bahawa jodohnya bertemu dengan lelaki berusia yg merupakan majikannya. Malah mereka bersatu atas wasiat arwah sang isteri.
Perkahwinan tanpa restu keluarga memang selalu mengundang dugaan. Satu persatu dugaan & cabaran yg dilalui Irene Darvinna. Sikap anak2 tiri yg enggan menerima kehadirannya. Meski berdepan dgn 1001 masalah, dia tetap bersabar & menangani masalah berat dengan hati yg terbuka. Baginya kesabaran yg dipupuk pasti akan berbaloi suatu hari nanti. Resah gelisah jiwanya menahan rasa bila sang teruna yg menagih cinta adalah seorang anak tiri. Bukan silapnya bila sang teruna begitu berani meluahkan segala rasa hati hingga ada insan lain yang sakit hati hingga menimbulkan rasa dendam tidak berbelah bahagi.
Tiada jalan penyelesaian bisa ditemui bila suami sendiri menutup pintu hati untuk mendengar sebuah penjelasan. Hinakah aku untuk terus berada disisinya setelah fitnah itu mula mengaburi mata?......

Alzran Mirzan,….. suamiku, sekali hati ini memberi cinta, selama itu aku akan terus setia. Bukan harta yg menjadi ukuran, tetapi cintamu yg kudamba!

Ayreil Eiszacwan…. bukan silapku menjadi isteri ayahmu, tetapi inilah hakikat yg perlu kita terima. Cinta, kasih & sayang lahir dari hati bukan paksaan atau kebendaan semata.

Iris Leona & Leia Ixora…. ibu tidak ingin mengambil tempat mama kandung kalian, tetapi izinkan ibu mencurahkan kasih yg tidak bertepi ini. Hadirnya ibu untuk melengkapkan kehidupan kalian serta menghilangkan rasa rindu terhadap mama kalian.

Armand….. telah ku simpan segala kenangan cinta kita disudut hati yang terindah. Meski cinta kita tidak bisa bersatu, hati ini masih terus ingin berbicara & meluahkan segalanya kepadamu.

Selamilah rasa hati seorang Irene Darvina di dalam DAKAPAN KASIH, hasil karya EBRIZA AMINNUDIN.


KATAKU :-

EBRIZA AMINNUDIN kukenali melalui karya Hanya Dikau (HD). Aku suka membaca HD krn plot cerita yg begitu santai, bahasa yg senang difahami & selamba. Selepas membaca HD, aku mula mencari karya2 lain nukilan Ebriza. Melalui karya2 nya aku tahu dia ni seorang yg sukakan cabaran & kuat semangat. Mungkin melalui pengalaman pahit & manisnya sebagai penulis, lahirlah DAKAPAN KASIH (DK) utk peminat2nya.

DK berkisarkan kisah kekeluargaan. Hubungan kasih sayang antara keluarga, rasa benci, dendam dan sakit hati sesama insan. Irene Darvina digambarkan sebagai seorang yg jujur & amanah. Bermula dari rasa tanggungjawab terhadap isteri majikannya (Puan Zuqisti), membuatkan dia sangup mengorbankan perasaan sendiri demi memastikan Puan Zuqisti “pergi” dengan tenang. Pastinya sebagai seorang wanita, dia bisa menyelami rasa hati seorang ibu yg berat hati untuk meninggalkan anak2 tanpa kasih sayang sewajarnya. Tabahnya seorang Irene Darvina bila sanggup dibuang keluarga demi menyempurnakan wasiat terakhir Puan Zuqisti. Berbagai peristiwa yg berlaku yg pastinya mencabar kesabaran sebagai seorang ibu tiri yg muda, tetapi segalanya cuba ditangani dengan begitu sempurna. Hinggakan dia sanggup menahan hati dek kerana nak melayan anak tiri bujang yg sebenarnya menyimpan rasa cinta terhadapnya. Hinggakan tanpa Irene sedari ada diva perasan yg begitu mencemburui dirinya & telah menabur fitnah hingga dia diusir dari rumah agam itu….

Hanya pada Armand tempat dia mengadu. Nak tahu siapa Armand, kenalah baca DK…… Kemudian, ada babak lari gak mcm dlm HD tau…. Hah, kali ni heroin lari jauh nun ke sanaaaaaaaaaa…. Kemana?.... Bacalah DK sampai habis ye…..

Aku rasakan Ebriza telah berjaya menghasilkan karya yg begitu menyentuh rasa. Keberaniannya menimbulkan isu anak tiri jatuh cinta dgn ibu tiri adalah satu keberanian yg tidak dpt disangkal lagi. Aku yakin, byk lagi karya2 menarik darinya akan terhasil berkat usahanya yg tidak pernah padam utk menyinari dunia penulisan kreatif di Malaysia ni !!.... Fuyooooooooooo….

Sebelum terlupa, lagi satu yg aku nak bagitahu tentang Ebriza ni,... hehehe... nama2 watak dlm karya dia memang panjang meleleh. Dah la panjang, terbelit lidah nak sebut.... tapi, nama2 tu memang sedap... Sesaper yg x de idea nak bagi nama anak, bolehlah amik nama2 watak tu.... (make sure minta izin dr Cik Ebriza kita ye...)!

Tahniah untuk Ebriza!!!......

Wednesday, October 22, 2008

Panas Hati!

20hb (Isnin)… Pagi2 lagi aku dah terbakar dgn sikap seorang police traffic. Sepatutnya tugas dia membantu melancarkan lalulintas. Tp si lembab sekor ni (kan dah kasar bahasa aku!), menambahkan kesesakan kat Sentul pagi tu… Geram betul aku. Sudahlah berjam2 menunggu, tambah kepanasan bila aku tgk dia sempat lagi bergayut kat hp time tu… Adus, angin betul!. Nasib baik, x sempat nak snap pic dia tgh bergayut, kalo dpt sure aku htr masuk muka depan Harian Metro. Biar Pak Lah tgk cara police traffic buat kerja…..

Ibu ada check up & fisio kat Ortopedik HKL. Memandangkan ibu kena jalani fisio jam 8.30, aku menunggu di luar, takut kalo2 nombor ibu dipanggil untuk bertemu doctor. Tunggu punya tunggu……. Hampir 1 jam, x sampai 5 angka yang dipanggil. Sedangkan pesakit semakin ramai memenuhi ruang. Memang slow betul aku tgk cara kerja kat situ…..Mungkin ke doctor masih bercuti raya, sebab dalm byk2 bilik kat situ hanya bilik no. 5 dan bilik no. 12 yg beroperasi. Membazir duit kerajaan buat renovation membesarkan Bahg Ortoperdik, menambahkan ruangan bilik sedangkan hanya 2 bilik yg mampu beroperasi…..

Sudahlah tengah aku khayal melihat gelagat pelbagai ragam manusia kat situ, terpacul seorang Hamba Allah ni yang menunjukkan kertas warna pink yg aku tak tahu isi kandungannya….”Adik, minta sumbangan ikhlas…” Aik, pelik bin ajaib…. Org tu, berpakaian kemas,tapi raut wajah dia memang bukan melayu tulen… Bila aku tanya, derma untuk apa.. Dia kata, derma ikhlas aje… Ah, malas aku nak layan… Itu bukan derma, tapi nak mengambil kesempatan & mencari duit dgn cara yg mudah. Lepas tu, aku tgk dia pergi ke mangsa lain. Kesemua mangsa yg didekati, wanita melayu… Tapi yg aku nampak, kesemua mereka memberi gelengan serupa yg telah aku sedekahkan padanya. Kata seorang makcik yang duduk disebelah aku, banyak betul org nak cari duit cara macam tu sekarang ni….. Tambah makcik tu lagi, setiap kali makcik dtg sini, mesti ada org minta derma macam tu… Hah?.... aktiviti rutin agaknya…. Bisik hatiku.

Selepas fisio, ibu perlu bertemu doctor. Nombor ibu dipanggil sewaktu jam hampir menunjukkan angka sebelas. Memang lembab betullah Bhg Ortopedik ni. Geram pulak aku. Dahla kesian tengok kebaykkan pesakit2 adalah warga tua. Perkhidmatan lembab la pulak….

Tambah lagi satu cerita nak buatkan hati aku yg panas makin panas…. Sewaktu di kaunter untuk mengambil temujanji baru, ada seorang wanita yg berpakaian seragam doctor bersama suaminya. Kata si suami.. “takkan u pun kena beratur?.. Kan u doctor”… Aku sempat jeling pada doctor wanita melayu itu. Dalam hati aku tertanya sendiri,… seorang doctor x perlu beratur ke seperti pesakit lain?.. Sesudah mengambil temujanji baru untuk ibu, aku memandang wanita tadi. Aku ingin meluahkan rasa hatiku padanya. Sekurang2nya aku tidak berdosa krn menyumpah seranah dia dari dalam hati aje… "Doktor, jgan salah gunakan uniform putih tu. Jgn jugak ambik kesempatan atas jawatan puan sebagai doctor. Kesian kat warga tua yg kena beratur menunggu giliran. Sepatutnya sebagai doctor, mesti puan faham… Maafkan saya…” Aku terus blah sambil menjeling pada si suami doctor tadi yg dah merah padam muka dia. Pastinya dlm hati dia memaki aku macam2…. Aku tak kisah dia nak cakap apa, asalkan teguran aku tadi ada kebenarannya!

Faris Sukan





19hb (Ahad), Tadika Faris mengadakan sukan tahunan. Awal2 pagi abg Z dah tiba dari TI untuk beri semangat pada anak bongsu dia.
Acara dimulakan dengan senamrobik oleh Faris & teman2nya. Kemudian dikuti acara sukan oleh murid2 4 tahun. By 10 am barulah acara Faris bermula [Class C1 @ 5 y .o]. Setiap murid memasuki 2 acara. Faris dapat no 1 bagi acara lari pecut. Merah padam aku tengok muka dia, tapi berbaloi lah sebab dpt no. 1!..... Yg kelakarnye, bila time acara berpasangan, aku & abg Z pecah perut ketawa melihat aksi Faris & pasangannya. Mana tidaknya, murid2 lain & pasangan mereka berlari tetapi Faris boleh berlenggang mak limah pulak. Bila aku tanye kenapa x lari? Dia jawab… teacher kata jalan bukan lari… Adoi, budak ni!...... X per lah, walaubagaimanapun, Faris tetap membawa pulang 1 Piala Emas sbg kenangan2. Kalo ada rezeki, next year dia boleh kutip hadiah lagi.
But on that day, not only Faris yg bawa balik piala. Abg Z pun dpt piala gak….. hehehe,… dia masuk parents punya acara & dpt no. 2. Kena pecah belon & jalan itik!.. Fuh! Berbaloi balik dari TI subuh2 & dpt gak piala utk buat anak dia happy!!.... (Utk wife dia..... hmmmm, ucapan maaf tu dah cukup memadai bagi aku... ahaks!)

Friday, October 17, 2008

Aku Wanita

Beberapa hari ini, aku menyepikan diri dari hubby. Aku malas nak call dia & malas juga nak jawab call dari dia. Sms dia juga aku biarkan sepi. Kalau dia call sewaktu aku berada dirumah, aku akan pass phone pd anak2. Sengaja aku berlama2 di toilet, supaya anak2 yg melayan dia. Bukan aku sengaja, tetapi hatiku benar2 terusik. Biarlah hubby faham sendiri betapa hati ini terhiris dengan sikapnya.

Kadang2 aku tak faham dengn sikap hubby yg suka mendengar cakap member2nya. Aku lebih tidak mengerti kenapa teman2nya suka sgt bercerita yg tidak2 berkenaan aku. Padahal, semenjak aku berjauhan dgn hubby, duniaku hanya office & rumah. Hidupku hanya menguruskan hal kerja dari 8 pagi – 5 petang, selebihnya menguruskan hal anak2 dirumah. Memang ada dikalangan teman2 yg sesekali menelefon mempelawa aku keluar makan2 atau lepak2. Tapi aku bukan jenis yang suka keluar tanpa tujuan dengan meninggalkan anak2. Tambahan pula, aku sendiri tidak mahu hubby menganggap aku hidup bebas walaupun berjauhan dengannya.

Selasa lepas, sebelum pulang ke Teluk Intan, hubby tanya apa aktiviti aku selama ketiadaan dia. Aku jawab sejujurnya… office & rumah. Aku langsung tidak mengesyaki apa2 kerana sememangnya aku telus dgn jawapanku. Hubby diam. Selepas bersalaman, hubby terus pergi. Aku tertanya sendiri, kenapa hubby dingin sekali…..

Petang, aku terima message dari hubby yg mengatakan dia sudah tiba dgn selamat. Kemudian masuk satu lagi sms. Hubby memohon maaf krn bersikap dingin denganku. Katanya dia gagal mengawal perasaan krn temannya memberitahu beliau ternampak aku keluar dengan seorang lelaki yg tidak dikenali. Aku terdiam seketika. Puas aku mencongak, memang benar aku tidak pernah keluar dgn lelaki. Walaupun sebelum ini aku rajin keluar makan dgn bos, tp semenjak bos balik dr umrah ogos lepas, kami belum lagi keluar bersama.

Aku duduk sambil beristighfar. Bukan sekali dua hubby syak yg bukan2. Dahulu juga selalu begitu. Aku kata pada hubby, dlm perhubungan andai tiada kepercayaan sukar untuk mengikat setia. Sudahnya dia kembali normal. Menerima segala kata2 temannya sebagai satu fitnah yg sengaja untuk memporak perandakan hubungan kami.

Kemudian, aku balas sms hubby.. "Terima kasih atas kata2 yg begitu menyakitkan. Sy berkorban menjaga anak2 bersendirian & sanggup berjauhan dgn abg demi masa depan family kita. Tapi sayang, abg x hargai pengorbanan sy, malah abg sanjungi kata2 seorang teman yg tidak pernah menyusahkan dirinya sendiri untk membantu abg. Jika duduk dirumah menjaga anak2 tanpa abg menjd kesalahan, mungkin lebih baik saya keluar berhibur dgn teman2 saya?..”
Hati aku jadi sakit. Aku ingin benar melihat reaksi wajahnya saat membaca tulisanku yg terakhir. Ditambah pula ayat2ku menggunakan kata ganti diri yg begitu formal sekali iaitu “saya”….

Beberapa saat kemudian, hubby call. Dia meminta maaf sesungguhnya krn tidak berniat utk melukakan hatiku. Dia sendiri tidak tahu mengapa begitu mudah mempercayai kata2 temannya hingga sanggup menghiris hatiku. Airmataku gugur krn selama ini aku begitu berhati2 menjaga hatinya, menjaga diriku sebaiknya saat kami berjauhan. Aku memang tidak pernah meminta2 dari hubby, cuma kali ini aku benar2 memohon supaya dia tidak lagi mudah mendengar kata2 yg tidak sepatutnya dari mulut org lain. Tidakkah dia tahu sikap sedemikian bisa mengundang gelora dlm kerukunan & keharmonian rumah tangga kami….

Siti Nurhaliza - Wanita
Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini
Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hatiBelahan jiwaku ini..
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hatiBelahan jiwaku ini..
aaa… Ku wanitaaaa… Ku wanita….
Yang hanya perlu kau fahami
Oh apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..
Wanita… woohoo..Ku Wanita… ooo…Wanita…
**** tetiba jer telinga ni menangkap syahdunya lagu baru Datuk Siti ni. Lagu2 Datuk Siti memang sedap didengar, tapi sayang, aku ni bukan peminat no. 1 dia.... layannnnnnnnn

Nostalgia aku & dia......

Suatu ketika dulu, (sewaktu minggu pertama berada di Tingkatan 1 Melati @ SMCS pada tahun 1989)….

“Siapa nak duduk sebelah saya?... Tempat ni kosong……” Dua orang pelajar perempuan melayu menoleh sambil tersenyum ke arahku. Kedua2 mereka adalah pelajar yg ditransfer ke kelasku dari kelas yg telah penuh. Seorang daripadanya memang aku kenal rapat kerana dia duduk di kawasan kejirananku.
“Aku x nak duduk sinilah, sebab aku rendah, nanti tak nampak apa yg cikgu tulis di papan hitam…” jawab budak perempuan yg aku kenal itu.
“Boleh saya duduk sebelah awak?” budak perempuan seorang lagi bertanya padaku tersipu2. Aku sekadar tersenyum sambil menganggukkan kepala tanda setuju. Sebenarnya memang sedari awal, sewaktu Cikgu M memaklumkan ada pertambahan 2 pelajar baru, aku amat berharap budak perempuan tinggi lampai yang berambut ala ekor kuda sepertiku itu duduk disebelahku sekaligus menjadi teman baruku.
“Nama awak siapa?” soalku. Entah kenapa tiba2 aku jadi ramah, padahal aku memang susah nak memulakan perbualan dengan mana2 teman baru.
“Syahiza Hanim…” jawabnya
“Panjangnye nama. Saya nak panggil apa?” soalku lagi
“Hanim…” dia tersenyum. Manis sekali.
“Saya tak nak panggil Hanim. Boleh saya tukar nama awak?” Kenapa aku pandai2 nak tukar nama dia yek?...
“Syasya”… secara spontan aku menyebut nama itu.
“Ok la tu…. Awak boleh panggil saya Syasya….”
“OK Syasya… Saya, Su…..” kami bersalaman dan saling bertukar senyum. Kemudian dia tertawa lagi. Mungkin seronok dengan nama baru yang aku berikan kepadanya. Sememangnya aku suka lihat dia tertawa. Dia nampak benar2 ikhlas & cantik sekali.

Masa berlalu menjadikan kami semakin akrab. Lima hari dalam seminggu berada disekolah & sentiasa dekat membuatkan kami begitu mesra. Akhirnya kami menjadi sahabat yang paling akrab. Malah nama “Syasya” terus melekat pada bibir teman2 lain hinggakan teman2nya dari sekolah rendah yg sama terkejut dgn nama baru pemberianku.

Syasya cantik, comel & manja. Itu kelebihannya yg membuatkan aku semakin menyayangi dirinya. Kelincahannya membuatkan aku selalu ingin berada dekat disisinya. Menjadi sahabatnya membuatkan hidupku ceria & gembira sentiasa. Dunia remajaku terasa begitu meriah sekali.

Begitulah kami, nilai kasih sayang yg terjalin antara kami begitu berharga sekali. Antara kami begitu dekat & seakan telah menjadi satu. Tiada rahsia antara kami kerana segala rasa suka & duka itu hakmilik kami bersama. Sesekali ada juga guru2 pelatih yg confius memanggil nama aku & dia. Mungkin guru2 itu confius bila melihat kami yg akrab, yg sentiasa dekat ini selalu menggayakan ikatan rambut yang sama. Andai aku ikat satu, dia juga begitu, kadangkala aku bertocang lipan, dia juga demikian. Padahal kami tidak pernah berjanji. Itulah kami, sepasang uda & dara yang sama jantina. Romeo dan Juliet yang sama2 perempuan!!... Sesungguhnya dalam hati kami bagai ada satu keserasian & perasaan itu begitu sukar untuk diungkapkan.

Tapi kini, apa yang tinggal hanyalah kenangan. Aku dan Syasya tidak seakrab dulu. Mungkin masa & keadaan telah memisahkan kami. Atau mungkin juga bebanan tanggungjawab yg semakin bertambah membuatkan kami semakin renggang. Lebih pasti lagi, pernah datang fitnah jahat yang semakin menjauhkan kami. Sudah banyak airmataku yg mengalir kerana Syasya. Walaupun bibirku mengatakan tidak mengapa atas kerenggangan & kejauhan ini, namun jauh di sudut hati, aku begitu merindui dirinya. Merindui saat2 indah kami berdua. Saat2 manis kami berkongsi segala rasa suka & duka….

Sebelum Ramadhan aku ada menerima sms dr Syasya. Pada awalnya, aku tertanya2 siapa gerangan penghantar sms yg bertanya khabar secara tiba2. Bila dia memperkenalkan diri, airmataku menitis secara spontan. Terbayang gelak tawa dia yg sentiasa aku rindui.

Sya : “Terkejut dgn sms aku?”

Aku: “Tak… tapi aku benar2 rindu…”

Sya: “Aku tahu, sebab setiap tahun ko masih menjadi insan setia yg menghantar hadiah ulangtahun kelahiranku…Kenapa tidak sertakan no tel ko? Puas aku dail no lama ko…

Aku: “Ko tahu dimana rumah aku, kenapa tidak susul ke rumah kalo no. tel tidak berjaya dihubungi…. Kenapa dgn kita ni?”

Sya : “Entah”

Aku: “Maafkan aku kalo aku ada menyinggung hati ko selama ini…. Aku memang rindukan ko…. Rindu teramat sgt…”

Sya: “Aku tahu sebab aku pun sama….. Tapi keadaan sekrang berbeza…. Aku malu dgn ko”

Aku: “Ko x de hidung atau bibir ko dah senget..”
(Saat menghtr sms itu aku tersenyum sambil menyeka airmata yg mengalir)

Sya: “Aku malu atas apa yg telah terjadi….. Aku harap ko faham…”

Aku: “Aku sudah lama memahami ko. Apapun teruskanlah hidup ini. Tabah & sabarlah demi 3 anak2…. Walau kita tidak seperti dulu, ko tetap dlm ingatan aku. Igt satu perkara, aku syg ko & tidak pernah membuang ko dari hidup aku…. Kita tetap satu seperti dulu. Dalam hati aku aku masih ada sebaris nama ko yg akan kekal hingga aku menutup mata…”

Sya: “Terima kasih atas kasih syg & persahabatan kita…. Jgn lupa aku..

Aku: “Insya’allah. Tp satu ketika andai kita bertemu & aku tidak ingt pada ko, itu petanda aku dah kena ‘Alzheimer’ ataupun penyakit yg berkaitan kehilangan memori ingatan….
(Aku benar2 ingin bercanda seprti dulu)

Sya: “Ko memang x pernah berubah, selalu membuat aku tersenyum walau hati aku tgh sarat dgn airmata…”

Aku: “Krn aku adalah aku….. Syang ko selalu…..Salam…”

Memori persahabatan kami begitu indah untuk dilagukan, begitu sayu untuk dihayati. Namun segala yg indah itu pasti akan kekal abadi di dlm hatiku aku dan dia…….

Tuesday, October 14, 2008

Semoga panjang umur...

Putera comelku

Hari ni 14hb Oktober.... Satu tarikh yg sungguh bermakna buat Shahrul Zulfazly & Muhammad Syafi Faris. Kedua2 anakku ini berkongsi tarikh keramat & menyambut ulangtahun kelahiran mereka bersama... Fazly genap 12 tahun pada tahun ini. Tak sangka cepat benar masa berlalu & anakku ini sudah layak untuk memiliki kad pengenalannya sendiri... hehehe... terasa usia aku pun dah makin meningkatlah!!!!..... Faris pula genap 5 tahun. Anak manjaku ini demam pulak pagi ni. Kesian dia, demam pada ulangtahun kelahiran.

Tahun ni memang aku tidak bercadang utk meraikan majlis ulangtahun mereka seperti tahun2 sebelumnya. Sebab utama, tahap kesihatan chef yg selalu memasak utk majlis itu tidak mengizinkan. Chef tu adalah ibu aku... hehehe... Walaupun ibu kata dia boleh uruskan majlis Fazly & Faris, tapi hubby berat hati. Hubby kata biarlah this year Fazly & Faris bawa kek utk classmate mereka ajer. Sesekali x de b'day party, apa salahnya. So, malam tadi kami ke PJ, ambil cupcakes yg ditempah dr Miss Nadd utk diberi kpd classmate mereka. Faris nampak seronok dgn design Spongebob dia. Fazly pun nampak puas hati dgn design yg Miss Nadd buat... Tapi nasib kurang menyebelahi dia sebab satu kotak yg menempatkan 25 biji cupcakes dah terbalik atas sebab2 yg tidak dpt dielakkan. Tunggang langganglah jadinya... mujur cupcakes tu x cedera parah atau koma akibat "accident" tu... calar balar sesikit jer....

Walau apapun, aku mengucapkan SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN istimewa buat 2 puteraku yg comel. Semoga mereka dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki & segala apa yg mereka impikan akan menjadi kenyataan. Semoga mereka juga akan menjadi anak yg soleh & bisa membahagiakan insan2 yg mereka sayangi & menyayangi mereka..... Amin....

Dikesempatan ini aku juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun kepada anak saudara sulungku, MUHD SYAFI'UL AZHAR @ Boboy, (15 y.o on 10.10). Semoga berbahagia selalu & success dlm PMR nanti. Tak lupa buat satu2nya adikku, MULYADI @ OLI.. (28 y.o on 16.10) umur dah meningkat, ubah2lah perangai. Semoga dirimu sentiasa dilindungi & diberkati... Juga buat sahabatku, LIZA (32 y.o on 27.10).... hehehe,.. umur itu sekadar angka. Semakin meningkat usia semakin byk pengalaman yg kita kumpulkan. Semoga kebahagiaan sentiasa melingkari hidupmu & semoga persaudaraan kita ni tetap kekal, mekar & harum subur dihati..... (Liza juga berkongsi b'day pada bulan ini bersama mama, kakak & adiknya.... best kan?..)

"HAPPY BIRTHDAY........"

Thursday, October 9, 2008

Kenangan Indah di Aidilfitri 08

Gambar anak2ku & sepupu2 mereka pada Aidilfitri. Nak suruh yg besar2 ni bergambar memang susah. Adik2 mereka yg asyik berposing dpn camera.
Ini cucu2 lelaki ibu & ayah. Anak2ku yg berbaju hijau & anak2 along berbaju purple. Kalau dah berkumpul ramai2, mestilah gamat rumah.
Akhirnya, penantian ibu & ayahku utk dpt cucu perempuan berakhir dgn kehadiran Juwita Adrianna Nabilla (yg macam snow white tu)....diikuti Juwita Adrianna Adilla (anak adikku @ Oli), Ayu Natasya & yg bongsu.. Ayu Marisya.... (anak alongku) Inilah cucu2 pompuan merangkap anak2 saudaraku yg comel2 belaka.... Tapi aku jugak yg belum ada pompuan lagi... kesian....

Nabilla & Adilla sibuk nak bertudung pada raya pertama. Si kakak ni memang suka berposing depan kamera... Tgkla senyuman dia yg manis tu.....
Masing2 sibuk nak bergaya dgn baju baru.... To Kak Ram,... tgkla baju yg snow white saya pakai tu.... Sesuai dgn depa 2 orang... Thanks!










Tuesday, October 7, 2008

Corat coret Aidilfitri

Salam semua.... Aku pasti ramai dikalangan kalian sudah kembali dr cuti raye. Ada yg dpt cuti pendek & ada yg juga yg bercuti panjang. Apa2pun, aku harapkan segalanya berjalan dgn lancar. Bagi diri ini, alhamdulillah, segala yg dirancang berjalan dgn lancar. Perancangan berhari raya yg disusun dgn teratur tidak menimbulkan sebarang kesulitan.

Aku dgn abg Z memang mengamalkan sistem giliran. Meskipun menetap dgn ibu, bila tiba giliranku, abg Z akur dgn perancangan yg telah aku aturkan. Aku akui kekadang abg Z sendiri dgn rela hati beraya dgn keluargaku di KL mesipun time tu giliran dia. Bagi kami berdua tidak pernah timbul perbalahan utk berebut pulang ke rumah masing2... Alhamdulilah....

Tahun ni memang giliran beraya dgn family aku (walaupun last year raye di KL jugak!... hehehe)... Seronoknya bila dah ada anak2 ni, adalah melihat kegembiraan mereka menyambut hari bahagia ni. Mana tak nye, mereka sibuk melaram dgn baju baru. Selain tu, sibuk duk mengumpul duit raye... biasalah budak2...

Byk jugak cerita yg nak dikongsi bersama. Tapi, biarlah aku coretkan peristiwa yg penting2 aje utk kita berkongsi bersama ye....

29hb (Ramadhan lagi ni)...
Aku dah start cuti dah. Abg Z pun baru sampai malam tadi dari Teluk Intan. We all planning nak cat rumah. Tapi ibu kata, x payahlah cat coz baru last year kita cat baru. Rugi pulak katanye.... Tapi abg Z berkeras nak mengecat jugak. Sudahnya, ibu kata cat syiling ajer.... Hehehe, abg Z beralah & dia cat syiling ajerlah!
Tgh hari tu, aku terima special parcel dr Penang. Abg Z yg menyambutnya. Dia kata kalau dr Penang, dia tahulah dari siapa.... hmmm, siapa lagi kalau bukan dari my dear Ebriza. Sebelum ni memang abg Z musykil gak siapa Ebriza ni (dia igtkan bf kot!!...), tapi sekarang x lagi... Bila aku tunjuk gambar awek cun, dia tahulah wife dia berada dilandasan yg benar!.... TQ so much sis,.... Dakapan Kasih sungguh bermakna. Pemberianmu membuat diri ini rasa dihargai. Dalam kesunyian hidup i tanpa adik permpuan, u muncul melengkapkan hidup ni. I benar2 berharap agar silatulrahim antara kita terus terjalin hingga ke hujung nyawa. Anak2 pun wish TQ to Aunty Ebriza coz u are the one yg bagi duit raye awal kat depa!!....

30hb (Ramadhan terakhir)
Pagi2 aku dah sibuk ke pasar dgn abg Z. This year ibu tak nak masak byk2 coz 2nd raye we all dah nak balik Perak. Hampir tghhari, ibu dah bising sebab K Ayu x sampai2 lagi. Aku call along, rupanye dia dah sampai Johor. This year, along beraye dgn family wife baru dia. Kesian K Ayu & anak2.... Bila ibu dgr along dah sampai Johor, aku tgk muka ibu monyok ajer. Sampai hati along balik Johor tanpa jumpa ibu dulu. Paling sedih, dia x hantar K Ayu & anak2 ke rumah kami lebih awal. Aku call along lagi. Walaupun marah & sedih dgn sikap along, aku cakap lembut2 dgn dia hingga air mata aku mengalir tanpa disedari. Yelah, anak ibu sudahlah x ramai, pastinya ibu sedih bila along lebih mendahulukan family yg belah sana dari ibu!.... Along minta maaf, dan dia janji akan pulang ke KL pada hari raya ke-2. Ibu macam x percaya, tapi aku pegang janji along!!!
3 petang, K Ayu & anak2 sampai. Kawan along yg hantar. Melihat menantu & cucu2nye sampai dihantar oleh orang lain, air mata ibu menitis hiba. Kenapalah along x fikir langsung perasaan K Ayu & anak2 sebelum berkahwin lain!!!.... Tapi biasalah, K Ayu buat muka selamba. Dia peluk ibu & paksa dirinya utk tersenyum bagi menutup luka dihatinya. Ayu redha dgn Qada & Qadar yg telah Tuhan tentukan. Selagi ibu menerim Ayu & anak2, selagi itu Ayu merasa bahagia... Ya Allah, cekal sungguh hati kakak iparku ini!!....

1hb Oktober (Dah raye dah..)
Tidak terungkap perasaan bahagia bila dapat meraikan hari raya bersama insan2 yg aku sayangi. Meskipun along tiada pagi ini, aku titipkan doa semoga Tuhan bukakan pintu hati along untuk tidak melupakan kami terutama K Ayu & anak2nya serta ibu & ayah. Aku bahagia bila melihat abg Z melayan anak2 saudaraku begitu mesra. Tiada istilah pilih kasih. Memang itu yg selalu aku harapkan, abg Z sudi berkongsi kasih syg sebagai seorang ayah dgn anak2 saudaraku. Terima kasih abang....
Adikku, Oli & Ain serta Nabilla & Adilla tiba menjelang tengahhari. Comelnya puteriku yang berdua ni mengenakan tudung. Rumah kecil kami begitu meriah sekali. Yg pasti, wajah ibu & ayah begitu ceria melihat keletah 10 org cucunye yg pelbagai ragam.
Hari pertama kami menghabiskan masa mengunjungi MakLong di Shah Alam. Kami bertemu dgn sanak saudara (sebelah ayah) di sana. Sememangnya semenjak nenek meninggal, rumah Maklong adalah medan pertemuan antara kami dgn saudara mara sebelah ayah. Sebelum pulang, kami singgah Kota Damansara mengunjungi Cik Yayak sekeluarga.

2hb Oktober (raya ke-2)
Pagi2 kami berlepas dr KL ke Parit, Perak. Sebelum bertolak, aku call along memaklumkan yg aku & ibu pulang ke kg sementara K Ayu & anak2 menunggunya dirumah ibu. Aku benar2 berharap agar along berpegang pada janjinya utk pulang ke KL pada hari ini juga!
Tiba di kg lebih kurang 10 pagi. Kami mengunjungi sanak saudara sebelah ibu pula. Sempat juga singgah rumah mak mentua tak jadi aku!! hehehe.... Dia ni sepupu ibu. Dulu2 masa arwah atuk masih ada, aku pernah berkawan dgn anak Cu, Ridi nama dia. Lama juga kami berkawan. Tapi arwah atuk pernah berpesan, berkawan & kekalkan persaudaraan boleh, tp atuk tak mahu kami berkahwin..... hahahaha,.... sampai macam tu sekali atuk pesan!.... Bila atuk meninggal (waktu aku Form 4)... aku pegang kata2 atuk sebagai wasiat.. (walaupun aku tahu Ridi memang tak ada dlm senarai sebagai calon suami!!....hehehe). Skrg kami sudah ada keluarga sendiri. Walaupun kami x ade jodoh, kami tetap bersaudara...

3hb Oktober
Dari Parit bertolak ke kg abg Z, Teluk Intan. Kami singgah dirumah Kg Selabak sebelum ke Changkat Jong. Menjelang petang baru kami pulang semula ke KL. Dlam hati aku asyik teringat along. Rindu rasenya nak jumpa dgn abang tunggal aku tu!
Tapi sayang, sampai di KL, K Ayu kata along belum tiba lagi. Entah kenapa, hati aku jadi begitu sayu sekali. Along mungkir janji lagi!.. Kata ibu, x payahlah mengharap sebab bukan sekali dia memungkiri janji tetapi sudah berkali2!!! sedihnya aku.....

4hb Oktober
Abg Z pulang semula ke Teluk Intan. Dia risaukan kolamnya yg ditinggalkan lama2. Aku pasrah... Menjelang tengah hari, aku call along lagi. Aku x mampu berbicara kerana airmata ni dah mengalir dulu. Alhamdulillah, lebih kurang jam 2 petang, along selamat tiba menemui kami. Aku sempat kerling wajah K Ayu... dia tetap tersenyum meskipun senyuman dia tawar & hambar. Kala itu, aku benar2 terhiris dgn sikap along. Jika aku sebagai adik masih ada rasa kecewa dgn sikap along, pastinya K Ayu sebagai seorang isteri lebih terluka lagi!....

Sebenarnya, aku masih menunggu seseorang..... Namun sampai ke tengah malam, dia masih tidak muncul.... Sudahnya, tahun ini adalah tahun ke-14 aku kehilangan dia!..... Tahukan siapa?.... Hari ni kan hari raya ke-4..... A,.... kuih tat paling byak tahun ni tau!!!!....

5hb Oktober
Rumah aku dah kembali sepi... (nasib baik hero aku yg 3 orang tu ada utk buat kecoh!)... K Ayu & anak2 dah balik Ampang, Ain & anak2 pun dah balik Klang.... Walaupun terselit secebis kesedihan, masih ada seribu kemeriahan pada Raya tahun ini!.... Semoga kebahagiaan terus melingkari hidupku serta insan2 yg aku sayangi!