Friday, September 12, 2008

Happay 13th Anniversary!!....

Salam. Hari ni Ramadhan yg ke-12 & merupakan 12hb September iaitu satu tarikh istimewa utk aku dan abang Z. Pejam jelik, x sedar dah 13 tahun kami hidup bersama. Wow!... Dalam tempoh 13 tahun pelbagai onak dan duri yg telah kami lalui dlm pekahwinan kami. Segala yg manis & pahit merupakan asam garam yg perlu dilalui bagi setiap pasangan yg berumahtangga. Kecewa & bahagia, senyum & tangis adalah perkara biasa. Semua itu adalah rencah kehidupan. Alhamdulilah, dugaan yg pernah hadir antara kami mampu dihadapi bersama. Walau antara kami pernah tercatat peristiwa duka, kemanisan tetap mampu kami hirup hingga ke detik ini. Mungkin benar, andai kasih sayang yg lahir dari jiwa kita adalah ikhlas, segala yg buruk sukar untuk mendekati. Biarpun suatu ketika kejujuran & kesetiaan antara kami pernah pudar seketika, masih kekal sebuah keikhlasan yg membuatkan jodoh kami juga kekal hingga ke hari ini. Kekhilafan itu telah menjadi sejarah & pengajaran yg bernilai dalam hidup kami. Apa yg nyata, kebahagiaan itu tetap kukuh dalam mahligai kami. Kini, tiada apa yg lebih penting dlm hidup kami selain membahagiakan 3 putera kami.... Shahrul Zulfazly, Muhd Shazrul Fakhri & Muhd Syafi Faris Semoga kebahagiaan & kasih sayang kami terus kekal hingga ke hujung nyawa.... Amin

No comments: