Friday, October 17, 2008

Aku Wanita

Beberapa hari ini, aku menyepikan diri dari hubby. Aku malas nak call dia & malas juga nak jawab call dari dia. Sms dia juga aku biarkan sepi. Kalau dia call sewaktu aku berada dirumah, aku akan pass phone pd anak2. Sengaja aku berlama2 di toilet, supaya anak2 yg melayan dia. Bukan aku sengaja, tetapi hatiku benar2 terusik. Biarlah hubby faham sendiri betapa hati ini terhiris dengan sikapnya.

Kadang2 aku tak faham dengn sikap hubby yg suka mendengar cakap member2nya. Aku lebih tidak mengerti kenapa teman2nya suka sgt bercerita yg tidak2 berkenaan aku. Padahal, semenjak aku berjauhan dgn hubby, duniaku hanya office & rumah. Hidupku hanya menguruskan hal kerja dari 8 pagi – 5 petang, selebihnya menguruskan hal anak2 dirumah. Memang ada dikalangan teman2 yg sesekali menelefon mempelawa aku keluar makan2 atau lepak2. Tapi aku bukan jenis yang suka keluar tanpa tujuan dengan meninggalkan anak2. Tambahan pula, aku sendiri tidak mahu hubby menganggap aku hidup bebas walaupun berjauhan dengannya.

Selasa lepas, sebelum pulang ke Teluk Intan, hubby tanya apa aktiviti aku selama ketiadaan dia. Aku jawab sejujurnya… office & rumah. Aku langsung tidak mengesyaki apa2 kerana sememangnya aku telus dgn jawapanku. Hubby diam. Selepas bersalaman, hubby terus pergi. Aku tertanya sendiri, kenapa hubby dingin sekali…..

Petang, aku terima message dari hubby yg mengatakan dia sudah tiba dgn selamat. Kemudian masuk satu lagi sms. Hubby memohon maaf krn bersikap dingin denganku. Katanya dia gagal mengawal perasaan krn temannya memberitahu beliau ternampak aku keluar dengan seorang lelaki yg tidak dikenali. Aku terdiam seketika. Puas aku mencongak, memang benar aku tidak pernah keluar dgn lelaki. Walaupun sebelum ini aku rajin keluar makan dgn bos, tp semenjak bos balik dr umrah ogos lepas, kami belum lagi keluar bersama.

Aku duduk sambil beristighfar. Bukan sekali dua hubby syak yg bukan2. Dahulu juga selalu begitu. Aku kata pada hubby, dlm perhubungan andai tiada kepercayaan sukar untuk mengikat setia. Sudahnya dia kembali normal. Menerima segala kata2 temannya sebagai satu fitnah yg sengaja untuk memporak perandakan hubungan kami.

Kemudian, aku balas sms hubby.. "Terima kasih atas kata2 yg begitu menyakitkan. Sy berkorban menjaga anak2 bersendirian & sanggup berjauhan dgn abg demi masa depan family kita. Tapi sayang, abg x hargai pengorbanan sy, malah abg sanjungi kata2 seorang teman yg tidak pernah menyusahkan dirinya sendiri untk membantu abg. Jika duduk dirumah menjaga anak2 tanpa abg menjd kesalahan, mungkin lebih baik saya keluar berhibur dgn teman2 saya?..”
Hati aku jadi sakit. Aku ingin benar melihat reaksi wajahnya saat membaca tulisanku yg terakhir. Ditambah pula ayat2ku menggunakan kata ganti diri yg begitu formal sekali iaitu “saya”….

Beberapa saat kemudian, hubby call. Dia meminta maaf sesungguhnya krn tidak berniat utk melukakan hatiku. Dia sendiri tidak tahu mengapa begitu mudah mempercayai kata2 temannya hingga sanggup menghiris hatiku. Airmataku gugur krn selama ini aku begitu berhati2 menjaga hatinya, menjaga diriku sebaiknya saat kami berjauhan. Aku memang tidak pernah meminta2 dari hubby, cuma kali ini aku benar2 memohon supaya dia tidak lagi mudah mendengar kata2 yg tidak sepatutnya dari mulut org lain. Tidakkah dia tahu sikap sedemikian bisa mengundang gelora dlm kerukunan & keharmonian rumah tangga kami….

Siti Nurhaliza - Wanita
Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini
Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hatiBelahan jiwaku ini..
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hatiBelahan jiwaku ini..
aaa… Ku wanitaaaa… Ku wanita….
Yang hanya perlu kau fahami
Oh apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..
Wanita… woohoo..Ku Wanita… ooo…Wanita…
**** tetiba jer telinga ni menangkap syahdunya lagu baru Datuk Siti ni. Lagu2 Datuk Siti memang sedap didengar, tapi sayang, aku ni bukan peminat no. 1 dia.... layannnnnnnnn

No comments: