Wednesday, July 9, 2008

Al-fatihah....

9hb Julai 1993 merupakan hari terakhir aku berbual & bergurau senda dgn abg F. Sungguh x sangka, trajedi pahit itu sudah 15 tahun berlalu. Namun kepedihan & kesedihannya masih terasa hingga ke hari ini. Sebagai seorang adik, kehilangan abg F begitu dirasai. Hubungan kami terlalu istimewa. Dia aku ibaratkan bagai seorang abang walau kami tidak terikat dgn sebarang ikatan persaudaraan melainkan sesama islam. Bahagianya menjadi adik abg F, adalah kerana dia seorang yg suka memberi nasihat berguna, memberi perangsang utk aku berjaya dlm hidup. Mungkin krn abg F telah menjadi yatim piatu semenjak kecil membuatkan dia begitu mudah mencurahkan kasih sayang kpd aku. Malah keluarga aku turut menyenangi dia.

Cerita malam itu.....
Kedatangan abg F bukan sesuatu yg dirancang. Selepas Isya’, ibu memanggil aku turun ke bawah. Aku nampak motor abg F, tetapi tidak ternampak kelibat dia. Hampir 5 minit kemudian, abg F mengejutkan aku dari belakang. Tidak seperti selalu, malam ini abg F mengajak aku berbual di luar rumah. Aku hairan, tapi aku dapat merasakan yg abg F sedang menghadapi masalah. Pastinya berkaitan dgn girlfriend abg F iaitu Sya, sahabat baikku.
Memang sah! Sya buat perangai lagi. abg F menceritakan satu persatu tentang sikap Sya yg semakin menyakiti hati lelakinya. Keikhlasan abg F terhadap Sya begitu ketara pd malam itu. Kata abg F, dia begitu sygkan Sya dan sanggup menunggu hingga Sya tamat belajar. Aku begitu terharu mendengar luahan perasaan abg F.
Entah kenapa, mlm itu aku rasa begitu sayu. Setiap kali memandang wajah abg F, hati aku benar-benar tersentuh. Aku berjanji pada abg F akan menasihati Sya. Tapi abg F menolak. Dia tidak mahu hubungan baik antara aku dan Sya terjejas hanya kerana aku memihak pada abg F.
Kami berpisah agak lewat malam itu. Hampir 12 malam, baru abg F berlalu. Sebelum berlalu, dia memandang wajahku agak lama. Aku jadi hairan. Pandangannya seolah membayangkan antara kami tiada pertemuan lagi. Lantas aku mengusik abg F.... kenapa pandang adik macam abg sedih?... Abg bayangkan adik ni Sya?.... aku tertawa untuk menutup kehairanan sendiri. Kemudian, abg F menghulurkan tangan padaku. Aku semakin hairan. Sebelum ini aku hanya akan bersalaman dgn dia bila hari lebaran sahaja!...
Bagi menyedapkan hati abg F, aku sambut huluran tangannya. Bila aku mengucup tangannya, dia memegang kepalaku. Jaga diri baik2. Jaga Sya untuk abg. Study hard for your SPM. Abg yakin adik boleh buat. Andaikata adik tak boleh nasihatkan Sya, biar dia hidup dgn cara dia.Jgn paksa dia utk ikut cara adik.. Hati aku berdebar mendengar setiap patah kata2 yg abg F ucapkan. Aku bertanya pada abg F.. abg ni kenapa sebenarnya? Abg nak pergi mana lepas ni? Senyuman abg F bagai dipaksa2 waktu menjawab soalan aku. Kalau abg cakap, adik jgn marah. Malam ni abg ada race.... for the last time. Abg janji, lepas ni abg x kan race lagi....Assalamualaikum...
Siapa sangka, lambaian malam itu adalah lambaiannya yg terakhir. Segala luahan rasanya padaku malam itu, adalah luahan hati yg terakhir yg aku dgr dari mulutnya. Malah segala apa yg berlaku mlm itu adalah segalanya yg terakhir yg aku kongsi bersama dia.

Pada Subuh yg hening 10hb Julai, sahabatku Liza telah memaklumkan tentang berita kemalangan ngeri yg menimpa abg F. Race itu telah meragut nyawanya. Patutlah dia bilang padaku bhw itu adalah race yg terakhir. Dia seakan tahu dia akan pergi,... meninggalkan kami semua.

Hanya airmata yg mampu mengalir. Aku kehilangan kata2. Perasaan menjadi tidak terkawal bila aku nampak wajah Sya. Entah siapa yg mengkhabarkan padanya aku tidak tahu. Saat Sya memeluk aku, bagai terngiang2 keluhan abg F. Aku makin tertekan. Tubuh Sya aku jauhi. Satu persatu luahan abg F aku katakan pada Sya. Tangisan Sya yg pada awalnya bisa dikawal menjadi semakin kuat. Aku memang mahu membuat Sya menangis supaya dia menyesali apa yg telah dia lakukan pada abg F. Aku mahu Sya merasa betapa sakitnya hati apabila diri ini dilukai!...

Walau aku tahu ajal & maut adalah ketentuan Tuhan, aku tetap menyalahkan Sya. Andaikata dia tidak menyakiti hati abg F, pasti abg F tidak akan berlumba lagi. Krn aku tahu abg F memang sudah lama tidak berlumba... Entahlah..... Tubuh kaku abg F aku tatap lama. Sukarnya menerima sebuah kenyataan bahawa lelaki yg aku panggil abang ini sudah tidak bernyawa lagi sedangkan malam tadi kami bisa berbicara bersama.

Abg F, damailah bersemadi disana. Walau hatimu terselit rasa kecewa, aku pasti ada secebis bahagia yg pernah kau nikmati. Adikmu ini tidak pernah melupakan dirimu. Bertahun masa berlalu makin mengukuhkan ingatanku padamu. Namun hati ini tetap terdera setiap kali melalui Jalan Kuching. Manakan tidak, disitulah tempat dimana trajedi itu berlaku & kemudiannya berhampiran itu jugalah jasadmu disemadikan....

Damailah bang. Tenanglah kamu bersemadi disana, disisi penciptamu yg menyayangi setiap hambaNya. Hanya doa yg bisa aku titipkan agar kau ditempatkan dikalangan insan yang beriman & beramal soleh.

Al-Fatihah.......

No comments: