Monday, June 30, 2008

Cerita pagi Isnin

Hari ni hari Isnin. Memang malas nak memulakan hidup pada hari Isnin. Manakan tidak, Sabtu & Ahad rest sakan dgn bebudak. Lepas Subuh, boleh sambung tidur lagi. Tambah2 sekarang ni, bila Isnin je tugas tambahan aku bermula. Pagi hantar Faris ke sekolah kemudian terus ke office. Petang, balik kerja hantar Fazly ke sekolah dan ambil dia jam 10 malam. Sejak hubby jauh, kerja2 ni aku lakukan bersendirian. Bukan tidak letih, tetapi bila mengenangkan Fazly akan menduduki UPSR tahun ni, aku rela menahan kepenatan.

Pagi ni, Faris pulak, pagi2 dah buat hal. Lepas aku mencium pipinya seperti selalu, airmatanya tiba2 berlinang. Aduhai...

Aku : Kenapa nangis sayang?
Faris : Aish rindu ayah
Aku : Jangan nangis (sambil menyeka airmatanya)
Aish belajar dulu (aku kemudian menunjukkan lima jariku mewakili hari2
persekolahan)
Tgk jari ibu....
Faris : Aish tahu..... yg ini (sambil menunjuk jari kelingking mewakili hari Jumaat)
ayah balik....
Aku : Good boy... Dah, jangan nangis, nanti ayah balik
Faris : Ok

Sampai aje office, aku terus call hubby. Dia ketawa mendengar cerita aku. Mana tidaknya, baru 2 minggu berjauhan aku bercerita tentang hal yg sama berkali2. Hahahaha.....

Kata hubby, aku kena kuat semangat untk berdepan dengan kerenah anak2. Walau pada hakikatnya aku bersendirian menguruskan mereka saban hari, hubby tetap ada untuk memberi semangat kepada aku. Aku pun tidak mahu mematahkan semangat hubby yg sedang berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan kami serta memberi kesenangan pd anak2 dimasa akan datang.
Semoga Tuhan merestui apa yg sedang hubby lakukan untuk kebahagiaan kami sekeluarga.
Insya'allah.

Friday, June 27, 2008

Special Birthday....

27June tiba lagi.

Hari ini b'day Sya. Pagi2 aku sudah memberikan pada despacth aku present utk dihantar kpd Sya. Walaupun sudah lama aku tidak berkomunikasi dgn Sya, aku tetap ingat tarikh keramat ni. Kerana suatu ketika dulu (zaman persekolahan) aku selalu jadi yg pertama wish b'day utk dia.
Aku sayangkan Sya. Dia sahabat aku dunia akhirat. Kami pernah tertawa & menangis bersama. Malah banyak pengalaman pahit manis yg kami lalui bersama sepanjang menuju kedewasaan.
Kalaulah bisa aku putarkan waktu, aku memilih untuk kembali pada zaman keakraban kami. Waktu tu kami sama2 saling memerlukan. Dimana ada dia, pasti ada aku. Kami bagai isi & kuku.
Mungkin kami tidak pernah berjanji untuk sehidup semati, tetapi kami telah berikrar untuk bersahabat hingga ke akhir hayat kami.
Dunia remaja mematangkan kami menjadi insan yg lebih dewasa. Aku pernah bersandar dibahunya menangisi sebuah kepahitan hidup, begitu juga Sya. Bahu ini tidak pernah letih & telinga ini tidak pernah jemu mendengar tiap keluh kesahnya.
Disaat dia mengalami kegagalan dlm perkahwinan, aku titipkan semangat untuk dia terus tabah melalui kehidupan ini. Ku khabarkan pada Sya, memang lumrah dunia, setiap pertemuan pasti ada perpisahan...(walaupun dgn cara yg berbeza.)
Anak2 menjadi penguat semangat untuk Sya bangkit dr kegagalan. Tapi aku tak tahu kenapa dia harus menjauhkan diri dari aku. Semakin aku cuba mendekati, semakin jauh dia menyisih dari aku.
Aku benar2 kecewa. Aku tak tahu dimana silapnya hinggakan keakraban kami bisa merenggang sejauh ini.
Sya,... seandainya kau pernah berkecil hati atas sikapku hingga membuatkan kau terus merajuk, aku mohon ampun. Ketahuilah dalam hati aku, tidak pernah sesaat pun melupakan kau. Persahabatan kita tetap utuh dlm hati ini.
Semoga ulangtahun ini membawa seribu kebahagiaan dlm kehidupan kau.

Wednesday, June 25, 2008

Meraikan Pengantin

Kusut

"adoi... kusut betul la..."

Aku selalu tersenyum bila mendengar dialog ni keluar dari mulut along atau adik aku. Yg paling seronok, anak aku akan menunjukkan botol syampu kdp pak long & pak su dia. Kata anakku, kalau kusut, pakailah syampu Pantene, mesti tak kusut lagi.

Kedua2 mereka memandang anak aku dgn pandangan marah. Mungkin mereka sangka anak aku sengaja menambahkan kekusutan fikiran mereka. Padahal anak aku sekadar ingin menunjukkan jln penyelesaian selain membuktikan bhw iklan Pantene itu benar.

Aku tersenyum & kemudian tertawa. Aku katakan pada mereka bhw tidak sukar bagi kanak2 seperti anak aku mencari jln penyelesaian tatkala mendengar perkataan "kusut", makanya, kita sebagai org dewasa pun usahlah mudah mengeluh tanpa mencari jln penyelesaian bagi meleraikan kekusutan yg dialami.


Monday, June 23, 2008

Faris d' bomb!

Muhammad Syafi Faris @ 9 bulan
(Sekarang, kalau Aish tengok gambar ni, dia tak caye yg ni gambar dia masa baby...)

Muhammad Syafi Faris @ 5 tahun
(Haaa.... gambar ni dia percayalah gambar dia sebab siapa lagi yg debab kalau bukan dia...hehehe)






Selamat Pengantin Baru, Yan

Pagi ni, hati aku terpanggil untuk menghubungi Yan. Seorang teman yg baik hati yg aku kenali kira2 10 tahun dulu. Memang sudah agak lama kami tidak saling menghubungi. Last bertemu dia, kira2 3 tahun lepas. Lama tak bertemu tentu banyak cerita yg kami kongsi bersama. Time tu aku sibuk mengasak dia dgn persoalan.. bila nak kawin?

Pagi ni, bila Yan terima panggilan dari aku dia menjerit agak kuat bertanyakan kemana aku menghilang selama ni. Katanya, aku tidak dapat dihubungi walau berbagai usaha dia lakukan. Rupanya no tel aku yg berada dalam simpanan Yan adalah no phone aku yg lama. Dia kecewa krn tdk dapat mencari aku.

Sengaja aku usik Yan, kenapa gelabah cari aku. Sememangnya Yan agak terkilan krn tidak dpt menjemput aku menghadiri majlis perkahwinannya. Aku lebih kecewa kerana selama ini akulah yang selalu menyebut tentang perkahwinan pada Yan. Aku katakan pada Yan, tiada rezeki utk aku melihat dia bersanding serta menikmati nasi minyak kenduri Yan.

Apapun, aku tetap mengucapkan Tahniah atas perkahwinan Yan. Selamat menjalani hari2 yang indah sebagai seorang isteri. Semoga perkahwinannya kekal abadi hingga ke akhir hayat & dikurniakan zuriat yg soleh/solehah.

Selamat Pengantin Baru, Yan!!!!

Thursday, June 19, 2008

Birthday boy yg hensem...

Inilah Muhamamad Shazrul Fakhri B Mohammad Zaidi. Dia dilahirkan pada 19hb Jun 1999.
Kembang kuncup hidung dia kalau kita kata dia ni hensem...... Alahai, anak ibu!!!!!

Happy Birthday....

Happy Birthday 2 you... Happy birthday 2 you... Happy birthday to Fakhri... Happy Birthday to youuuuuuuuuuuuuu.........

Hari nie, b'day Fakhri yg ke-9. Pagi2 aku dah wish. Tapi biasalah, budak kecik ni dia memang x igt b'day dia kalau x dibagitahu. So, bila aku ckp hari nie b'day dia... dia pun tersengih2. Lepas tu siap tanye, x de kek ke? Bila nak tiup lilin?.....

Bila dia tanye soalan tu, aku senyum & promised dgn dia yg mlm nanti ada small party utk dia. Tapi Just for family only!!

Sebab apa aku kata dgn dia "Just for family only"..... sebabnya, aku tak nak dia mengulangi peristiwa 2 tahun dulu. (Menjemput teman2nya ke rumah utk celebrate b'day party dia)

Ceritanya begini,... sehari sebelm b'day dia yg ke-7, aku telah membungkus makanan ringan utk diberi kpd teman2 sekelas & teman sepermainan Fakhri. Memang selalunya kami akan membuat party utk meraikan b'day Fakhri, tetapi tahun itu kami tidak merancang meraikannya secara besar-besaran mcm selalu. Sayangnya anak aku dah tersalah tafsir. Sewaktu memberi bungkusan makanan ringan tersebut, dia juga telah menjemput teman2nya utk dtg ke rumah pada petang itu utk meraikan ulangtahunnya. Aku & hubby terkejut bila tengok ramai bebudak yg berkumpul depan rumah kami. Bila ditanye, dgn selamba mereka jawab nak sambut b'day fakhri!!!

Kami benar2 terkejut krn kami langusng x buat preparation. Kasihan budak2 tu. Untuk tidak menghampakan mereka, aku meminta hubby segera ke kedai membeli nuggets, makanan ringan & kek. Alhamdulillah, walaupun bebudak tu berpeluh tunggu nuggets masak, mereka kelihatan happy krn akhirnya perut mereka kenyang juga.

Apabila party tu selesai, hubby pun berkhutbah panjang lebar dgn Fakhri. Tapi hubby sendiri terdiam bila Fakhri kata..."mana adik tahu, selalu ayah panggil kawan2 dtg tgk adik potong kek. Dah ayah kata, hari jadi adik, adik panggillah kawan2 datang.........."

Haaaa.... itulah natijahnya bila anak2 diajar meraikan b'day party setiap tahun. Padan muka sendiri!!!!.....

Apapun, mlm nanti aku nak lihat anak aku happy meraikan ulangtahun dia yg ke-9. Semoga anakku menjadi anak yg soleh & menjalani kehidupan yang membahagiakan dirinya....



Monday, June 16, 2008

Aku yg frust...

Semalam (15.06.08), sepatutnya aku mendaftarkan diri di Uitm bg mengikuti program DPA secara PJJ. Actually, offer tu aku dah terima sejak 2 minggu lepas. Puas dah aku memujuk hubby agar membenarkan aku mengikuti program ni. Class pun hanya pada hari Ahad. Tapi hubby tetap dgn pendiriannya tidak mahu aku teruskan. Katanya dah terlambat. Apa yg penting dia x nak aku susahkan ibu yg dah penat menjaga anak aku (Isnin - Jumaat). Oleh yg demikian, dia mahu agar aku tumpukan perhatian pada anak2 setiap weekend. Tambahan pula hubby kini sedang menumpukan perhatian pada kolam ikan ternakan di Teluk Intan.

Frust!!!! Bukan sekali aku frust, tetapi masuk ini dah 2 kali. Pertama kali dulu, aku sendiri terpaksa menolak peluang utk menyambung pelajaran krn Fazly masih baby dan aku mahu memberikan sepenuh perhatian kpd dia. Sangkaku bila Fazly dah besar, peluang keemasan ini akan kembali sekali lagi. Tapi ternyata apa yg aku harapkan terjadi sebaliknya....

Aduh, frustnyer aku...........

Tuesday, June 10, 2008

Rindu

Kala malam hadir
Sepiku ditemani indahnya kerlipan bintang
Suram cahaya rembulan
Menembusi kamar hati
Yang kegersangan
Lembut desir angin yang menyapa
Belum mampu mengusir
Segugus rasa rindu
Yang telah sekian lama bertapak
Dimukim hati….