Monday, June 30, 2008

Cerita pagi Isnin

Hari ni hari Isnin. Memang malas nak memulakan hidup pada hari Isnin. Manakan tidak, Sabtu & Ahad rest sakan dgn bebudak. Lepas Subuh, boleh sambung tidur lagi. Tambah2 sekarang ni, bila Isnin je tugas tambahan aku bermula. Pagi hantar Faris ke sekolah kemudian terus ke office. Petang, balik kerja hantar Fazly ke sekolah dan ambil dia jam 10 malam. Sejak hubby jauh, kerja2 ni aku lakukan bersendirian. Bukan tidak letih, tetapi bila mengenangkan Fazly akan menduduki UPSR tahun ni, aku rela menahan kepenatan.

Pagi ni, Faris pulak, pagi2 dah buat hal. Lepas aku mencium pipinya seperti selalu, airmatanya tiba2 berlinang. Aduhai...

Aku : Kenapa nangis sayang?
Faris : Aish rindu ayah
Aku : Jangan nangis (sambil menyeka airmatanya)
Aish belajar dulu (aku kemudian menunjukkan lima jariku mewakili hari2
persekolahan)
Tgk jari ibu....
Faris : Aish tahu..... yg ini (sambil menunjuk jari kelingking mewakili hari Jumaat)
ayah balik....
Aku : Good boy... Dah, jangan nangis, nanti ayah balik
Faris : Ok

Sampai aje office, aku terus call hubby. Dia ketawa mendengar cerita aku. Mana tidaknya, baru 2 minggu berjauhan aku bercerita tentang hal yg sama berkali2. Hahahaha.....

Kata hubby, aku kena kuat semangat untk berdepan dengan kerenah anak2. Walau pada hakikatnya aku bersendirian menguruskan mereka saban hari, hubby tetap ada untuk memberi semangat kepada aku. Aku pun tidak mahu mematahkan semangat hubby yg sedang berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan kami serta memberi kesenangan pd anak2 dimasa akan datang.
Semoga Tuhan merestui apa yg sedang hubby lakukan untuk kebahagiaan kami sekeluarga.
Insya'allah.

No comments: