Friday, September 26, 2008

Pulanglah

Salam. Beberapa hari lagi kita semua akan menyambut Lebaran. Aku tak tahu kenapa hati ni rasa semakin sayu. Byk kenangan waktu dulu dtg menjengah ingatan. Memang kita x boleh nak kembali pada masa lalu. Tapi sekurang2nya kita bisa mengenang indahnya kenangan itu. Kala ini, telingaku sedang mendengar syahdunya suara Aishah mendendangkan lagu Pulanglah. Sememangnya lagu ini adalah lagu raya yg menjadi kegemaranku. Lagu ini sesuai untuk A. Andai dia mendengar lagu ini, aku harap terbuka pintu hatinya untuk menemui aku pada tahun ini.

Pulanglah (Aishah)
(Sayang
Dihari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah... )
Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah
Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga

( korus )
Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia
Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela ( jiwa raga )

Thursday, September 25, 2008

Salam Lebaran

Salam lebaran untuk semua teman2 di Setulus Maya. Semoga lebaran kali ini membawa seribu rahmat untuk kita semua. Dikesempatan ini aku tujukan ucapan istimewa untuk teman2 yg hadir untuk menyinari hidupku.....

Istimewa utk sahabat2ku Syasya & Liza,.. kenangan beraye bersama terlalu banyak. Semuanye yg indah2. Aku memohon keampunan seikhlas hati andai selama persahabatan kita ada bicara & tingkah laku diri ini yg menyinggung hati & perasaan kalian.

Untuk AC, Lia & warga sentul88 serta SKS1 group,.. persahabatan itu tidak kenal rupa paras, pangkat & darjat. Persahabatan yg ikhlas pasti akan kekal hingga ke akhir hayat. Maaf sekiranya ada tutur bicara yg mengguris hati serta sumbang tingkah lakuku. Sesungguhnya kehadiran kalian semula di dalam hidupku, memberi seribu erti & makna yg begitu mendalam.

Teman kecilku Eliana Ismail... tahniah atas kelahiran baby baru. Semoga lebaran lebih bermakna dgn kehadiran ahli baru. Persahabatan kita tidak pernah layu. Terima kasih atas ingatan kukuh yg tidak pernah padam meskipun kita saling berjauhan.

Teristimewa untuk saudaraku Ebriza... kehadiran mu dlm hidup ini begitu bererti. Sesunggungnya kemanisan persahabatan yg terjalin akan terpahat disudut hati ini yg paling indah. Terima kasih atas kasih sayang & segala yg telah diberikan. Moga lebaran ini akan membawa sinar kebahagiaan utk dirimu serta keluarga.

Buat A.... berpisah bukan bermakna aku harus melupakan dirimu. Ingatan ini terus segar, sesegar kenangan manis yg kau tinggalkan untuk aku. Aku tetap mendoakan kesejahteraan dirimu walau dimana kau berada. Semoga kebahagiaan terus mengiringi kehidupanmu. Jangan simpan rasa benci & sakit hati kerana sesungguhnya kau yang telah terlebih dahulu mengguris hati wanitaku....Maafkan aku!

Untuk H... aku tahu kau juga sedang berbahagia seperti aku. Buang yg keruh ambil yg jernih. Persahabatan melebihi segalanya dari rasa cinta. Maafkan atas segala ketelanjuranku menyakiti hatimu.....

DAN untuk semua yg mengenali diri ini. "SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR & BATIN....

Monday, September 22, 2008

Cerita tentang dia.... A...

Salam. Diam x diam, Ramadhan sudah hampir sampai ke penghujung. Biasanya diakhir Ramadhan ni, aku sibuk menyiapkan segala persiapan utk anak2. Sampaikan persiapan untk diri sendiri tidak menjadi keutamaan. Alhamdulilah, segalanya sudah beres. Walaupun berjauhan dgn abg Z, segalanya sudah aku bereskan sendiri.

Tapi entah kenapa, Ramadhan tahun ni hati aku jadi rindu pada kenangan2 masa lalu. Rasanya kemeriahan beraya sewaktu zaman kanak2 lebih meriah. Aku teringat kenangan manis yg aku lalui bersama Liza & Ayu sepanjang Ramadhan. Kami sama2 akan mengunjungi madrasah utk bertarawikh. Kemudian, sempat lagi melihat along, bujang, abg man dan bebudak lelaki yg lain bermain mercun & bunga api selepas balik dri Madrasah. Bila along dah menjerit, halau aku balik, baru kami pulang ke rumah. Hujung minggu, aku akan membantu ibu menyiapkan kuih raya. 1 hari sampai 2 -3 jenis kuih yg dapat kami siapkan. Aku seronok membilang kuih yg pelbagai jenis hingga penuh meja. Dlm byk2 kuih,..... kuih TAT adalah keutamaan. Krn kuih TAT adalah kuih kegemaran A! Siapa A?..... inilah ceritaku...

Semenjak Form 2, sahabat aku bertambah lagi seorang. Biarlah aku gelar dia A (sbb aku dah x sanggup nak sebut nama dia)..... Kami sudah lama kenal sebenarnya, tetapi hubungan kami menjadi akrab apabila aku Form 2 dan dia Form 3. Penceraian kedua ibubapanya membuatkan kami semakin rapat. Walaupun A terpaksa mengikut ibunya berpindah ke Gombak, setiap hujung minggu dia akan dtang menemui aku. Kadang2 bila cuti sekolah, kami akan pergi camping beramai2. Saban tahun, Hari Raya Ke-4 adalah merupakan waktu untuk kami meluangkan masa bersama. Indahnya waktu2 yg dilalui pada waktu itu. Gurau senda tidak pernah lekang. Mungkin keceriaan dia telah menambat hatiku. Aku tidak pasti apakah dia lelaki pertama yang telah membuat aku jatuh cinta, tetapi apa yang pasti, saat itu aku benar2 menyenangi dirinya. Aku mengharapkan dia akan menjadi lelaki yg pertama & terakhir dalam hidup aku. Tapi sayang, luahan hatiku tidak bersambut. Dia menegaskan antara cinta & sayang ada bezanya. Dia sayangkan aku tetapi tidak menyintai akui!...
Kecewa dgn penolakan A, membuatkan aku semakin galak mengenali ramai lelaki. Hehehe.... glamer lah konon bila ramai boyfriend.
Masa terus berlalu,... keakraban aku dan A masih terjalin. Setiap Aidilfitri ke-4, kami masih beraya bersama. Namun, sewaktu dia berada di Tahun Dua pengajiannya, aku khabarkan berita pertunangan aku dgn abg Z. AKu pun tak tahu kenapa begitu cepat aku nak mengakhiri zaman remajaku. Kenapa mudah sgt aku pilih abg Z, sedangkan selain abg Z, aku juga ada H yg menyanyangi aku....
Memilih abang Z membuatkan H mengatakan apakah aku yg terlalu awal atau dia yg terlewat.. tetapi A pula mengatakan... kenapa aku selalu terburu2 & menjadi tidak sabar utk meraih cinta & kasih sayang seorang lelaki.... Aku tergamam. Sangkaku A telah menolak aku bertahun dahulu, rupanya dia hanya memendam rasa. Dia ingin meraih kejayaan dalm cita2 sebelum mengejar cinta. Ternyata aku memang selalu terburu2... Kalau benar aku mengharapkan A, kenapa aku tidak menunggu dirinya?.... Kini, aku benar2 menjadi penunggu. Semenjak 13 tahun lalu, A tidak pernah muncul lagi dihadapanku.. Saban tahun menanti, menunggu & mengharap, namun A tiada lagi dalam hidupku. Dia hilang dan semakin menjauh. Aku rindukan saat2 indah bersama A. Mungkin kalau waktu bisa aku putar, aku akan memilih untuk menunggu dia!!!

Buat A,.... aku menyusun 10 jari andai tingkahku benar2 telah mengguris hati kecilmu. Kenanglah kemanisan dlm persahabatan kita untuk membunuh segala rasa benci & sakit hati yg terbit dlm hatimu....

Aku Yang Masih Menanti
Teman,
Kita pernah menyusuri indahnya dunia remaja
Kebahagiaan berada dimana-mana
Senda gurau dan senyum tawa adalah teman setia
Kau dan aku melangkah seiringan
Meniti kedewasaan yang sering dinantikan

Teman,
Saat aku mula mengenal cinta
Kau berdalih menyembunyikan rasa
Sedangkan hati kita sama-sama bergelora
Ingin meniti puncak kasih itu bersama

Maafkan aku teman,
Melepaskan huluran tanganmu yang telah kau hulur dalam diam
Menutup pintu hatiku untukmu yang belum sempat terbuka luas
Meleraikan ikatan persahabatan kita tanpa sedar

Kini,
Aku masih menanti
Menunggumu kembali tetapi entah bila
Jejakmu terus menghilang tanpa kesan
Aku jadi penasaran
Lebaran bakal tiba sekali lagi
Namun aku sendiri tidak pasti
Apakah bisa tercipta kembali sebuah pertemuan
Pada ikatan persahabatan yang telah terputus
Sejak bertahun-tahun lalu….

Luahan Rasa,
Ara
Kuala Lumpur

Friday, September 12, 2008

Happay 13th Anniversary!!....

Salam. Hari ni Ramadhan yg ke-12 & merupakan 12hb September iaitu satu tarikh istimewa utk aku dan abang Z. Pejam jelik, x sedar dah 13 tahun kami hidup bersama. Wow!... Dalam tempoh 13 tahun pelbagai onak dan duri yg telah kami lalui dlm pekahwinan kami. Segala yg manis & pahit merupakan asam garam yg perlu dilalui bagi setiap pasangan yg berumahtangga. Kecewa & bahagia, senyum & tangis adalah perkara biasa. Semua itu adalah rencah kehidupan. Alhamdulilah, dugaan yg pernah hadir antara kami mampu dihadapi bersama. Walau antara kami pernah tercatat peristiwa duka, kemanisan tetap mampu kami hirup hingga ke detik ini. Mungkin benar, andai kasih sayang yg lahir dari jiwa kita adalah ikhlas, segala yg buruk sukar untuk mendekati. Biarpun suatu ketika kejujuran & kesetiaan antara kami pernah pudar seketika, masih kekal sebuah keikhlasan yg membuatkan jodoh kami juga kekal hingga ke hari ini. Kekhilafan itu telah menjadi sejarah & pengajaran yg bernilai dalam hidup kami. Apa yg nyata, kebahagiaan itu tetap kukuh dalam mahligai kami. Kini, tiada apa yg lebih penting dlm hidup kami selain membahagiakan 3 putera kami.... Shahrul Zulfazly, Muhd Shazrul Fakhri & Muhd Syafi Faris Semoga kebahagiaan & kasih sayang kami terus kekal hingga ke hujung nyawa.... Amin

Tuesday, September 9, 2008

SEMOGA BERJAYA ANAKKU!...

Salam. Hari ni hari pertama UPSR. Shahrul Zulfazly akan menduduki peperiksaan penting yg akan menentukan permulaan kejayaan dlm hidupnya. Sebelum ni, dia buat muka selamba bila aku membebel sebab dia tak study. Tapi malam tadi, aku nampak anak aku dah start nervous. Dia pegang buku kemudian dia tutup. Lepas dia pandang muka aku. Aku senyum ajer tengok telatah dia. Kemudian aku duduk sebelah dia. Dia buat muka poyo. "Abang x boleh baca lah, ibu. Hati abang rasa berdebar semacam. Selalunya abg x rase macam ni. Apa perasaan ibu masa nak exam dulu?" Heheee... aku ketawa. Lepas tu aku terus pergi dapur, ambil air suam segelas. Aku hulurkan pada Fazly dan suruh dia selawat nabi 3x. Kemudian, aku pun jawab. "Jangan menggelabah. Kalau x boleh baca buku, tak payah baca. Rehatkan minda. Yg penting, esok bila dah dapat paper, baca selawat & doa penerang hati sebelum jawab. Insya'allah Tuhan akan permudahkan abang utk jawab paper tu...." Dia sengih dan terus on tv, tgk cerita Pepaya. Aku tak mahu beri tekanan. Saat2 akhir beginilah dia perlukan ketenangan supaya jiwa dia tenteram. Aku yakin anakku akan berjaya krn setiap hari aku selalu mendoakan yg terbaik utk dia. Lagipula dgn pencapaiannya sebelum ini, aku tahu kejayaan pasti dlm genggaman anakku. Ini adalah langkah pertama Fazly. Semoga dia akan terus mengecapi kejayaan untuk mencapai cita2nya....

Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan : Bahagia & Rindu

Alhamdulillah, aku masih berpeluang utk menghidu harumnya Ramadhan. Yg paling menyeronokkan & membahagiakan, adalah aku masih berkesempatan menunaikan Solat Tarawikh, Bersahur & Berbuka bersama ibu. Kesihatan ibu semakin pulih. Syukur Alhamdulillah.

Namun dlm kegembiraan menyambut Ramadhan, hati ini tetap digamit rindu. Rindu pada mereka yg telah pergi. Pastinya kenangan manis bersama mereka tetap bersemadi dalam hati ini.

Al-Fatihah buat arwah Atuk & Opah (sebelah ibu : Pandak Sidi Hj Mat Taib & Hjh Zaleha Hj Kari) Atuk & Nenek (sebelah ayah : Ginin & Hendon Hj Mukari) Kedua makcikku (Hafsah Pandak Sidi & Zaitun Pandak Sidi - wanita ini yg aku panggil mak. Senda guraunya masih terngiang2 ditelingaku) Paksu [Mohd Lamin]. Tidak lupa pada bapa mertua yg hanya sekali aku temui [Mohamed Dahalan Bahaudin], dua abang angkatku (Mohd Fauzi Abu Bakar & Mohd Saidi Alwi) serta temanku [Efatmawati Agusti]. Semoga roh kalian dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan insan2 yg beramal Soleh...