Friday, August 29, 2008

Salam Ramadhan

Salam...
Teman2ku sekalian,
Tiada tuhan yang disembah sekain ALLAH,
Tiada insan yang paling di sayangi selain Nabi MUHAMMAD,
Tiada kalam yang dirujuk melainkan AL-QURAN,
Tiada bulan yang penuh barakah selain RAMADHAN dan
Tiada amalan yang di hitung selain DOSA dan Pahala...
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak & Selamat Menjalani Ibadah Puasa.
Semoga segala amalan kita diberkati oleh Allah SWT.
Andai ada tersilap kata, terkasar bahasa mahupun terkhilaf perbuatan, mohon kemaafan dr anda semua.....

Monday, August 25, 2008

Inikah dugaan?

Salam.... beberapa minggu ini kehidupanku masih byk yg tidak berubah. Payah sungguh menggapai kegembiraan seperti masa lalu. Apa yg nyata, kekecewaan masih terus menghimpit diri. Aku rasa bebanan demi bebanan yg menimpa diri ini semakin berat hinggakan tidak terdaya utk aku tahan. Dlm saat2 begini, hanya airmata yg menjadi sahabat sejati....
18.08.08 (Isnin)
Pagi2 ayah kejutkan aku, bgtahu keadaan ibu yg nampak begitu teruk sekali. Aku bergegas mendapatkan ibu. Melihatkan keadaan ibu, airmataku terus gugur tanpa dipinta. Aku berkeras mahu membawa ibu ke hospital, tapi ibu enggan. Dia hanya menyebut 2 nama.... Along & Cik In. Saat itu, aku berdoa kpd Tuhan supaya jngan diambil ibuku. Aku tidak sanggup berdepan dgn kehilangan ibu!... Segera aku hubungi Cik In tapi gagal mendapatkan dia. Aku tinggalkan pesanan kepada Cik Lia supaya memaklumkan kpd Cik In. Along juga gagal aku hubungi membuatkan aku hanya mampu menangis. Menjelang 10 pagi, keadaan ibu beransur pulih. Hati ibu kuat mengatakan bhw penyakitnya tiada kena mengena dgn ubat doktor. Ibu merasakan dia perlu dirawat secara tradisional. Tgh hari itu, aku tinggalkan ibu bersama ayah sebentar. Walaupun hati ini berat, tetapi aku perlu hadir ke pejabat utk menyelesaikan satu dokumen penting. Faris aku bawa bersama supaya tidak menyusahkan ibu & ayah. Mujur kala itu Fazly & Fakhri ada bersama abg Z. Hampir 3 petang, setelah menyudahkan kerjaku, aku pulang semula ke rumah. Seketika itu, along pun sampai (mungkin dia sudah terima sms yg aku htr). Aku nampak wajah ibu sedikit berseri. Entah kenapa, waktu itu aku hanya menjadi pemerhati. Aku memerhatikan ibu membelai rambut along penuh kasih sayang. Aku nampak airmata along yg menitis. Pastinya dia juga rindukan belaian ibu. Walau apapun, aku tetap bersyukur krn along sudah kembali kepangkuan kami sekeluarga meskipun tidak seakrab dulu...
19.08.08 (Selasa)
Ibu masih lemah. Cik In tiba dr PD menjelang jam 10 pagi. Aku tinggalkan ibu seketika bersama ayah & Cik In utk menymbung kerja di pejabat yg aku tinggalkan semalam. 2 petang, aku pulang semula ke rumah. Aku tahu, boss pasti geram dgn tindakan aku yg meninggalkan office sesuka hati. Tapi aku terpaksa, kerana aku tidak mampu menumpukan perhatian pada kerja selagi keadaan ibu belum pulih. Cik In bercerita sedikit berkenaan Saka keturunan mereka. Disamping itu, Cik In juga menyatakan bhw ibu perlu dirawat secara tradisional. (Firasatnya sama juga dgn ibu). Aku call abg Z, meminta dia menguruskan perubatan ibu. Abg Z meminta aku membawa ibu pulang ke kg pd hari Jumaat. Aku nekad, aku akan membawa ibu pulang ke kg walaupun sukar utk aku mendapat cuti lagi!
20.08.08 (Rabu)
Aku terpaksa kerja. Mujur sahabat ibu, Cik Mah sudi menjaga ibu bagi pihak aku. Walaupun hati aku tidak tenteram, aku terpaksa hadir ke pejabat. Mungkin bos masih geram dgn aku krn hari ini aku membawa Faris sekali. Mujur Faris tidak nakal. Dia menyiapkan homeworknya dan aku membuat kerja tanpa gangguan. Tak sabar rasanye tunggu pukul 5 petang!
21.08.08 (khamis)
Ayah jaga Faris hari ni. Kerja2 aku di office semuanya sudah selesai. Sesungguhnya hari ini menjadi hari dlm sejarah krn hari ini adalah kali pertama aku dibentak sesudah bertahun aku kerja dgn bos. Hati aku benar2 sedih, tapi aku menahan airmata ini dari mengalir. Aku sedar, dlm minggu ni aku jarang berada di office. Meskipun demikian, kerja2 aku tetap diselesaikan seperti kehendak bos. Bos bengang bila aku memohon cuti pada hari Jumaat. Aku tegaskan pd bos bhw aku perlukan cuti utk membawa ibu berubat. Approved atau tidak, aku tetap akan bercuti. Selama ini aku bekerja tanpa pernah berkira. Segalanya aku lakukan sendiri. Kala bos menghayun kayu golf dipadang atau hilang entah ke mana, akulah yg menyudahkan dokumen yg perlu disiapkan oleh seorang lawyer & berhadapan dgn client yg pelbagai kerenah. Hinggakan ada client yg menyangkakan aku seorg lawyer. Saat client ingin menandatangani dokumen diluar waktu pejabat, aku tetap rela menguruskannya. Kenapa bos tak nampak semua itu?!!.. Pada waktu2 beginilah aku rasakan bahawa diri ini begitu kerdil sekali.. Betapa bykpun jasa kita pda seorg bos, kita tetap akan dibentak walau hanya dgn sedikit kesilapan hanya kerana kita org bawahan!!......
22.08.08 (Jumaat) & 21.08.08 (Sabtu)
Jam 9 pagi (aku, ibu & Faris) bertolak dr KL ke Teluk Intan. Ayah nampak macam berat hati nak biarkan aku drive sorang2. Tapi aku yakinkan ayah bhw aku akan memandu dgn berhati2. Menjelang 11 pagi, aku sampai di kg abg Z. Pengubatan ibu dilakukan selama 2 hari. Sesungguhnya dlm dunia ni selagi ada hasad dengki, selagi itu akan ada pengkhianatan. Bukan kami percaya 100% pada bomoh. Segala buruk & baik tetap datangnya dari Allah. Tetapi aku nampak riah wajah ibu yg kecewa krn kesakitan yg dialaminya bersangkutan dgn hasad dengki dr kalangan temannya sendiri. Kesian ibu, patutlah kesakitannya dtg hanya pada waktu2 tertentu, rupanya2 ada org yg tak berhati perut mengkhianati ibu!... Semoga Tuhan beri balasan setimpal pada manusia yg telah khianat pd ibu....
Hari Ahad, kami tiba di KL. Anak2 pun akan memulakan persekolahan semula. Alhamdulilah, keadaan ibu juga semakin pulih. Semoga Tuhan memanjangkan usia ibu & menjauhkan ibu dr segala keburukan.... Amin

Monday, August 11, 2008

Hati ini

Teman,
Andaikan sahaja hatiku ini
Ibarat cermin
Memang ianya sudah retak seribu
Andaikan sahaja hatiku ini
Ibarat kaca
Pasti ianya sudah pecah berderai
Namun apa yang aku tahu
Hati ini milikku yang abadi
Walau terhiris ia tetap berdarah
Pabila terluka
Sakitnya hanya aku yang rasa....

Luahan rasa,
Ara Suhara
Kuala Lumpur
110808

Isninku masih kaku membeku

Salam Isnin.
Pagi ini duniaku masih tidak ceria. Tetap mendung & kelabu, kaku & membeku. Problem last week masih belum bertemu jalan penyelesaian. Along tetap membisu tanpa kata putusnya. Nampak gayanya aku yg kena berkorban sekali lagi. Mujur aku masih bekerja & mempunyai pendapatan sendiri utk menanggung bebanan yg along tinggalkan buat aku. Moga satu hari nanti hati along terbuka untuk meringankan segala bebanan yg maha hebat ini.

Sahabatku AC juga masih terus membisu. Mungkin dia tetap menganggap bahawa aku yg menjadi punca segalanya. Aku redha andai kata persahabatan kami cukup sampai disini. Terima kasih aku ucapkan pd AC kerana telah menceriakan hari2ku sepanjang kami menjalinkan persahabatan. Apa yg terlebih mahupun terkurang, aku pohon dihalalkan segalanya. Mengenali AC membuatkan aku semakin sedar bahawa persahabatan bukan sahaja memerlukan kejujuran & keikhlasan tetapi kepercayaan & persefahaman. Andai AC sendiri sudah tidak mempercayai kejujuran & keikhlasanku, pastinya antara kami juga sudah tiada kepercayaan & persefahaman. Maka itu, aku sedang meyakinkan hatiku sendiri, memujuk lara ini bahawa antara kami hanya tinggal kenangan. Walaubagaimanapun, janji yg telah aku lafazkan akan tetap aku kotakan. Usahlah AC risau kerana aku tetap memegang rahsia itu hingga ke hujung nyawaku!

Thursday, August 7, 2008

Bos dah balik....

Alhamdulilah, bos aku dah selamat kembali dari Mekah. Wajahnye yg ceria menggambarkan betapa seronoknya dia sewaktu menjalani ibadahnya disana. Sekembalinya bos, hari2ku di office akan kembali meriah. Tiada lagi kesunyian seperti ketiadaannya. Bos,.. selamat kembali & terima kasih atas jubah yg cantik tu!.... hehehe....


Cantik tak ? Pandai gak boss pilih bunga sulam tu... sesuai dgn aku.... hehehe
Jubah aku dgn Zihan. Yg bunga pink tu utk Zihan. Sesuai dgn dia yg kecil molek & ceria sokmo! TQ boss!...

PEDIH

Entah kenapa dalam minggu ini begitu ramai insan kesayangan aku sampai hati menghiris hatiku. Tidakkah mereka sedar betapa perit dan pedihnya hati ini tatkala ianya dihiris. Aku tak tahu apakah aku yang begitu mudah terasa atau sememangnya mereka semua tidak pernah menghargai akan kehadiran aku dalam hidup mereka?

Sejak malam tadi aku offkan handphone aku. Pagi2 tatkala aku on semula hp aku, kelihatan beberapa sms yg masuk. Salah satunya sms dr AC. Dia bertanyakan sesuatu. Walaupun lewat membalas, aku tetap memberi jawapan. Aku tidak pasti apakah jawapan aku telah menyinggung hati kecil AC. Aku sudah memohon maaf andai kemelut yang melanda bertambah kusut gara2 aku. Kemudian aku tersedar, mungkinkah ada mulut2 asing yg secara tidak langsung telah menampakkan bagai aku yg telah mengeruhkan keadaan.

Seingat aku, aku tetap berpegang teguh dengan janjiku terhadap AC. Tidak pernah sesekali aku menceritakan rahsia hatinya kepada sesiapapun. Lagipula, siapa lagi yg rapat dgn aku melainkan AC. Aku selalu meyakinkan AC bahawa dia boleh mempercayai aku. Itulah sikap aku sejak dulu, sentiasa menjaga hati & memuliakan seorg sahabat. Tidak terlintas dihati utk mengkhianati apatah lagi memungkiri janji yg pernah aku lafazkan. Tetapi entah kenapa, soalan AC seakan menggambarkan bhw aku sudah memungkiri janji. Sedangkan segala rahsianya masih kukuh sebagai rahsia dlm hidupku.

Buat AC, aku sudah memohon maaf. Tetapi sehingga saat aku meluahkan rasa hati ini, dia masih belum membalas sms aku. Mungkinkah dia tetap meletakkan kesalahan padaku? Seandainya demikian, aku tidak punya hak untuk terus mendesak AC. Dia punya pendirian dalam menilaikan erti persahabatan kami. Walaubagaimanpun, hati ini tetap terhiris. Pedih dan begitu sakit sekali. Tindakan AC membuatkan aku terkenang pada SYA. Persahabatan kami juga retak angkara mulut2 asing. Aku benar2 kecewa. Ternyata hanya aku yang begitu menghargai kehadiran sahabat sedangkan mereka mungkin tidak pernah langsung menghargai kehadiran aku dalam hidup mereka!

Sekali lagi dalam hidup ini, aku sedar betapa dalam kita berbuat kebaikan pada org lain, tetap ada hati lain yg tidak senang. Silapkah andai aku dan AC menjalinkan persahabatan berlandaskan kejujuran hinggakan ada hati lain yg tidak senang dgn persahabatan kami? Andai sahaja telahan aku ini benar, aku redha kerana sesungguhnya kehidupan aku memang sudah lama kehilangan sahabat sejati!

Monday, August 4, 2008

Hatiku terhiris lagi....

Semalam, aku didatangi seseorang yg ingin menyampaikan satu NK kepadaku. NK tu sebenarnya adalah berkaitan dgn along. Entah kenapa, aku tidak terfikir bhw pertolonganku padanya akan berakhir seperti ini. Aku mula resah. Sekiranya proses NK itu lengkap, aku pasti akan kehilangan segala aset yg tlh aku kumpul selama ini. Memang asetku tidak byak, tetapi memadailah utk 3 puteraku seandainya apa2 terjadi padaku nanti. Namun kesilapan along telah menyebabkan aku terheret sama dalam kemelut yg tidak pernah aku bayangkan ini. Hatiku benar2 terhiris. Kecuaian along menyebabkan masa depanku diambang kemusnahan!!!
Aku berusaha berbincang dgn along utk mencari jalan penyelesaian. Namun, hingga ke saat ini, along tidak menunjukkan tanda bhw dia akan membantu aku menyelesaikan kemelut ini. Dia mengambil sikap berdiam diri & meletakkan beban di atas bahuku bersendirian.
Akui gagal mengawal perasaanku. Apatah lagi, disaat2 getir ini, aku bersendirian melawan perasaan. Sedih & kecewa krn saudara yg aku sayangi melebihi nyawaku sendiri bagai sengaja ingin menjerat aku. Untuk bercerita dgn abg Z, aku tidak mampu. Pastinya abg Z kecewa krn aku tidak pernah berbincang dengannya sewaktu aku membantu along suatu ketika dulu. Mungkinkah musibah ini satu dosa krn aku tidak mendapatkan persetujuan drp abg Z terlebih dahulu?... Entahlah
Satu persatu masalah terus menghimpit diriku. Namun segalanya aku simpan sendiri. Tidak satupun aku ceritakan pada abg Z krn aku tidak mahu keburukan along & adikku kelihatan pada matanya. Aku tidak mahu mencipta sengketa di dalam keluargaku sendiri.
Tapi, sampai bilakah aku akan terus berkorban utk adik beradikku yg ternyata cuma mengambil kesempatan atas kasih sayangku pd mereka? Silapkah aku kerana terlalu memikirkan tentang perasaan mereka berbanding diriku sendiri?....
Yang nyatanya, hati ini telah terhiris lagi. Bukan sekali,... tetapi berkali-kali... Namun aku akui, kasihku pada mereka berdua tetap tidak terhakis sampai bila2 pun!. Moga Tuhan akan membuka pintu hati mereka untuk mengalihkan beban yang telah mereka letakkan pada bahuku sendirian....

Doakan kesembuhan ibuku..

Minggu lepas ibu disahkan menghidapi ketumbuhan pada tulang belakangnya. Bukan 1, tapi 3. Benjolan itu semakin membesar. Tetapi ibu awal2 mengesahkan bhw dia tidak mahu menjalani sebarang operation. Kemudiannya, doktor juga mengesahkan terdapat keretakan pd tulang punggung ibu. Patutlah ibu selalu komplen, belakangnya sakit. Kadang2 ibu sukar utk duduk terlalu lama ataupun berbaring terlalu lama. Atas nasihat doktor, ibu mula menjalani fisioterapi mulai hari ini. Ibu perlu menjalani latihan fisio sebyak 3x seminggu.
Sebagai anak, aku pasti mahukan yg terbaik utk ibu. Aku berdoa agar segala kesakitan yg ibu alami akan pulih. Aku tidak sanggup melihat wajah ibu berkerut setiap kali menahan kesakitan.
Tuhanku, sembuhkanlah penyakit ibuku. Panjangkanlah umurnya & berikan kekuatan padanya agar dia bisa menempuhi ujian yang Kau turunkan ini...Amin.