Tuesday, January 13, 2009

Hari Bengang

Hari ni diisyhtiharkan sebagai Hari Bengang pada aku. Alkisahnya:-
Mlm semlm aku bengang dgn sorang minah kengkang yg suka parking kereta dia merata depan rumah aku. Dah byk kali ckp, tp masih tak faham2 bahasa. Parking ikut sedap sampai tak kira tu kawasan saper. Kalo ikut sakit hati, memang aku langgar jer Viva dia dgn Gen2 aku tu! Baru padan muka cekodok dia. Bapak dia buat bussiness use car pun suka ambil tempat parking org lain. Bila ditegur terus naik hantu. Anak beranak sama ajer!!!.....
Pagi ni pulak, kereta dah berderet time nak turun kat simpang Bandar Baru Sentul. Memasing kenalah bersabar utk kesejahteraan bersama. Aku & pemandu berhemah yg lain dgn penuh sabarnya menunggu giliran berselang seli utk meneruskan perjalanan (dr 2 line kpd 1 line). Tetiba, ada teksi lahabau ni membelok (dr arah bertentangan) tanpa memberi signal. Nasib baik aku sempat tekan brek, kalo tak dah tentu muncung Gen2 aku tercium Teksi Iswara yang dipandu oleh org gila tu!... memang siut, pepagi dah bikin onar. Pemandu teksi yg tak sabar ni bukan sahaja membahayakan nyawa aku tetapi seorng pakcik yg sedang menunggang motor hampir menjadi mangsa. Nasib baik pakcik tu tak jatuh. Bayangkanlah kalo pakcik tu jatuh,... oh tidak.... kesian pakcik tu. Aku doakan pemandu teksi yg pentingkan diri sendiri tu akan menerima balasan yg setimpal supaya dia sedar sikap gelojoh dia boleh menyebabkan bencana pd org lain!!!!.....
Kemudiannya, sampai simpang traffic light nak masuk ke office aku, sebuah teksi telah berhenti dibahu jalan (betul2 tang corner) tanpa memberi signal. Seorang penunggang motor telah melanggar bontot teksi tu & aku sendiri hampir teradak sama. Pagi ni ajer, dah berapa kali aku emergency brek!!!!!........ huaaaaaaaa bengangnya aku...... Apasal pemandu teksi ni suka ingat jln raya ni bapak dia punye. Nak berhenti, nak masuk nak buat apa2 ikut suka hati dia. Sungguh tidak bertanggungjawab.
Sudahnya aku membebel sorang2 meluahkan rasa tidak puas hati atas tragedi yg benar2 menyakitkan hati aku....

No comments: