Thursday, January 8, 2009

Seindah kenangan

Siapa sangka, penghijrahan Shahrul Zulfazly ke Sekolah Menengah La Salle bagai mengimbau kembali pertemuan pertama antara aku Sya. Permulaan bagi jalinan persahabatan yg begitu indah untuk dikenang sampai bila2.
20 tahun lepas, aku & sya bertemu kala kami menjejakkan kaki ke Tingkatan 1. 2hb lepas, sewaktu orientasi dijalankan utk murid2 Tingkatan 1 Sek Men La Salle, Fazly & anak Sya diketemukan kembali. Mereka bukan baru berkenalan tetapi krn peredaran masa & permasalah antara ibu mereka, persahabatan keduanya yg bermula sejak bayi terputus. Mereka mungkin sudah lupa bahawa mereka pernah ada kenangan masa kecil bersama. Aku & Sya sama2 tersenyum bila melihat keduanya ditempatkan di kelas yg sama. Saat itu juga kami mengambil kesempatan meleraikan rasa rindu antara kami berdua. Syukur pada Tuhan krn mencipta pertemuan yg indah utk kami. Kala itu kami makin sedar bahawa antara kami bukan hanya byk persamaan tetapi hati kami juga telah lama tercantum sebenarnya.
Untuk anak2 kami, aku dan Sya tidak meletakkan harapan yg tinggi supaya mereka "wajib" menjadi akrab & teman baik seperti kami. Memadailah jika antara mereka saling memahami antara satu sama lain. Semoga mereka bisa belajar menghargai ikatan sebuah persahabatan. Kerana bagi aku, ikatan persahabatan adalah satu jalinan terindah dlm kehidupan.

No comments: