Friday, December 5, 2008

Aku dah biasa

Alhamdulilah, MOT for Block F dah siap. Signing akan bermula minggu depan. For Block G, tingal saki baki untuk beberapa tingkat terakhir. Aku rasa badan ni dah "lemau" sgt dah. Nak termuntah asyik mengadap MOT ni sejak beberapa minggu lepas. Badan pun dah demam, tapi terpaksa gak dtg opis.

Pagi ni, lepas amik soluble 2 biji, aku rest sekejap. Bukan rest curi tulang. Rest dari mengadap fail2 tu. Sambil rest, aku pun mengemas meja2 aku yg tunggang langgang semenjak beberapa minggu lalu.

Duduk sesorang ni, aku terkenang masa mula2 dpt projek BTS ni. Projek ni rezeki pertama H&S (tahun 1999).

Masih melekat kat dalam kepala ni, yg aku terpaksa stay back kat opis hingga ke tengah malam semata2 utk menyiapkan SPA ni. Mujur masa tu Ayu ada membantu aku. Terbayang saat2 manis, pahit & kelat masa buat kerja2 tu. Nasib baik jugak, hubby aku & hubby ayu ringan tulang membantu kami selepas mereka siapkan tugasan mereka kat opis. Kiranya mereka buat OT dngan we all la time tu... hehehe.. Lagipun, dgn adanya 2 lelaki macho yg tolong buat keje & tolong teman kat opis, tak de la we all takut sgt stay back sampai ke tgh malam. Al- maklumlah, opis kami masa tu kat Plaza 138 (kat belakang building kami, tanah perkuburan jln ampang)..... gerun u!......

Tapi sekarang, aku tak der sesaper yg membantu. Segalanya terpaksa siapkan sendiri. Suka ataupun tidak, aku perlu mengadap sorang2. Mungkin kalau SN (bos ayu) tak menyakiti hati ayu dulu, kami masih bersama hingga ke hari ini. Tapi, SN sendiri sudah tiada disini. Malah, HA (bos aku) pun dah angkat kaki dari sini. Yang tinggal hanya aku.. (kembali kesini & akan terus disini (insyaallah) demi janji pd seseorang). Makanya, aku lah yg perlu menyudahkan segalanya bersendirian.

Tapi tak per,.... aku dah biasa buat sumer sengsorang. Suka atau pun tidak, aku dah biasa.... dah biasa..... dah biasa.....

No comments: