Sunday, February 1, 2009

Aku sudah berpindah..

SALAM SEMUA,

Keadaan kesihatan yg tidak mengizinkan & keBZan yg melanda membuatkan dah lama aku tak mengisi ruangan ini.

Kebetulannya pula, aku sendiri memang mahu berpindah dari halaman Setulus Maya. Lebih tepat lagi, aku juga akan memulakan kehidupan baru ditempat yg baru tidak lama lagi (insyaallah,... tapi tarikhnya belum diputuskan). Untuk belajar berhadapan dgn situasi ditempat baru, aku pindahkan dulu rumahku ini.... hehehe....

Kepada kalian yg pernah sudi meluangkan masa di Setulus Maya, sudi2lah juga singgah ke halamanku yg baru.....

Semoga ketemu kalian disana.......
Wasalam.......

Wednesday, January 21, 2009

Mood yg terbang

Beberapa hari ni mood seakan terbang melayang, makanya tiada n3 yg menghiasi ruangan ini.
Kebetulan juga keadaan kesihatan yg tidak menentu, membuatkan aku makin malas nak menulis.
Nanti bila dah rajin, mood baru dah bangkit, aku tulis lagilah....

Friday, January 16, 2009

Hakikat Kehidupan

Hari ini kutemui satu kedamaian
Senyumnya pengubat resah dihati
Tawanya penawar segala kedukaan

Hari ini kuakui hakikat kehidupan
Bukan silapnya andai dia menyintaiku
Bukan salahku juga andai aku menyayangi dia

Namun sebuah kepastian telah menanti
Aku dan dia ditakdirkan bertemu
Berkongsi segala rasa suka & duka
Tapi kami bertemu bukan untuk bersatu!




Thursday, January 15, 2009

Kecewa

Temanku adalah kesepian
yg sudi menemani saat rindu itu hadir
yg setia disisi saat kecewa itu singgah

Temanku adalah kelukaan
yg terasa begitu pedih dan perit
bagai dihiris sembilu berbisa

Temanku adalah kekecewaan
yg senantiasa membelit jiwa
saat hati ini sekali lagi kau lukakan!

Aku adalah aku...

2-3 hari ni aku byk menilik diri sendiri. Segala kekurangan & kelebihan aku catatkan. Tapi aku tahu bukan aku yg sepatutnya menilai setiap kekurangan mahupun kelebihan diri. Setiap manusia memang tiada yg sempurna. Tahun ni umur bertambah lagi @ dah jadi 33. (Nasib baik aku lahir bulan December, so belum genap 33 la kan!... hahaha).
Aku ingin memiliki kebahagiaan yg hakiki. Bukan bermakna hidup aku tidak bahagia kini, tetapi adakalanya aku merasakan kehidupan ini masih ada yg kurang. Entah dimana kurangnya, aku sendiri tak pasti.
Ibu kata aku terlalu byk memendam perasaan. Benarkah?.... Mungkin bagi aku tidak salah andai segalanya aku pendam sendirian krn aku tidak mahu ada hati yg bakal terluka atau tersinggung. Biarlah rasa pahit ataupun manis itu aku telan sendirian.
Memang beginilah seorang aku. Ketawa bila aku gembira. Menangis bila aku bersedih. Bahagia bila aku dihargai. Kecewa bila aku dilukakan... (pastinya kalian juga sama seperti aku!). Dan apa yg pasti berkenaan seorg aku, rahsia di hati tiada siapa yg tahu!...
Eh, apa yg aku merepek ni????.......

Tuesday, January 13, 2009

Hari Bengang

Hari ni diisyhtiharkan sebagai Hari Bengang pada aku. Alkisahnya:-
Mlm semlm aku bengang dgn sorang minah kengkang yg suka parking kereta dia merata depan rumah aku. Dah byk kali ckp, tp masih tak faham2 bahasa. Parking ikut sedap sampai tak kira tu kawasan saper. Kalo ikut sakit hati, memang aku langgar jer Viva dia dgn Gen2 aku tu! Baru padan muka cekodok dia. Bapak dia buat bussiness use car pun suka ambil tempat parking org lain. Bila ditegur terus naik hantu. Anak beranak sama ajer!!!.....
Pagi ni pulak, kereta dah berderet time nak turun kat simpang Bandar Baru Sentul. Memasing kenalah bersabar utk kesejahteraan bersama. Aku & pemandu berhemah yg lain dgn penuh sabarnya menunggu giliran berselang seli utk meneruskan perjalanan (dr 2 line kpd 1 line). Tetiba, ada teksi lahabau ni membelok (dr arah bertentangan) tanpa memberi signal. Nasib baik aku sempat tekan brek, kalo tak dah tentu muncung Gen2 aku tercium Teksi Iswara yang dipandu oleh org gila tu!... memang siut, pepagi dah bikin onar. Pemandu teksi yg tak sabar ni bukan sahaja membahayakan nyawa aku tetapi seorng pakcik yg sedang menunggang motor hampir menjadi mangsa. Nasib baik pakcik tu tak jatuh. Bayangkanlah kalo pakcik tu jatuh,... oh tidak.... kesian pakcik tu. Aku doakan pemandu teksi yg pentingkan diri sendiri tu akan menerima balasan yg setimpal supaya dia sedar sikap gelojoh dia boleh menyebabkan bencana pd org lain!!!!.....
Kemudiannya, sampai simpang traffic light nak masuk ke office aku, sebuah teksi telah berhenti dibahu jalan (betul2 tang corner) tanpa memberi signal. Seorang penunggang motor telah melanggar bontot teksi tu & aku sendiri hampir teradak sama. Pagi ni ajer, dah berapa kali aku emergency brek!!!!!........ huaaaaaaaa bengangnya aku...... Apasal pemandu teksi ni suka ingat jln raya ni bapak dia punye. Nak berhenti, nak masuk nak buat apa2 ikut suka hati dia. Sungguh tidak bertanggungjawab.
Sudahnya aku membebel sorang2 meluahkan rasa tidak puas hati atas tragedi yg benar2 menyakitkan hati aku....

Secebis aksi







"Lost World of Tambun"

























"PORT DICKSON"













"D'VILLAGE RESORT, MALACCA"









Monday, January 12, 2009

Luka Dilukai...

Semalam, ada hati yg telah terluka. Hati seorang wanita. Kekecewaan membelenggu diri tatkala kesetiaan & kejujuran hilang dari seorang lelaki yg bernama suami. Hubungan yg dipertahankan bagai tidak bermakna tatkala nilai sebuah perkahwinan itu bagai sudah tiada harga.
Lalu, dia cuba mencari kekuatan dlm diri sendiri utk memujuk hati yg luka. Baginya apa yg tidak pernah dilakukan utk lelaki itu. Segalanya rela dikorbankan. Usia muda yg dikorbankan utk menjadi seorang isteri & pengajian yg terpaksa dilupakan atas kehendak seorang suami. Namun semua itu sia2. Kerna itu segala kepercayaan yg diberi buat suami, hilang serta merta. Tanpa kejujuran & kesetiaan, hilang pula kepercayaan, apakah masih bermakna sebuah perhubungan?....
Hati wanita itu tiba2 menjadi keras bak batu. Rayuan sang suami tidak diendahkan. Sekali pernah diberi kemaafan namun tidak untuk kali kedua ini. Biarlah segala kemanisan yg pernah dikongsi bersama berterbangan dibawa angin. Nama untuk melukakan hati sendiri untuk kesekian kalinya dia tidak rela. Tapi sebagai ibu dia tidak tega melukakan hati anak2. Dia tidak tega membiarkan anak2 membesar tanpa kasih seorang ayah. Dia tidak tega merenggut kedamaian anak2 yg berada dlm lingkungan sebuah keluarga yg sempurna. Kerna itu, sekali lagi dia cuba pujuk hatinya sendiri. Berkorbanlan dia demi kasih pada anak2. Dia memaksa diri untuk memberi sebuah kemaafan kepada suami namun tidak mungkin melupakan semuanya yg telah berlaku. Hati yg terluka tetap berbekas. Parut kelukaan itu pasti akan tetap kekal disitu.
Beberapa tahun kemudian, meski pengkhianatan itu belum mampu dilupakan, sekali lagi hatinya tersayat. Naluri seorang wanita yg pernah terluka berkali-kali tidak pernah menipu. Walau dibibir suami masih enggan mengakui, jauh disudut hati dia tahu dirinya dipermainkan sekali. Tidak cukupkah segala kesakitan yg telah sang suami berikan sebelum ini? Dimana silapnya diri wanita itu hingga pengkhianatan ini harus berulang lagi? Tidak cukup baikkan dia andai pernah mengorbankan segala yg indah dlm hidupnya demi lelaki itu? Belum cukup sempurnakan dia sebagai seorang wanita yg tlh melahir zuriat penyambung keturunan buat lelaki itu?
Hari ini, saat hatinya terhiris lagi, saat luka dihatinya dilukai lagi, dia hanya mampu berdoa. Semoga dia diberi kekuatan untuk berdepan dgn segala ketentuan yg telah ditakdirkan.

Friday, January 9, 2009

Back To School

Gembira rasanya bila anak2 nampak bersemangat memulakan persekolahan kali ni. Yg paling bersemangat sekali tentulah Fazly. Dah Form 1 (besar sgtlah konon!). Persekitaran baru & dikelilingi teman2 baru pastinya lebih menggembirakan dia. Katanya satu je yg tak best,... sekolah rendah dulu campur dgn girls, tp sekarang ni semua boys. Tu jer yg boring!.... Amboi, romeo gak anak bujang aku sorang ni.

Fakhri pulak naik darjah 4. Masa 1st day start sekolah aku tgk muka dia "poyo" jer. Sebabnya sebelum ni dia g sekolah sama2 dgn abg dia. Bila abg dah naik sekolah menengah, dia kenalah g sekolah sengsorang. Alah, bukan jalan kakipun. Aku yg hantar naik kereta, balik atuk dia pulak yg amik. Cuma dia jeles sikit sebab time dia siap2 g sekolah, abang dia sedap tergolek atas tilam lagi. hehehe.... Guru kelas dia masih cuti bersalin, so aku inform pada guru ganti keadaan Fakhri. Doctor yg advise supaya aku inform guru awal2 supaya tidak timbul kesulitan pada mana2 pihak. Kanak2 yg mengidap ADHD memang normal, tapi ada kalanya keadaan mereka sukar untuk dikawal. Mudah2an keadaan Fakhri tidak akan menyulitkan sesiapa disekolah nanti.

Faris pulak makin seronok bila diberitahu yg dia dah 6 tahun. Dari class C1 dia akan ditempatkan ke class C2. (C for Chinese). Memandangkan badan dia dah makin kurus, this year tak de lah susah2 teacher dia nak tempah baju size XXL just for him!..... Saiz L dah boleh pakai dah. memang jelas & nyata anak aku tak debab lagi!!!....
Harap2 mereka akan terus berjaya demi mencapai cita2. Cayok, cayok!..


Fazly kata ... "muka hensem, kulit jer gelap sikit!..."

Jawab aku..."Biar kulit gelap, asal poket berkepok!"...

Kalau nak diikutkan Fakhri yg paling kurus. Alhamdulilah, cuti sekolah ni berat dia dah tambah 3 kg. Seluar pun dari saiz 23 dah tukar saiz 25 this year.

1st day g sekolah, teacher tanye kenapa muka dia "legam".... Itulah bahana mandi laut & berjemur sakan sampai tak ingat dunia!....

Thursday, January 8, 2009

Seindah kenangan

Siapa sangka, penghijrahan Shahrul Zulfazly ke Sekolah Menengah La Salle bagai mengimbau kembali pertemuan pertama antara aku Sya. Permulaan bagi jalinan persahabatan yg begitu indah untuk dikenang sampai bila2.
20 tahun lepas, aku & sya bertemu kala kami menjejakkan kaki ke Tingkatan 1. 2hb lepas, sewaktu orientasi dijalankan utk murid2 Tingkatan 1 Sek Men La Salle, Fazly & anak Sya diketemukan kembali. Mereka bukan baru berkenalan tetapi krn peredaran masa & permasalah antara ibu mereka, persahabatan keduanya yg bermula sejak bayi terputus. Mereka mungkin sudah lupa bahawa mereka pernah ada kenangan masa kecil bersama. Aku & Sya sama2 tersenyum bila melihat keduanya ditempatkan di kelas yg sama. Saat itu juga kami mengambil kesempatan meleraikan rasa rindu antara kami berdua. Syukur pada Tuhan krn mencipta pertemuan yg indah utk kami. Kala itu kami makin sedar bahawa antara kami bukan hanya byk persamaan tetapi hati kami juga telah lama tercantum sebenarnya.
Untuk anak2 kami, aku dan Sya tidak meletakkan harapan yg tinggi supaya mereka "wajib" menjadi akrab & teman baik seperti kami. Memadailah jika antara mereka saling memahami antara satu sama lain. Semoga mereka bisa belajar menghargai ikatan sebuah persahabatan. Kerana bagi aku, ikatan persahabatan adalah satu jalinan terindah dlm kehidupan.

Wednesday, January 7, 2009

Ada apa dengan cutiku?

Alhamdulilah tirai 2008 ditutup dgn kesempurnaan. Hadirnya 2009, diharapkan memberi sinar baru buat aku & family serta kamu semua.


Lama tak bercuti, membuatkan aku begitu seronok sekali. Besar harapanku dpt merehatkan diri setelah penat menghadap bebanan kerja yg tidak pernah berkesudahan serta melihat anak2 bergumbira menghabiskan cuti persekolahan mereka.


Namun lumrah kehidupan. Tidak semua yg kita rancang menjadi kenyataan. Walau demikian, aku bersyukur krn senyuman dibibir masih mampu terukir meski dihati tersimpan secalit rasa duka. Biarlah rasa hati itu tersimpan rapi dilubuk hati tanpa menyinggung mana2 pihak...


Perjalanan dimulakan pada 27.12.08. Sepatutnya aku & anak2 dijangka bertolak ke TI jam 8 pagi utk mengelakkan kesesakan. Atas sebab2 yg tak dpt dielakkan, kami memulakan perjalanan pada jam 10 pagi. Alhamdulillah, 11.10 minit kami selamat sampai ke tol Bidor seterusnya beberapa minit sebelum jam 12, aku selamat memarkirkan kereta dihadapan rumah kg hubby. Dia menyambut kami dgn senyuman meleret. Cuma aku yg terkedu, kerana saat aku sampai, aku lihat sebiji Satria Putih dan Wira Hitam telah terlebih dahulu berada dihalaman. Maknanya, Andak & Acik sekeluarga turut berada di kg kala itu..... Tak disangka, ibu mertuaku pun ada sama. Pastinya riuhlah rumah bila dah penuh. Sabor je la.


28.12.08 aku masih dikg hubby. Andak ada race kat Kg Gajah. Hubby ajak follow, aku malas. Sebab aku memang "hangin" sikit dgn mamat tu. Acik yg follow. Aku terkilan sikit dgn sikap Andak. Anak2 demam, dia masih sanggup meneruskan race tu. Anak2 ditinggalkan dlm keadaan lembik & tak bermaya. Yg paling aku angin, bila aku volunture nak bw anak2 dia p klinik, wife dia takut. Bimbang kena marah. Sememangnya wife dia jenis wanita muslimah yg tidak pandai langsung bersuara dihadapan suami. Walau ditindas, dia tetap begitu. Hanya airmata yg jadi peneman. Sungguh aku bersimpati pada birasku itu. Semoga Tuhan beri kekuatan pada dia.


29.12.08 - kalo mengikut perancangan awal, kami sudah berada di Teluk Batik seterusnya ke Pulau Pangkor kala ini. Aku tak tahu kenapa hubby cancel last minute. Mcm2 excuse tercipta dr mulut dia yg menyebabkan hati aku benar2 terhiris luka. Fazly pun dah tarik muka sebabnya perancangan yg kami atur tidak menjadi. Aku pun tak faham kenapa hubby sampai hati nak sakitkan hati aku & anak2.

Kemudiannya, hubby agree nak bawa we all p Penang. Dlm hati terfikir gak, boleh jumpa my sweetie Ebriza tu. Lagipun aku dah minta opinion berkenaan Pesta Penang tu. Last minute, hubby ubah plan lagi. Dia kata nak bawa we all ke Lost World of Tambun. Tgk muka anak2 yg kembali ceria dgr nak p tempat tu, aku ikut la jugak. Kalo dia perap aku & anak2 kat kg lagi, memang aku nekad drive semula balik KL. Biarlah mak mentua aku nak cakap apa. Saper suruh anak dia mungkir janji dgn aku!.... hehehe

Seharian habiskan waktu di LWOT mungkin bisa merawat luka dihati anak2. Tapi hati aku?.... mmmmm, hati aku ni liat sikit. Kalau dah mula terluka, mesti meleret2. Aku tak tahulah bila nak sembuh. Nanti ada masa, aku uploadlah gambor bebudak yg ada aku snap seskit untk jadi kenangan.


30.12.08 & 31.12.08 - masih di kg hubby. Terbayang keindahan Pulau Pangkor dialam mimpi. Aku hanya menghabiskan masa dgn mengadap laptop. Kat kg ni semedang je line maxis tak de... penyangak suka curi kabel kata abg ipar aku. Boring tak leh check email.... Tapi tak pe, sekurang2nya bergeraklah juga manuskrip yg lama terperap tu. Aku pujuk hati aku sendiri dgn menelek nukilan aku tu. Anak2 sedara minta aku gorengkan mee utk depa pun aku ignore. Dek marahkan Uda mereka, mamat2 tu yg jadi mangsa. Nasibla kan. Eleh, korang pun dah besar, masing2 dah keje, kalo nak makan mee sedap, g la lepak kat kedai kan?.... hehehe,.. aku tetiba jadi jahat!...

Kekonon malam new year nak p celebrate gak kat pekan TI. Lepak2 kat bawah menara condong ke, tapi hujanlah pulak!... Hati yg panas tambah mendidih. Tak de makna cuti kalo tak berjalan kemana. Sudahnya aku packing brg2, nak balik KL. Tak payah tunggu esok, nak balik malam ni jugak!!!!... wuaaaaaaaaa......

01.01.2009 - Tahun baru dah tiba. Mlm tadi tak jadi balik KL utk jaga hati kakak ipar aku sekeluarga. Kata Yong (kakak ipar aku), mulakan tahun baru dgn keceriaan. Jgn masam2. Sesekali jumpa, jgnlah bergaduh. Betul jugak. Kenapa aku emosi sgt dgn hubby? Tak pergi Pangkor sekarang, next time boleh pergi jugak. Dia tak nak bawak, aku g sendiri!... hahahaha......

Sangkaku hati yg dah terpujuk awal pagi, tak kan terusik lagi. Since hubby ikut balik KL, dia yg drive. Keluar jer dr Changkat Jong, Fazly bukak cerita......

"Abg tahu kenapa ayah tak bw kita g Pangkor.... Last week ayah dah g dgn budak2 belia kan?"

Muka aku terus jadi hijau ..... "hah?!!!"

Saat tu muka hubby berubah sesangat. Nampak betul2 takut. Dia pandang muka aku & cuba control macho (konon!)... "ayah tak ikutlah, dorang yg g sendiri naik bas ramai2..."

Fazly pandang aku, kemudian dia diam. Beberapa saat kemudian, dia menjawab..."habis gambar yg abg tengok semalam tu saper. Abg tak kisah kalo ayah kata dah pergi sane. Next time kita org boleh pergi dgn ibu..."

Suara Fazly jelas kecewa. Pastinya saat itu, hati aku & dia sama2 terhiris. Kecewa rasanya bila kita nak sgt ke sesuatu tempat, kemudian tidak dapat pergi. Lepas tu dapat tahu pulak, org yg cancel rancangan kita tu rupanya dah sampai ke sana lebih dulu. Fakhri & Faris dah lena dibuai mimpi, hanya aku dan Fazly merasakan sakitnya dikecewakan oleh abg Z.

02.01.2009 - Cerita semalam masih berbekas dihati. Tapi aku cuba control rasa marah supaya ibu tak nampak yg aku sedang "hangin". Aku tak nak ibu risau bila tahu aku tgh "perang" dgn menantu kesayangan dia. Aku & hubby menemani Fazly ke sekolah baru. Dia bakal memulakan Tingkatan 1 di Sekolah La Salle. Masa orientasi ni ada cerita yg akan aku kongsi dgn kalian dlm n3 yg lain. Setengah hari menghabiskan masa & menguruskan segalanya, kami pulang semula ke rumah. Tiada suara yg keluar dr mulut aku utk hubby. Biar dia rasa bersalah teramat sangat!!!.... Padan muka dia.

Agaknya nak memujuk hati aku, hubby ajak kami ke PD. Mula2 aku malas jugak nak pergi. Nak tunjuk perasaan la konon. Tapi bebudak merengek nak pergi, aku pun ikut. Kami bersiap ala kadar. Ibu pun turut ikut serta. Lagipun we all nak singgah rumah adik ibu nak tgk cousin aku yg baru lepas bersalin anak sulung.

Budak2 happy mandi laut. Badan pun dah jadi lebam. Aku memang ngeri bab mandi laut ni. Setakat bersantai tepi laut bolehlah, kalo mandi...kirim salam bebanyakk......

Tgh lepak2 dgn cousin aku, ibu bgtahu anak sedare dia (cousin aku jugak) call ajak we all naik Melaka. Tempat lepak semua dah siap booking. Aku pun apa lagi.... sengih melebar la kan. Bila lagi nak g Melaka. Hubby tak kan berani kata "tidak" punya sebabnya dia ada "hutang" dgn aku. Lebih kurang pukul 5 ptg. kita org sampai Ayer Keroh. Terus jumpa cousin aku n family kat D'Village Resort. Melaka, aku dah sampai!!!!......

Menghabiskan cuti2 terakhir di Melaka memang seronok. Apatah lagi kali ni percutian kami disponsor sepenuhnya oleh cousin aku. Budak2 memang happy giler bila dah berkumpul dgn anak2 cousin aku yg sekepala dgn dorang. Jln2 cari makan, cari pasal, naik Menara Taming Sari, naik bot,... jln2 sana sini cuci mata. Puas berjalan, berendam pulak dalam swimming pool.... Memang best......

04.01.09 - Balik KL budak2 dah lembik. Memasing muka makin lebam, xspecially Fakhri & Faris. Takut gak budak2 demam pulak. Nasib baik daya ketahanan diri memasing masih kuat. Esoknya akan bermula sesi persekolahan yag baru. Fazly naik Form 1, Fakhri darjah 4 dan Faris Tadika 6 Tahun..... Harap2 anak2 aku akan tekun belajar. Nanti bila tiba cuti panjang lagi, insyaalah aku akan tunaikan janji yg ayah depa dah mungkiri tu!...... Ibu sayang hero2 ibu!... muahhhhhhh...

TAG dari Dina

Dah lama menyepikan diri dari sini, aku mulakan entry tahun baru ni dgn menjawab tag dari simanis Dina.....


1. Do you think you are HOT?

Kalo tanye aku dah tentu aku tak tahu aku ni HOT ke tak. Tapi kalo ikut kata hubby, lately memang aku cepat naik HOT …. Hahahaha….. akulah ibu yg terHOT dgn ragam hero3 sepanjang coti sekolah ni!

2. Upload you fav pic.


3. Why do you like this picture?

Abang & Angah nampak kamceng sgt. Anak2 aku memang hensem....


4. When was the last time u ate pizza?

Last week masa balik Teluk Intan. Dgn saper aku makan?.... tentulah dgn hubby… hero2 tinggal kat rumah. Sampai je kg, memasing buat hal sendiri, seronok jumpa sepupu sepapat yg berkumpul reramai time tu!

5. The last song u listen to?

Baru beberapa saat yg lalu... Ketulusan Hati … Anuar Zain. Hari2 memang kena dgr suara Abg Nuar. Hidup x lengkap, dunia x ceria tanpa suara Abg Nuar… hehehe…


6. What are you doing right now besides this?

Tgh update account. Voucher2 yg bersepah kat atas meja buat aku pening daaaa…

7. What name u prefer besides yours?-

Actually ramai yg panggi aku Su. So, aku rasa, Su -comel macam sesuai… hehehe sesuai ke?...
- Nama panggilan arwah opah yg melekat kat bibir sepupu sepapat sampai hari ni… ARA. (bukan Ara Damansara tau)…. Kalo Ara…. Yg sesuai, Ara -manja…. Pergh, memang sesuai.
- MAYA…. (sempena nama ibu. Aku paling suka nama ni. Kalo ada anak pompuan nama ni akan diabadikan kpd dia… insyaallah….) Maya – sweet.

8. People I tag:
Anyone

My dear Dina, hutang kita dah abis. Hehehe…. Semoga satu hari nanti, ada pertemuan tercipta untuk kita.

So, bermula ini hari, rutin biasa bermula kembali. Kesibukan menghadap kerja selepas lama bercoti & berdepan kerenah anak2 yg kembali semula ke sekolah selepas lama bercuti panjang…..

Kpd semua, semoga tahun ini memberi sinar kebahagiaan yg berganda.