Monday, June 23, 2008

Selamat Pengantin Baru, Yan

Pagi ni, hati aku terpanggil untuk menghubungi Yan. Seorang teman yg baik hati yg aku kenali kira2 10 tahun dulu. Memang sudah agak lama kami tidak saling menghubungi. Last bertemu dia, kira2 3 tahun lepas. Lama tak bertemu tentu banyak cerita yg kami kongsi bersama. Time tu aku sibuk mengasak dia dgn persoalan.. bila nak kawin?

Pagi ni, bila Yan terima panggilan dari aku dia menjerit agak kuat bertanyakan kemana aku menghilang selama ni. Katanya, aku tidak dapat dihubungi walau berbagai usaha dia lakukan. Rupanya no tel aku yg berada dalam simpanan Yan adalah no phone aku yg lama. Dia kecewa krn tdk dapat mencari aku.

Sengaja aku usik Yan, kenapa gelabah cari aku. Sememangnya Yan agak terkilan krn tidak dpt menjemput aku menghadiri majlis perkahwinannya. Aku lebih kecewa kerana selama ini akulah yang selalu menyebut tentang perkahwinan pada Yan. Aku katakan pada Yan, tiada rezeki utk aku melihat dia bersanding serta menikmati nasi minyak kenduri Yan.

Apapun, aku tetap mengucapkan Tahniah atas perkahwinan Yan. Selamat menjalani hari2 yang indah sebagai seorang isteri. Semoga perkahwinannya kekal abadi hingga ke akhir hayat & dikurniakan zuriat yg soleh/solehah.

Selamat Pengantin Baru, Yan!!!!

No comments: