Friday, October 17, 2008

Nostalgia aku & dia......

Suatu ketika dulu, (sewaktu minggu pertama berada di Tingkatan 1 Melati @ SMCS pada tahun 1989)….

“Siapa nak duduk sebelah saya?... Tempat ni kosong……” Dua orang pelajar perempuan melayu menoleh sambil tersenyum ke arahku. Kedua2 mereka adalah pelajar yg ditransfer ke kelasku dari kelas yg telah penuh. Seorang daripadanya memang aku kenal rapat kerana dia duduk di kawasan kejirananku.
“Aku x nak duduk sinilah, sebab aku rendah, nanti tak nampak apa yg cikgu tulis di papan hitam…” jawab budak perempuan yg aku kenal itu.
“Boleh saya duduk sebelah awak?” budak perempuan seorang lagi bertanya padaku tersipu2. Aku sekadar tersenyum sambil menganggukkan kepala tanda setuju. Sebenarnya memang sedari awal, sewaktu Cikgu M memaklumkan ada pertambahan 2 pelajar baru, aku amat berharap budak perempuan tinggi lampai yang berambut ala ekor kuda sepertiku itu duduk disebelahku sekaligus menjadi teman baruku.
“Nama awak siapa?” soalku. Entah kenapa tiba2 aku jadi ramah, padahal aku memang susah nak memulakan perbualan dengan mana2 teman baru.
“Syahiza Hanim…” jawabnya
“Panjangnye nama. Saya nak panggil apa?” soalku lagi
“Hanim…” dia tersenyum. Manis sekali.
“Saya tak nak panggil Hanim. Boleh saya tukar nama awak?” Kenapa aku pandai2 nak tukar nama dia yek?...
“Syasya”… secara spontan aku menyebut nama itu.
“Ok la tu…. Awak boleh panggil saya Syasya….”
“OK Syasya… Saya, Su…..” kami bersalaman dan saling bertukar senyum. Kemudian dia tertawa lagi. Mungkin seronok dengan nama baru yang aku berikan kepadanya. Sememangnya aku suka lihat dia tertawa. Dia nampak benar2 ikhlas & cantik sekali.

Masa berlalu menjadikan kami semakin akrab. Lima hari dalam seminggu berada disekolah & sentiasa dekat membuatkan kami begitu mesra. Akhirnya kami menjadi sahabat yang paling akrab. Malah nama “Syasya” terus melekat pada bibir teman2 lain hinggakan teman2nya dari sekolah rendah yg sama terkejut dgn nama baru pemberianku.

Syasya cantik, comel & manja. Itu kelebihannya yg membuatkan aku semakin menyayangi dirinya. Kelincahannya membuatkan aku selalu ingin berada dekat disisinya. Menjadi sahabatnya membuatkan hidupku ceria & gembira sentiasa. Dunia remajaku terasa begitu meriah sekali.

Begitulah kami, nilai kasih sayang yg terjalin antara kami begitu berharga sekali. Antara kami begitu dekat & seakan telah menjadi satu. Tiada rahsia antara kami kerana segala rasa suka & duka itu hakmilik kami bersama. Sesekali ada juga guru2 pelatih yg confius memanggil nama aku & dia. Mungkin guru2 itu confius bila melihat kami yg akrab, yg sentiasa dekat ini selalu menggayakan ikatan rambut yang sama. Andai aku ikat satu, dia juga begitu, kadangkala aku bertocang lipan, dia juga demikian. Padahal kami tidak pernah berjanji. Itulah kami, sepasang uda & dara yang sama jantina. Romeo dan Juliet yang sama2 perempuan!!... Sesungguhnya dalam hati kami bagai ada satu keserasian & perasaan itu begitu sukar untuk diungkapkan.

Tapi kini, apa yang tinggal hanyalah kenangan. Aku dan Syasya tidak seakrab dulu. Mungkin masa & keadaan telah memisahkan kami. Atau mungkin juga bebanan tanggungjawab yg semakin bertambah membuatkan kami semakin renggang. Lebih pasti lagi, pernah datang fitnah jahat yang semakin menjauhkan kami. Sudah banyak airmataku yg mengalir kerana Syasya. Walaupun bibirku mengatakan tidak mengapa atas kerenggangan & kejauhan ini, namun jauh di sudut hati, aku begitu merindui dirinya. Merindui saat2 indah kami berdua. Saat2 manis kami berkongsi segala rasa suka & duka….

Sebelum Ramadhan aku ada menerima sms dr Syasya. Pada awalnya, aku tertanya2 siapa gerangan penghantar sms yg bertanya khabar secara tiba2. Bila dia memperkenalkan diri, airmataku menitis secara spontan. Terbayang gelak tawa dia yg sentiasa aku rindui.

Sya : “Terkejut dgn sms aku?”

Aku: “Tak… tapi aku benar2 rindu…”

Sya: “Aku tahu, sebab setiap tahun ko masih menjadi insan setia yg menghantar hadiah ulangtahun kelahiranku…Kenapa tidak sertakan no tel ko? Puas aku dail no lama ko…

Aku: “Ko tahu dimana rumah aku, kenapa tidak susul ke rumah kalo no. tel tidak berjaya dihubungi…. Kenapa dgn kita ni?”

Sya : “Entah”

Aku: “Maafkan aku kalo aku ada menyinggung hati ko selama ini…. Aku memang rindukan ko…. Rindu teramat sgt…”

Sya: “Aku tahu sebab aku pun sama….. Tapi keadaan sekrang berbeza…. Aku malu dgn ko”

Aku: “Ko x de hidung atau bibir ko dah senget..”
(Saat menghtr sms itu aku tersenyum sambil menyeka airmata yg mengalir)

Sya: “Aku malu atas apa yg telah terjadi….. Aku harap ko faham…”

Aku: “Aku sudah lama memahami ko. Apapun teruskanlah hidup ini. Tabah & sabarlah demi 3 anak2…. Walau kita tidak seperti dulu, ko tetap dlm ingatan aku. Igt satu perkara, aku syg ko & tidak pernah membuang ko dari hidup aku…. Kita tetap satu seperti dulu. Dalam hati aku aku masih ada sebaris nama ko yg akan kekal hingga aku menutup mata…”

Sya: “Terima kasih atas kasih syg & persahabatan kita…. Jgn lupa aku..

Aku: “Insya’allah. Tp satu ketika andai kita bertemu & aku tidak ingt pada ko, itu petanda aku dah kena ‘Alzheimer’ ataupun penyakit yg berkaitan kehilangan memori ingatan….
(Aku benar2 ingin bercanda seprti dulu)

Sya: “Ko memang x pernah berubah, selalu membuat aku tersenyum walau hati aku tgh sarat dgn airmata…”

Aku: “Krn aku adalah aku….. Syang ko selalu…..Salam…”

Memori persahabatan kami begitu indah untuk dilagukan, begitu sayu untuk dihayati. Namun segala yg indah itu pasti akan kekal abadi di dlm hatiku aku dan dia…….

No comments: