Thursday, July 31, 2008

Macam2 cerita....

Semalam, aku bawa Fakhri utk bertemu pakar psikologi utk kali ke-3. Ujian IQ yg sepatutnya dijalankan tidak dpt diteruskan kerana ketiadaan pegawai bertugas. Postponed lagi. Next appointment pd 20hb Ogos.
Alhamdulilah, byk perubahan Fakhri dpt dilihat semenjak dia mendapat rawatan pakar psiko. Cuma pasang & surut "temper dia yg sukar dikawal. Sekejap dia ok, tetiba dia boleh naik angin. Yg jadi mangsa dia siapa lagi kalau bukan Faris. Kasihan adik dia yg debab tu.....
Menurut kata doc., insya allah Fakhri boleh diubati. Kebyakan kanak2 hyper, keadaannya akan bertambah pulih mengikut kaedah rawatan yg diikuti & peredaran masa. Apa yg penting sokongan moral dr ahli keluarga amatlah diperlukan. Aku yakin kami sekeluarga tetap memberi sokongan agar Fakhri bisa sembuh & menjalani kehidupannya dgn sempurna.

Tamat sessi rawatan, aku mengikut kehendak Fakhri yg mahu menaiki Monorel. Seronok benar dia. Dlm monorel, kami bertemu beberapa org pelajar sekolah menengah yg baru pulang. Dr cara penampilan 4 org pelajar itu, aku pasti mereka pelajar yg cemerlang. Cara mereka bertutur, cara mereka berpakaian & cara mereka berinteraksi sesama sendiri benar2 menarik perhatianku. Rupa2nya Fakhri juga asyik memerhati gelagat pelajar2 tersebut. Turun dr stesen monorel, Fakhri bertanya kenapa aku asyik memandang pelajar2 tadi. Aku bilang pd Fakhri, aku bayangkan anak2ku menjadi seperti pelajar tadi. Berbudi bahasa & bersopan santun. Pastinya ibu bapa mereka bangga melihat keterampilan anak2 mereka sedemikian.

Sampai di rumah, aku tgk abg Z pun dah sampai. Dia tgh melayan Faris siapkan homework. Senang sikitlah kerja aku, bantuan dari "PBB" dah sampai. Dgn kepulangan abg Z, mesti hero2 aku tu baik sikit. X payah aku nak jadi "tarzan rimba" minta dia org dgr cakap aku....

Nak di jadikan cerita, tgh aku syok layan cerita Ezora, aku nampak Fakhri masuk ke dalam rumah sambil tangannya menutup sebelah mukanya. Bila aku nampak muka dia yg semacam, aku pun jadi cuak.... Mata dia merah & bengkak. Nampak gaya macam baru lepas kena pukul. Aku pun naik angin la,... tanya dia diam. Lepas tu aku nampak air mata dia mengalir. Aku panggil abg Z. Bila abg Z tanya, baru Fakhri jawab. Katanya, dia kena pukul.

Rupa2nya, balik dr hospital tadi, dia ke CC utk main game. Pecah jugak tembelang dia!... Sudahnya, abg Z bawa Fakhri ke CC tu & tunjukkan budak yg belasah anak aku sampai lebam bijik mata dia. Rezeki menyebelahi abg Z. Dia slow talk dgn budak nakal yg dah belasah anak aku tu. Kalau ikutkan hati, aku memang nak buat laporan polis. Tapi memandangkan budak yg belasah anak aku tu buat muka kesian, aku x sampai hati. Aku nasihatkan anak itu supaya jgn jadikan tabiat suka memukul anak org. Aku tidak mahu kesilapan mereka akan menyebabkan anak aku atau anak org lain kehilangan pancaindera penting!!!.

Kami bawa Fakhri utk mendapatkan rawatan sebab mata dia berair & merah menyala. Alhamdulilah, kecederaannya tidak kena pada mata hitam. Menurut Doktor, kalau dlm masa 3 hari, merah tak surut & pandangan kelabu, kami perlu membawa Fakhri kepada pakar mata utk menjalani ujian seterusnya. Mudah2an kecederaan mata Fakhri tidak akan memudaratkan dia....




No comments: