Wednesday, July 2, 2008

Indahnya waktu dulu..

Dec. last year, classmate sekolah rendah aku buat gathering. Kami berkumpul & bertemu dgn rakan2 lama yg masing2 memang dah bertahun x jumpa. Bayangkanlah, masing2 dah jadi emak dgn bapak orang. Yg mana waktu sekolah dulu, kurus kering dah makin tembun. Yg comel lote pun dah berubah muka... Aduh, cepatnya masa berlalu. Terasa macam baru semalam kami melalui alam persekolahan yg begitu indah.

Bila lama x jumpa, tentu ada macam2 cerita menarik nak dikongsi bersama. Majlis yg sepatutnya selesai jam 6 petang berlanjutan hingga 9 malam. Kami siap buat pertandingan bowling lagi!!!!!... (masing2 nak tunjuk terror, tp aku dgn Seri jd Ratu Longkang)

Memang seronok bertemu semula selepas berpisah. Dgn zaman yg serba canggih ni, kami dpt mengekalkan silatulrahim yg hampir2 terputus. Alhamdulilah, sehingga ke hari ini kami dapat menjejak lebih ramai teman2 lagi. Andai ada gathering lagi, pasti kami akan berkumpul lebih ramai & pastinya suasana akan lebih meriah & havoc!!!! Hidup sentul88!!!!.....



Ni gambar masa darjah 4 mawar. Rata2 pelajar tu dah vogue dah sekarang ni!



Rata2 dlm gambar ni dah jadi mak orang dah. Kalau yg available pun, ada 2 -3 orang jer.... Tak sangka kan?

No comments: