Wednesday, January 7, 2009

Ada apa dengan cutiku?

Alhamdulilah tirai 2008 ditutup dgn kesempurnaan. Hadirnya 2009, diharapkan memberi sinar baru buat aku & family serta kamu semua.


Lama tak bercuti, membuatkan aku begitu seronok sekali. Besar harapanku dpt merehatkan diri setelah penat menghadap bebanan kerja yg tidak pernah berkesudahan serta melihat anak2 bergumbira menghabiskan cuti persekolahan mereka.


Namun lumrah kehidupan. Tidak semua yg kita rancang menjadi kenyataan. Walau demikian, aku bersyukur krn senyuman dibibir masih mampu terukir meski dihati tersimpan secalit rasa duka. Biarlah rasa hati itu tersimpan rapi dilubuk hati tanpa menyinggung mana2 pihak...


Perjalanan dimulakan pada 27.12.08. Sepatutnya aku & anak2 dijangka bertolak ke TI jam 8 pagi utk mengelakkan kesesakan. Atas sebab2 yg tak dpt dielakkan, kami memulakan perjalanan pada jam 10 pagi. Alhamdulillah, 11.10 minit kami selamat sampai ke tol Bidor seterusnya beberapa minit sebelum jam 12, aku selamat memarkirkan kereta dihadapan rumah kg hubby. Dia menyambut kami dgn senyuman meleret. Cuma aku yg terkedu, kerana saat aku sampai, aku lihat sebiji Satria Putih dan Wira Hitam telah terlebih dahulu berada dihalaman. Maknanya, Andak & Acik sekeluarga turut berada di kg kala itu..... Tak disangka, ibu mertuaku pun ada sama. Pastinya riuhlah rumah bila dah penuh. Sabor je la.


28.12.08 aku masih dikg hubby. Andak ada race kat Kg Gajah. Hubby ajak follow, aku malas. Sebab aku memang "hangin" sikit dgn mamat tu. Acik yg follow. Aku terkilan sikit dgn sikap Andak. Anak2 demam, dia masih sanggup meneruskan race tu. Anak2 ditinggalkan dlm keadaan lembik & tak bermaya. Yg paling aku angin, bila aku volunture nak bw anak2 dia p klinik, wife dia takut. Bimbang kena marah. Sememangnya wife dia jenis wanita muslimah yg tidak pandai langsung bersuara dihadapan suami. Walau ditindas, dia tetap begitu. Hanya airmata yg jadi peneman. Sungguh aku bersimpati pada birasku itu. Semoga Tuhan beri kekuatan pada dia.


29.12.08 - kalo mengikut perancangan awal, kami sudah berada di Teluk Batik seterusnya ke Pulau Pangkor kala ini. Aku tak tahu kenapa hubby cancel last minute. Mcm2 excuse tercipta dr mulut dia yg menyebabkan hati aku benar2 terhiris luka. Fazly pun dah tarik muka sebabnya perancangan yg kami atur tidak menjadi. Aku pun tak faham kenapa hubby sampai hati nak sakitkan hati aku & anak2.

Kemudiannya, hubby agree nak bawa we all p Penang. Dlm hati terfikir gak, boleh jumpa my sweetie Ebriza tu. Lagipun aku dah minta opinion berkenaan Pesta Penang tu. Last minute, hubby ubah plan lagi. Dia kata nak bawa we all ke Lost World of Tambun. Tgk muka anak2 yg kembali ceria dgr nak p tempat tu, aku ikut la jugak. Kalo dia perap aku & anak2 kat kg lagi, memang aku nekad drive semula balik KL. Biarlah mak mentua aku nak cakap apa. Saper suruh anak dia mungkir janji dgn aku!.... hehehe

Seharian habiskan waktu di LWOT mungkin bisa merawat luka dihati anak2. Tapi hati aku?.... mmmmm, hati aku ni liat sikit. Kalau dah mula terluka, mesti meleret2. Aku tak tahulah bila nak sembuh. Nanti ada masa, aku uploadlah gambor bebudak yg ada aku snap seskit untk jadi kenangan.


30.12.08 & 31.12.08 - masih di kg hubby. Terbayang keindahan Pulau Pangkor dialam mimpi. Aku hanya menghabiskan masa dgn mengadap laptop. Kat kg ni semedang je line maxis tak de... penyangak suka curi kabel kata abg ipar aku. Boring tak leh check email.... Tapi tak pe, sekurang2nya bergeraklah juga manuskrip yg lama terperap tu. Aku pujuk hati aku sendiri dgn menelek nukilan aku tu. Anak2 sedara minta aku gorengkan mee utk depa pun aku ignore. Dek marahkan Uda mereka, mamat2 tu yg jadi mangsa. Nasibla kan. Eleh, korang pun dah besar, masing2 dah keje, kalo nak makan mee sedap, g la lepak kat kedai kan?.... hehehe,.. aku tetiba jadi jahat!...

Kekonon malam new year nak p celebrate gak kat pekan TI. Lepak2 kat bawah menara condong ke, tapi hujanlah pulak!... Hati yg panas tambah mendidih. Tak de makna cuti kalo tak berjalan kemana. Sudahnya aku packing brg2, nak balik KL. Tak payah tunggu esok, nak balik malam ni jugak!!!!... wuaaaaaaaaa......

01.01.2009 - Tahun baru dah tiba. Mlm tadi tak jadi balik KL utk jaga hati kakak ipar aku sekeluarga. Kata Yong (kakak ipar aku), mulakan tahun baru dgn keceriaan. Jgn masam2. Sesekali jumpa, jgnlah bergaduh. Betul jugak. Kenapa aku emosi sgt dgn hubby? Tak pergi Pangkor sekarang, next time boleh pergi jugak. Dia tak nak bawak, aku g sendiri!... hahahaha......

Sangkaku hati yg dah terpujuk awal pagi, tak kan terusik lagi. Since hubby ikut balik KL, dia yg drive. Keluar jer dr Changkat Jong, Fazly bukak cerita......

"Abg tahu kenapa ayah tak bw kita g Pangkor.... Last week ayah dah g dgn budak2 belia kan?"

Muka aku terus jadi hijau ..... "hah?!!!"

Saat tu muka hubby berubah sesangat. Nampak betul2 takut. Dia pandang muka aku & cuba control macho (konon!)... "ayah tak ikutlah, dorang yg g sendiri naik bas ramai2..."

Fazly pandang aku, kemudian dia diam. Beberapa saat kemudian, dia menjawab..."habis gambar yg abg tengok semalam tu saper. Abg tak kisah kalo ayah kata dah pergi sane. Next time kita org boleh pergi dgn ibu..."

Suara Fazly jelas kecewa. Pastinya saat itu, hati aku & dia sama2 terhiris. Kecewa rasanya bila kita nak sgt ke sesuatu tempat, kemudian tidak dapat pergi. Lepas tu dapat tahu pulak, org yg cancel rancangan kita tu rupanya dah sampai ke sana lebih dulu. Fakhri & Faris dah lena dibuai mimpi, hanya aku dan Fazly merasakan sakitnya dikecewakan oleh abg Z.

02.01.2009 - Cerita semalam masih berbekas dihati. Tapi aku cuba control rasa marah supaya ibu tak nampak yg aku sedang "hangin". Aku tak nak ibu risau bila tahu aku tgh "perang" dgn menantu kesayangan dia. Aku & hubby menemani Fazly ke sekolah baru. Dia bakal memulakan Tingkatan 1 di Sekolah La Salle. Masa orientasi ni ada cerita yg akan aku kongsi dgn kalian dlm n3 yg lain. Setengah hari menghabiskan masa & menguruskan segalanya, kami pulang semula ke rumah. Tiada suara yg keluar dr mulut aku utk hubby. Biar dia rasa bersalah teramat sangat!!!.... Padan muka dia.

Agaknya nak memujuk hati aku, hubby ajak kami ke PD. Mula2 aku malas jugak nak pergi. Nak tunjuk perasaan la konon. Tapi bebudak merengek nak pergi, aku pun ikut. Kami bersiap ala kadar. Ibu pun turut ikut serta. Lagipun we all nak singgah rumah adik ibu nak tgk cousin aku yg baru lepas bersalin anak sulung.

Budak2 happy mandi laut. Badan pun dah jadi lebam. Aku memang ngeri bab mandi laut ni. Setakat bersantai tepi laut bolehlah, kalo mandi...kirim salam bebanyakk......

Tgh lepak2 dgn cousin aku, ibu bgtahu anak sedare dia (cousin aku jugak) call ajak we all naik Melaka. Tempat lepak semua dah siap booking. Aku pun apa lagi.... sengih melebar la kan. Bila lagi nak g Melaka. Hubby tak kan berani kata "tidak" punya sebabnya dia ada "hutang" dgn aku. Lebih kurang pukul 5 ptg. kita org sampai Ayer Keroh. Terus jumpa cousin aku n family kat D'Village Resort. Melaka, aku dah sampai!!!!......

Menghabiskan cuti2 terakhir di Melaka memang seronok. Apatah lagi kali ni percutian kami disponsor sepenuhnya oleh cousin aku. Budak2 memang happy giler bila dah berkumpul dgn anak2 cousin aku yg sekepala dgn dorang. Jln2 cari makan, cari pasal, naik Menara Taming Sari, naik bot,... jln2 sana sini cuci mata. Puas berjalan, berendam pulak dalam swimming pool.... Memang best......

04.01.09 - Balik KL budak2 dah lembik. Memasing muka makin lebam, xspecially Fakhri & Faris. Takut gak budak2 demam pulak. Nasib baik daya ketahanan diri memasing masih kuat. Esoknya akan bermula sesi persekolahan yag baru. Fazly naik Form 1, Fakhri darjah 4 dan Faris Tadika 6 Tahun..... Harap2 anak2 aku akan tekun belajar. Nanti bila tiba cuti panjang lagi, insyaalah aku akan tunaikan janji yg ayah depa dah mungkiri tu!...... Ibu sayang hero2 ibu!... muahhhhhhh...

No comments: