Tuesday, July 8, 2008

Darjat

Gerimis yang berbaki
Mengundang ingatan semalam
Menggamit sebuah memori
Kisah cinta punya halangan

Bersamamu
Aku kenal erti kasih
Aku tahu erti rindu
Dan aku fasih erti bahagia

Disisimu
Aku sentiasa tersenyum riang
Aku sering mengusung rindu
Dan aku bisa menggenggam setia

Namun
Enggang dan pipit tidak mungkin bersama
Darjat berbeza mengundang derita
Sakitnya kita menanggung sengsara

Salah siapakah pertemuan itu ?
Silap siapakah perpisahan itu ?
Aku dan engkau tak mungkin tahu
Kerana itu semua Qada dan Qadar ketentuan Ilahi!

No comments: