Thursday, July 24, 2008

LUAHAN HATI....

Lebih 20 tahun berhijrah dr kampung, abg Z nampak gayanya mahu kembali menetap di sana, Aku nampak keselesaan yg sedang abg Z kecapi. Walaupun kini kami berjauhan, aku lihat kehidupan dia lebih ceria berbanding dulu. Mungkin kini abg Z tak perlu stress memikirkan soal bebanan office & kerenah bos. Dia lebih senang bekerja sendiri. Tugasnya sekarang hanya memantau ikan2 dia yg sedang membesar. X payah lagi nak berdepan dgn pengurusan office yg suatu ketika dulu selalu memeningkan kepala dia.

Bagi aku pula, rasanya belum tiba masa utk abg Z buat kerja2 kampung. Bukan aku tidak yakin, tetapi aku bimbang kudrat abg Z tidak mencukupi. Namun abg Z meyakinkan aku bhw dia selesa dgn keadaannya sekarang. Katanya suasana kg yg damai & harmonis memberi kekuatan pada dia utk mengubah gaya hidupnya. Katanya lagi, apa yg sedang dilakukan saat ini adalah demi masa depan kami sekeluarga.

Memang aku yakin dgn kemampuan abg Z. Perancangan yg diaturnya adalah utk jangkamasa panjang. Sekurang2nya apa yg ingin dilakukan abg Z adalah demi kesenangan masa depan anak2 kami. Tetapi aku tidak yakin dgn diriku sendiri. Mampukah aku berhijrah dari Kuala Lumpur utk terus menetap di kg? Bukan tidak sudi menjadi warga kampung, tetapi aku tidak pasti apakah diri ini mampu menyesuaikan diri dgn keadaan disana sedangkan sejak kecil hingga kini tempatku hanya di Kuala Lumpur..................


Semalam, aku meluahkan rasa hatiku pada ibu. Seperti biasa, ibuku sekadar tersenyum. Kata ibu, kampung abg Z ok. Dekat dgn pekan & keadaan sudah serba moden. Api & air tetap sama mcm di KL juga. Tak perlu menimba air ditelaga atau memakai pelita.... Kata ibu lagi, abg Z merancang utk membeli rumah berdekatan dgn pekan Teluk Intan bukannya suruh aku duduk dirumah pusaka emaknya.... hehehe....

Entahlah, walau semuanya masih dlm perancangan, aku mengharapkan segala yg terbaik dlm keluarga kami. Mungkin apabila berhijrah nanti, sekurang2nya aku tidak perlu bimbangkan soal pergaulan anak2ku yg menjadi masalah besar dlm kehidupanku kini.



No comments: