Friday, December 12, 2008

Special Day....

12 Disember 1976 memang merupakan tarikh istimewa. Masa tu mesti ibu & ayah bersyukur sgt2 sebab dikurniakan anak perempuan yg comel (perasan la tu!). Semenjak dari itu, tarikh 12 Disember merupakan hari bahagia untuk aku. Ulangtahun kelahiran yg membuatkan usiaku makin bertambah dari tahun ke tahun. Dari seorang bayi, membesar menjadi kanak2 riang, kemudiannya menjejak kaki ke alam remaja seterusnya menjadi dewasa dan kini sudahpun bergelar isteri kepada seorang lelaki bertuah (ye ke?) serta ibu kepada 3 putera gagah berani yang aksi mereka mengalahkan Superman, Ultraman, Cicakman, Spiderman (serta bermacam2 "man" lagi).....

Dulu2 masa sekolah, setiap kali b'day tiba, aku ternanti2 nak cepat capai umur 21 tahun. Masa tu aku ingat aku akan bebas bila berusia 21 tahun. Hahaha.... tapi rupanya bila umur aku 21 tahun aku sudahpun menjadi ibu kepada Shahrul Zulfazly.Tak de makna lagilah kunci kebebasan yg aku tunggu2!... Padan muka, gatal sgt nak kahwin cepat....

Sedar tak sedar, dari angka satu meningkat belas, kemudian 20-an dan kini awal 30-an. Alamak, makin "senior" (lebih manis digunkan dr perkatan"tua")... huahuahua.....

Sesungguhnya aku bersyukur krn dlm usia 32 tahun (apa ada pada angka kan?), aku sudah memiliki kehidupan yg sempurna (cukuplah bagi aku @ alhamdulilah), meski tidak sekaya atau seglamer Dato' Siti. Memiliki ibu & ayah yg pengasih & sentiasa memberi sokongan di saat2 aku memerlukan, didampingi suami yg penyayang (walau sekarang dah jauh... hehehe) serta dikelilingi anak2 yg sedang membesar. Kasih sayang merekalah sumber kekuatan pada diri ini.

Aku tidak mengharapkan bulan jatuh ke atas riba ataupun hujan emas turun dari langit, tetapi aku benar2 mengharapkan agar memiliki kebahagiaan yg berpanjangan hingga ke akhir hayat. Aku juga tidak ingin menjadi seperti sesiapun, memadailah dgn menjadi diriku seperti hari ini. Apa yg pasti, aku ingin :-

# menjadi anak yg taat kpd ibu & ayah
# menjadi isteri yg solehah kpd suamiku
# menjadi ibu mithali kepada 3 puteraku
# menjadi adik yg baik kpd along & K ayu
# menjadi kakak yg sempurna kpd Oli & Ain
# menjadi makngah yg memahami kpd Boboy, Azriq, Ajoy, Tasya, Risya, Nabilla & Adilla
# menjadi sahabat & teman yg setia kpd sahabat2 & teman2 sekalian

YG PALING PENTING :- Aku ingin menjadi insan beriman yg senantiasa dekat denganNYA, mengasihi & menyintaiNYA tanpa rasa sangsi.

"SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN UNTUK DIRIKU SENDIRI"

P/S : For AC, Happy Birthday (11 Disember). Semlm aku dah htr kad kat facebook ko.... sedap tau lagu yg aku bagi tu.... "hutang" lunch kat Chili's tu tak bayor lagi.... Bila aku nak tuntut yek?.... heheheh... Semoga panjang umur & berbahagia selalu bro!.....

1 comment:

dina said...

ALLAH SELAMATKAN KAMU...
ALLAH SELAMATKAN KAMU...
ALLAH SELAMATKAN SETULUS MAYA...
ALLAH SELAMATKAN KAMU....

HAPPY BIRTHDAY MAYA...