Wednesday, December 24, 2008

Selamat Tahun Baru

"...pagi yang gelap, kini sudah terang..."

Semalam, aku umpamakan lirik lagu ini kena benar dgnku. Kehadiran bos awal pagi seolah menerangi office yg "kegelapan" semenjak 40 hari lepas. Alhamdulilah, keadaan bos baik2 walaupun ada batuk2 kecil yg kedengaran. Pengalaman indah yg boss lalui disana dikongsi bersama aku hari ini. Terasa aku pun dah tak sabar2 nak menjejakkan kaki ke sana. Insyaallah, jika dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki & jika diizinkan Allah SWT, aku pasti akan sampai ke Tanah Suci Mekah.

Memandangkan bos dah selamat kembali, hasratku utk bercuti panjang telahpun aku sampaikan kpd bos. Terima kasih bos sebab setuju!!!! yeaaaa...... aku sayang bos !!.... muahhhhhhh.....

So, aku akan menghabiskan hari2 terakhir di office pada minggu ini & akan kembali bertugas pada minggu kedua bulan Januari 2009.

Bimbang tak berkesempatan nak mengucapkan Selamat Tahun Baru, aku ucap awal2 lah ye. "SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH & JUGA SELAMAT TAHUN BARU 2009". Semoga keimanan & ketaqwaan kita akan terus terpelihara & Semoga apa yg diimpikan pada tahun baru nanti terlaksana..... Assalamualaikum.

Monday, December 22, 2008

Masa begitu pantas....

Terasa begitu pantas waktu berlalu. Diam tak diam, aku sudahpun melepasi "kesukaran" & "tekanan" dlm berdepan dgn kerenah2 owner low cost BTS. Tinggal sikit lagi baki yg masih belum sudi nak tenyeh transfer form yg telah aku sediakan tu. Terpulanglah pada mereka utk buat pilihan sendiri. Bagi aku, tugas aku telah sempurna (walau tidak sepenuhnya).

Sedar tak sedar juga, bos telah selamat menyempurnakan ibadah hajinya. Alhamdulilah. Insyaallah, penerbangan bos akan tiba di KLIA pada 8.40 malam ini. Rasminya gelaran Haji dah melekat pada bos aku yg brutal tu!....

Bahagia rasanya dapat melunaskan kerja, walaupun bersendirian. Seronoknya rasa dpt ketemu bos kembali dalam masa beberapa hari. Mungkin juga yg paling membahagiakan, aku akan memulakan percutian utk meluangkan masa dgn anak2. Kasihan mereka, cuti tahun ni tak ada percutian yg istimewa. Fazly sekadar menghabiskan masa di rumah mak long dia selama 2 minggu. Fakhri pula dgn penuh tension, sekadar mengadap game boy tiap2 hari. Berbeza dgn Faris yg meneruskan persekolahan macam biasa walaupun time cuti sekolah. Memandangkan holiday camp Faris akan berakhir pada 27hb ni, aku bercadang nak bw hero2 aku g makan angin pada minggu terakhir December. Sekurang2nya, bila buka sekolah semester baru nanti, anak2 aku akan lebih rajin & bersemangat.

So, hari ni, aku pun menaikkan semangat untuk diri sendiri supaya "tahan" menghadapi minggu2 terakhir di office. Minta2 bos tak berkira, sebab bila dia balik aje nanti, borang cuti aku yg paling cantik terisi dgn ink hijau dah tersedia atas meja dia!... hehehe.... aku nak bersantai jugak kan?.....

**** Memandangkan dah lebih seminggu aku tak "bersihkan" ruangan ni, aku ingin mendedikasikan ucapan terima kasih kpd mereka yg istimewa yg telah menghantarkan tanda ingatan pada ulangtahunku yg lepas. For my hubby,... kasih syg abg tak ternilai dgn kebendaan. Walaupun lewat terima, ianya sungguh bermakna. I luv U!.... To Jay... tak sangka dia dah kembali sihat. Walaupun sekadar sekeping kad, aku menyedari betapa diri ini amat bernilai dalam hidupnya. Dia juga istimewa walau tidak berada di tahkta teratas yg telah menempatkan hubby terlebih dahulu. Kak Ayu & Along, walaupun tiada coklat kek seperti dulu, adik tetap hargai tanda ingatan yg tak berbelah bagi tu. My dear Ebriza, you seringkali buat i rasa terharu. Dalam saat2 i rasakan "kehilangan" mereka2 yg i syg, u bagaikan dekat disisi ini. Terima kasih atas segalanya. I impikan pertemuan terindah antara kita, suatu hari nanti (Insyaallah). Tak lupa pada Liza yg selalu punya waktu utk aku...."kita tak punya sesiapa, kau ada aku & aku ada kau"... Za, hanya kita berdua yg tahu peritnya hakikat hidup yg terpaksa kita lalui kan? Semoga bahagia itu akan kekal hingga ke akhir nyawa. Kepada Syasya, kenangan antara kita terlalu berharga. Terima kasih krn pernah hadir memeriahkan dunia remajaku. & kpd mereka yg menghantar ucapan tak kira melalui sms, email, facebook & juga ruangan Setulus Maya... terima kasih tak terhingga.

Friday, December 12, 2008

Special Day....

12 Disember 1976 memang merupakan tarikh istimewa. Masa tu mesti ibu & ayah bersyukur sgt2 sebab dikurniakan anak perempuan yg comel (perasan la tu!). Semenjak dari itu, tarikh 12 Disember merupakan hari bahagia untuk aku. Ulangtahun kelahiran yg membuatkan usiaku makin bertambah dari tahun ke tahun. Dari seorang bayi, membesar menjadi kanak2 riang, kemudiannya menjejak kaki ke alam remaja seterusnya menjadi dewasa dan kini sudahpun bergelar isteri kepada seorang lelaki bertuah (ye ke?) serta ibu kepada 3 putera gagah berani yang aksi mereka mengalahkan Superman, Ultraman, Cicakman, Spiderman (serta bermacam2 "man" lagi).....

Dulu2 masa sekolah, setiap kali b'day tiba, aku ternanti2 nak cepat capai umur 21 tahun. Masa tu aku ingat aku akan bebas bila berusia 21 tahun. Hahaha.... tapi rupanya bila umur aku 21 tahun aku sudahpun menjadi ibu kepada Shahrul Zulfazly.Tak de makna lagilah kunci kebebasan yg aku tunggu2!... Padan muka, gatal sgt nak kahwin cepat....

Sedar tak sedar, dari angka satu meningkat belas, kemudian 20-an dan kini awal 30-an. Alamak, makin "senior" (lebih manis digunkan dr perkatan"tua")... huahuahua.....

Sesungguhnya aku bersyukur krn dlm usia 32 tahun (apa ada pada angka kan?), aku sudah memiliki kehidupan yg sempurna (cukuplah bagi aku @ alhamdulilah), meski tidak sekaya atau seglamer Dato' Siti. Memiliki ibu & ayah yg pengasih & sentiasa memberi sokongan di saat2 aku memerlukan, didampingi suami yg penyayang (walau sekarang dah jauh... hehehe) serta dikelilingi anak2 yg sedang membesar. Kasih sayang merekalah sumber kekuatan pada diri ini.

Aku tidak mengharapkan bulan jatuh ke atas riba ataupun hujan emas turun dari langit, tetapi aku benar2 mengharapkan agar memiliki kebahagiaan yg berpanjangan hingga ke akhir hayat. Aku juga tidak ingin menjadi seperti sesiapun, memadailah dgn menjadi diriku seperti hari ini. Apa yg pasti, aku ingin :-

# menjadi anak yg taat kpd ibu & ayah
# menjadi isteri yg solehah kpd suamiku
# menjadi ibu mithali kepada 3 puteraku
# menjadi adik yg baik kpd along & K ayu
# menjadi kakak yg sempurna kpd Oli & Ain
# menjadi makngah yg memahami kpd Boboy, Azriq, Ajoy, Tasya, Risya, Nabilla & Adilla
# menjadi sahabat & teman yg setia kpd sahabat2 & teman2 sekalian

YG PALING PENTING :- Aku ingin menjadi insan beriman yg senantiasa dekat denganNYA, mengasihi & menyintaiNYA tanpa rasa sangsi.

"SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN UNTUK DIRIKU SENDIRI"

P/S : For AC, Happy Birthday (11 Disember). Semlm aku dah htr kad kat facebook ko.... sedap tau lagu yg aku bagi tu.... "hutang" lunch kat Chili's tu tak bayor lagi.... Bila aku nak tuntut yek?.... heheheh... Semoga panjang umur & berbahagia selalu bro!.....

Wednesday, December 10, 2008

Sedihnye...

Sedihnye.... kenapa aku sedih?....
B'day aku boleh kira dgn jari jer tarikhnya. Aku pasti time tu nanti, hubby x de dgn aku utk celebrate sama2. Sebabnya dia dah bagitahu awal2 date dia penuh sepanjang minggu ni. Then, Jay .... hmmmmm, dia masih belum pulih. Tiada khabar tentang Jay sebabnya Andy juga sudah terbang ke sana seminggu sebelum Aidiladha. Sejak mengenali Jay, dia selalu ingin jadi yg pertama utk wish Happy B'day kat aku. Tapi hubby tetap mengatasi dia!.. hehehe. (Teringatkan saat2 indah bergurau senda dgn Jay yg memang tak mahu kalah dgn hubby aku. Aku mesti menangkan hubby dlm semua aspek kan walau Jay tu my best friend!).
Mungkinkah B'day tahun ni mencatat sejarah yg aku akan bersendirian tanpa insan2 yg aku sayangi ? Entahlah.... Tapi yg pastinya, (insyaallah), ibu & ayah serta anak2 tetap disisi aku.....

Pengorbananku

Muhammad Syafi Faris sepatutnya di masukkan ke wad pada malam Isnin lalu kerana mengalami sesak nafas secara tiba2. Aku memang panik sebab Faris tak pernah sesak nafas sampai macam tu sekali. Berbanding dgn angahnya, si bongsu aku ni bukan pengidap asthma yg kronik. Sebab tu bila dia tiba2 sesak nafas aku jadi gelabah. Aku & hubby bawa Faris ke HKL. Lepas ambik gas 2 kali, doktor kata dada dia masih belum ok. Doktor minta supaya anak aku dimasukkan ke wad. Aku bukan tidak sayangkan anak atau mengabaikan kesihatan dia. Tapi aku memikirkan andai Faris dimasukkan ke wad, aku mesti kena ambil emergency leave. Sudahlah office tak de orang, tak kan aku nak cuti pulak.... Fikir punya fikir, aku pun merayu apda doktor supaya anak aku diberi gas sekali lagi & ubat2an yg sesuai. Seandainya keadaan dia tidak berkurangan tengah malam nanti, aku akan bawa dia ke HKL semula. Aku tahu doktor tu tak setuju dgn tindakan aku. Tapi aku terpaksa. Lagipun hubby ada urusan penting esok & terpaksa pula semula ke Perak. Kalau hubby di KL pasti dia boleh jaga Faris dlm wad. Sudahnya doktor tu membenarkan aku pulang selepas mengambil ubat. Tapi kata doktor tersebut, apapun risiko, aku yg akan bertanggungjawab sendiri.

Sampai di rumah, aku beri Faris makan ubat & tidurkan dia. Sememangnya hujan dari pagi tak berhenti2, agaknya itu yg lebih memudaratkan keadaan Faris. Aku hanya bertawakal, memohon supaya keadaan Faris tidak teruk. Anakku lena walaupun dadanya masih berombak tinggi & nafasnya berbunyi. Menjelang 12 malam, (lepas aku siap packing brg2 hubby), tiba2 Faris menangis. Muka dia dah semacam. Dia batuk2 terus. Aku tahu keadaan dia tidak seperti yg aku harapkan. Kami terus bawa dia ke Reddy Klinik. Sangka kami selepas ambil gas, dia bertambah pulih. Sebaliknya Doktor Lee keluarkan surat supaya aku bawa anak aku ke HKL. Dia beri advise yg sama seperti Dr Jaya dr HKL awal malam tadi.

Kemudian, tiba2 hubby teringat kata2 Doktor Nadir Khan yg pernah merawat Fakhri sewaktu dia terlalu kronik suatu ketika dulu. Balik je rumah, kami jerang air panas & wap kan Faris. Belakangnya kami tepuk perlahan. Byk kahak yg keluar. Alhamdulilah, selepas melalui keperitan itu, Faris tidur lena hingga ke pagi.

Siangnya, hubby balik Perak & aku g office macam biasa. Walau aku bz dgn kerja2 aku, hati tetap ingatkan Faris yg tinggal dgn ibu dekat rumah. Dlm 1 jam, entah berapa kali aku call ibu. Dlm keadaan ini, aku amat bersyukur krn ibu sentiasa memberi yg terbaik dlm menjaga anak2 aku. Kata hubby, pengorbanan aku kpd bos cukup besar krn lebih pentingkan kerjaku dgn menggadaikan nyawa anak sendiri!...(aku rasa bersalah dgn kenyataan hubby. Nampak macam aku bukan ibu yg baik utk anak2nya. Padahal sebelum ini, aku pernah mengambil cuti tanpa gaji demi memastikan kesihatan anak2ku terpelihara).

Hari ni, aku panjatkan kusyukuran pd Allah SWT krn memudahkan segalanya. DIA anugerahkan kesihatan semula kpd anakku. Faris beransur pulih & pagi ini dia aku hantar ke sekolah seperti biasa. Pada cikgunya aku titipkan pesanan supaya anakku itu tidak dibiarkan aktif seperti selalu krn keadaannya belum sihat sepenuhnya. Semoga anak2ku senantiasa dilindungi dgn kesejahteraan yg berpanjangan. Amin.

Tuesday, December 9, 2008

MOHON MAAF

Salam.
N3 ini aku tujukan khas kepada atehFaisal yg mungkin telah tersinggung dgn N3 Bulan Tersenyum Part 2. Kepada atehFaisal mahupun teman2nya, aku tidak pernah berniat untuk “mencuri” ataupun “meniru” isi kandungan dr blog sesiapa. Di awal N3 tersebut, aku ada menyatakan SECARA JELAS yg fakta itu aku perolehi dari e-mail kiriman temanku. Aku sendiri tidak menyangka yg fakta2 tertulis di dalam e-mail tersebut diambil dr blog atehFaisal.


Makanya, dikesempatan ini, aku memohon kemaafan kpd atehFaisal krn kesilapan tersebut adalah tidak disengajakan.
Sesungguhnya aku tidak ingin mencipta sengketa apatah lagi mewujudkan salah faham antara atehFaisal, teman2nya dengan aku. Setulus Maya diwujudkan sekadar suka2, selain tempat aku meluahkan apa jua rasa yg tidak dpt diluahkan kepada sesiapa.


Memang diakui, kadangkala ada kiriman e-mail yg kufikir istimewa, kumasukkan sahaja kedlm Setulus Maya, tapi kemasukan tersebut jelas aku nyatakan bukan milik aku malah ianya kiriman e-mail dari sesiapa. Itulah kebenarannya. Aku tidak pernah sesekali ingin mengocak rasa hati sesiapapun jauh sekali menjadi perompak tak bertauliah. Mungkin aku harus mengambil iktibar dari kejadian ini. Tidak semua e-mail yg aku terima, faktanya adalah dari individu itu sendiri. Natijahnya, aku dikatakan telah menciplak contents milik insan lain.... Padan muka aku!. Tapi kejadian sebegini telah menyedarkan aku....
Makanya, demi menjaga hati atehFaisal, aku sudah pun membuang N3 tersebut. Pohon maaf sekali atas kecuaian ini.

Friday, December 5, 2008

SALAM AIDILADHA

SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA kepada semua. Kalau yg memandu pulang ke kg, pandulah dgn berhati2. Bior lambat asal selamat. Jgn pulak ada yg terkorban pada Raya Korban ni....
-SALAM-

Aku dah biasa

Alhamdulilah, MOT for Block F dah siap. Signing akan bermula minggu depan. For Block G, tingal saki baki untuk beberapa tingkat terakhir. Aku rasa badan ni dah "lemau" sgt dah. Nak termuntah asyik mengadap MOT ni sejak beberapa minggu lepas. Badan pun dah demam, tapi terpaksa gak dtg opis.

Pagi ni, lepas amik soluble 2 biji, aku rest sekejap. Bukan rest curi tulang. Rest dari mengadap fail2 tu. Sambil rest, aku pun mengemas meja2 aku yg tunggang langgang semenjak beberapa minggu lalu.

Duduk sesorang ni, aku terkenang masa mula2 dpt projek BTS ni. Projek ni rezeki pertama H&S (tahun 1999).

Masih melekat kat dalam kepala ni, yg aku terpaksa stay back kat opis hingga ke tengah malam semata2 utk menyiapkan SPA ni. Mujur masa tu Ayu ada membantu aku. Terbayang saat2 manis, pahit & kelat masa buat kerja2 tu. Nasib baik jugak, hubby aku & hubby ayu ringan tulang membantu kami selepas mereka siapkan tugasan mereka kat opis. Kiranya mereka buat OT dngan we all la time tu... hehehe.. Lagipun, dgn adanya 2 lelaki macho yg tolong buat keje & tolong teman kat opis, tak de la we all takut sgt stay back sampai ke tgh malam. Al- maklumlah, opis kami masa tu kat Plaza 138 (kat belakang building kami, tanah perkuburan jln ampang)..... gerun u!......

Tapi sekarang, aku tak der sesaper yg membantu. Segalanya terpaksa siapkan sendiri. Suka ataupun tidak, aku perlu mengadap sorang2. Mungkin kalau SN (bos ayu) tak menyakiti hati ayu dulu, kami masih bersama hingga ke hari ini. Tapi, SN sendiri sudah tiada disini. Malah, HA (bos aku) pun dah angkat kaki dari sini. Yang tinggal hanya aku.. (kembali kesini & akan terus disini (insyaallah) demi janji pd seseorang). Makanya, aku lah yg perlu menyudahkan segalanya bersendirian.

Tapi tak per,.... aku dah biasa buat sumer sengsorang. Suka atau pun tidak, aku dah biasa.... dah biasa..... dah biasa.....

Tuesday, December 2, 2008

Bulan tersenyum...


Malam tadi, lepas solat Isya', Oli call. Time tu aku tgh layan citer "susuk" dgn Fakhri & Faris. Oli suruh aku keluar cepat2 & pandang langit. Kebetulan time aku kelam kabut bukak gril, ibu pun baru habis solat. Ibu pun heran tgk aku dgn budak 2 org tu keluar kelam kabut. So, ibu dgn telekung2 dia ikut aku keluar rumah.... Bila aku tunjuk langit (nampak jelas macam bulan sedang tersenyum), ibu terus urut dada. "la, ibu ingat ada apa2 emergency... buat org terkejut ajer. Nasib baik ibu tak de sakit jantung.."

Hehehe... aku sengih je. Memang aku nak snap pic tu, sebab nampak cantik sangat. (Kebesaran Allah kan?) Tapi aku takut nak naik bilik sebab aura citer susuk tu.... (kuang3x.... penakut sih!!)

Nasib baik, ada hamba allah (warga sim) htr pic yg aku tak dpt snap mlm tadi..... Bolehlah share sesama kita.....


Pic ni macam tak nampak jelas sangat. Tapi honestly (wa cakap lu), masa aku tgk malam tadi, memang amazing..... Bintang dua ketul yg berkelip tu macam mata & bulan sabit ibarat bibir yang sedang mengukir senyuman.

Monday, December 1, 2008

Back To School

Pagi ni Faris start sekolah semula. Kesian dia, duduk rumah pun boring, better dia g sekolah. Duduk rumah lama2 aku takut dia malas nak start sekolah January nanti. Paling aku takut, kalo2 dia nangis macam mula2 hantar awal tahun dulu.
Pagi tadi, masa hantar muka dia ceria aje. Jumpa je teacher terus tersengih2. Bila teacher tanya pasal rambut, dia buat muka toye.... hehehe, last Saturday (balik dari rumah opah dia), aku terus singgah kedai gunting rambut & kasi "gondol" (ala ala Mawi) rambut dia. For sure, ayah dia balik this week aku kena hamput.... pasalnya pepandai gondolkan kepala anak dia!..... Eleh, tak lama mesti rambut dia naik balik. Tak caye, 2 minggu lagi mesti dah panjang punya!! Gerenti....

Al-Kisah Ibu mertuaku pindah rumah

Saturday
Last saturday, seawal 9 pagi aku dah sampai kat rumah ibu mertuaku. Memang dah menepati ramalan, cuma aku & 2 heroku yg sampai dulu. Acik & Andak belum nampak muka (since hubby aku x der kat KL, adik2 lelaki hubby aku yg2 org ni la yg kami harapkan). Tak lama lepas aku sampai, Nyah (kakak ipar aku) pun sampai dgn hubby dia.
Sebenarnya time aku sampai, aku terkezut tgk rumah mak mentua aku tu macam bukan nak pindah. Memang la byk brg2 dah sealed dlm kotak. Tapi brg2 kat dapur semuanya belum berkemas. Aku pandang kakak ipar aku & kakak ipar aku pandang muka aku. Then adik ipar aku yg paling bongsu pun membebel..... mak itu, mak ini..... Ye la, dia pun penat nak kemas sengsorang. Pas tu nak jaga anak dia yg 2 org tu lagi.... (ishhhh3x...)
Belum masalah lori lagi. Last week mak mentua aku kata lori dah ada. Janji nak angkat barang pukul 10 pagi. Tpi pagi ni mak mentua aku cakap x der lori pulak. Lori yg dia booking tu pergi outstation... Ape ke hei nye ni?.....
Hendak tak hendak, terpaksalah kereta aku jadi lori. Aku nak pengsan dah... Ulang alik dah 5 trip. Adik ipar jantan aku yg 2 ekor tu dekat pukul 11 baru muncul. Aku dah hangin dah. Nak nangis pun ada....
Acik ni memang anak emas mak mentua aku. Apa2 hal, mak mentua aku memang rujuk kat budak ni. Sampaikan nak beli tikar getah pun tunggu si Acik (padahal aku dah offer last week nak g cari) .
Bayangkanlah, keadaan memang kelam kabut. Dengan barang yang bersepah nak angkat. Barng kat dapur & dlm bilik belum berkemas. Hanya aku, adik ipar bongsu & bini acik yg uruskan. Kakak ipar aku tu kena masuk keje pukul 2 petang.
Alhamdulilah, pukul 2 petang ada sorang mamat yg bawa lori, offer kat kami. Aku pun malas cakap byk, terus kata OK. Mak mentua aku tak muncul2 lagi. Dia dok meneman Acik mengecat rumah. Padahal, rumah dah tunggang langgang. Pas tu mak mentua aku marah kanapa aku pepandai suruh lori tu angkat barang. Aku cakaplah, kalo tak angkat hari ni, bila nak angkat. Org semua dah penat, biarlah penat sekali. Nanti mengemas dah tentu lain hal pulak.
Rupanya barulah aku tahu, yg mak mentua aku marah pasal lori tu charge RM50 satu trip (dr Tmn Sri Rampai ke Desa Rejang). Aku rasa charge tu ok la sebab termasuk dgn upah angkat barang. Bengang punya pasal, aku cakap pasal duit tak payah bising. Depa sume tak nak bayar, aku boleh bayar. (Nasib baik aku tak jadi Incredible Hulk time tu)!).....
Selesai hal lori, Andak pulak buat muka bengang. Bising sebab x der org tlg angkat barang dlm rumah. (Mamat lori tu dah tolong angkat sampai atas. Since belum siap cat, macam mana nak tolong susun kan?). Aku paksa diri utk senyum bila dia kutuk hubby aku. Padahal, dlm hati hanya Tuhan yg tahu. Andak memang suka hentam hubby aku! Kalau nak ikutkan, aku lagi bengang dgn Andak. Pandai nak mengarah ajer. Perut lapar, nak minum air, main tanye jer. Duit satu sen tak nak hulur. Aku jugak yg bukak purse suruh anak sedara aku pi cari makanan & minuman. Memang aku bengang. Penat badan, jangan kira lah. Mujur jugak Fakhri & Faris tak buat hal. Kalo tak mesti aku lagi penat.
Gitu gini, dlm pukul 5 ptg urusan mengecat & membentang tikar pun selesai. Lepas tu barulah bab susun menyusun pulak. Mata aku pun dah berpinar. Maklumlah dari pagi hanya makan roti canai sekeping. Mana tahan ooii!...
Lepas jer Maghrib, aku minta diri dulu. Dah tak tahan sangat. Mata dah nampak tilam & bantal je. Mak mentua aku ingat aku nak tidur situ. Bukan tak nak tidur situ, tp aku tgk Fakhri dah mula batuk. Dia memang sensitif sikit bab habuk2. Aku takut nanti asthma dia dtg pulak.
On the way balik, singgah McDonald Setapak, tapau utk bebudak tu sebab aku tahu, sampai jer rumah nanti aku nak rehat puas2.
Lepas jer Isya'.... jeng3x.... aku pun zzzzzzzzzzzzzzzzz!

Sunday
Bukan nak jadi menantu yg tunjuk baik, tapi atas dasar keperimanusiaan. Lagipun sebagai mewakili hubby yg tak dpt balik. So, hari ni pun aku tlg mak mentua aku. Lepas breakfast, aku pun berangkat ke rumah baru mak mertua aku... Sebab aku tahu mesti tak ada siapa yg nak tolong kemas. Dlm 9.30 aku sampai, aku tgk adik ipar bongsu aku tgh mengeluarkan brg2 dari dalm kotak. Bahagian dapur dia dah bereskan malam tadi. Kesian dia, buat keje sorang2. Mak mentua aku tak boleh buat keje kuat2 sebab dia kurang sihat. Lutut pun tak kuat sangat. (Campuran penyakit "M" pun ade..... hehehe).
Sampai ke tengah hari, sekor adik beradik hubby aku pun tak muncul. Sah kata hubby, deme sumenya malas belaka!. Dekat pukul 1, aku teman mak mentua aku cari brg2 dapur kat NSK. Aku gak yg kene masak. Nak beli nasi bungkus, mak mentua aku tak nak. Membazir kata dia!...
Sian anak2 aku, 2 hari ni tak tentu makan. Siap je masak, dlm 3 lebih, aku terus bagi dorang makan. Lepas makan, dorang mandi2, sementara aku bereskan saki baki yg tinggal. Dekat pukul 7 jugak aku balik rumah. Itu pun sebab hubby dah call byk kali, suruh balik.
Tido malam, baru terasa lenguh sana, lenguh sini... Rasanya nak p berendam air panas, baru segar kot!....