Wednesday, October 22, 2008

Panas Hati!

20hb (Isnin)… Pagi2 lagi aku dah terbakar dgn sikap seorang police traffic. Sepatutnya tugas dia membantu melancarkan lalulintas. Tp si lembab sekor ni (kan dah kasar bahasa aku!), menambahkan kesesakan kat Sentul pagi tu… Geram betul aku. Sudahlah berjam2 menunggu, tambah kepanasan bila aku tgk dia sempat lagi bergayut kat hp time tu… Adus, angin betul!. Nasib baik, x sempat nak snap pic dia tgh bergayut, kalo dpt sure aku htr masuk muka depan Harian Metro. Biar Pak Lah tgk cara police traffic buat kerja…..

Ibu ada check up & fisio kat Ortopedik HKL. Memandangkan ibu kena jalani fisio jam 8.30, aku menunggu di luar, takut kalo2 nombor ibu dipanggil untuk bertemu doctor. Tunggu punya tunggu……. Hampir 1 jam, x sampai 5 angka yang dipanggil. Sedangkan pesakit semakin ramai memenuhi ruang. Memang slow betul aku tgk cara kerja kat situ…..Mungkin ke doctor masih bercuti raya, sebab dalm byk2 bilik kat situ hanya bilik no. 5 dan bilik no. 12 yg beroperasi. Membazir duit kerajaan buat renovation membesarkan Bahg Ortoperdik, menambahkan ruangan bilik sedangkan hanya 2 bilik yg mampu beroperasi…..

Sudahlah tengah aku khayal melihat gelagat pelbagai ragam manusia kat situ, terpacul seorang Hamba Allah ni yang menunjukkan kertas warna pink yg aku tak tahu isi kandungannya….”Adik, minta sumbangan ikhlas…” Aik, pelik bin ajaib…. Org tu, berpakaian kemas,tapi raut wajah dia memang bukan melayu tulen… Bila aku tanya, derma untuk apa.. Dia kata, derma ikhlas aje… Ah, malas aku nak layan… Itu bukan derma, tapi nak mengambil kesempatan & mencari duit dgn cara yg mudah. Lepas tu, aku tgk dia pergi ke mangsa lain. Kesemua mangsa yg didekati, wanita melayu… Tapi yg aku nampak, kesemua mereka memberi gelengan serupa yg telah aku sedekahkan padanya. Kata seorang makcik yang duduk disebelah aku, banyak betul org nak cari duit cara macam tu sekarang ni….. Tambah makcik tu lagi, setiap kali makcik dtg sini, mesti ada org minta derma macam tu… Hah?.... aktiviti rutin agaknya…. Bisik hatiku.

Selepas fisio, ibu perlu bertemu doctor. Nombor ibu dipanggil sewaktu jam hampir menunjukkan angka sebelas. Memang lembab betullah Bhg Ortopedik ni. Geram pulak aku. Dahla kesian tengok kebaykkan pesakit2 adalah warga tua. Perkhidmatan lembab la pulak….

Tambah lagi satu cerita nak buatkan hati aku yg panas makin panas…. Sewaktu di kaunter untuk mengambil temujanji baru, ada seorang wanita yg berpakaian seragam doctor bersama suaminya. Kata si suami.. “takkan u pun kena beratur?.. Kan u doctor”… Aku sempat jeling pada doctor wanita melayu itu. Dalam hati aku tertanya sendiri,… seorang doctor x perlu beratur ke seperti pesakit lain?.. Sesudah mengambil temujanji baru untuk ibu, aku memandang wanita tadi. Aku ingin meluahkan rasa hatiku padanya. Sekurang2nya aku tidak berdosa krn menyumpah seranah dia dari dalam hati aje… "Doktor, jgan salah gunakan uniform putih tu. Jgn jugak ambik kesempatan atas jawatan puan sebagai doctor. Kesian kat warga tua yg kena beratur menunggu giliran. Sepatutnya sebagai doctor, mesti puan faham… Maafkan saya…” Aku terus blah sambil menjeling pada si suami doctor tadi yg dah merah padam muka dia. Pastinya dlm hati dia memaki aku macam2…. Aku tak kisah dia nak cakap apa, asalkan teguran aku tadi ada kebenarannya!

No comments: