Friday, July 25, 2008

Rahsia hatinya

Akhir2 ni, aku dapat rasakan persahabatan aku dgn AC semakin akrab. Kami sering berkongsi gelora rasa bersama. Dia ibarat seorang abg yg begitu memahami. Memberi nasihat yg berguna. Sebenarnya persahabatan kami sudah terjalin sejak di zaman sekolah rendah. Peredaran masa yg berlalu, mendewasakan kami. Mungkin persahabatan yg terjalin kedua kali ini membuat kami lebih akrab berbanding dulu. Pertemuan semula selepas hampir 20 tahun tidak bertemu, membolehkan kami berkongsi segala cerita bersama.

Kami sama2 sudah mempunyai keluarga sendiri. Pastinya kami juga mempunyai masalah sampingan yang tersendiri. Bersama AC, buat aku senang berbicara & meluahkan perasaan. Mungkin kerana dia seorang pendengar yg setia & sahabat yg baik. Atau mungkin juga aku sendiri sudah lama kehilangan seorang sahabat sejantina yg sebaik dia!

Kata ibu, perempuan & lelaki tidak manis menjadi sahabat. Bimbang disalah erti. Tetapi bagiku, andai persabatan itu berlandas dgn kejujuran & keikhalasan, pasti tidak akan mengelirukan mata pelbagai pihak. Aku dan AC ikhlas bersahabat. Kami menjalinkan persahabatan ini penuh kejujuran & keikhlasan tanpa niat menyakiti hati sesiapa.

Baru2 ni AC meluahkan rahsia hatinya. Aku bersimpati dengannya. Masalahnya tidak lari dari soal hati. Paling parah, wanita yg dia cintai itu milik orang lain. Amat sukar untuk dirinya menghadapi masalah ini bersendirian. Aku tahu, sejauh mana AC sayangkan wanita itu, dia pasti perlu memikirkan soal perasaan isterinya sendiri. Bagi wanita itu pula, sejauh mana dia menyintai AC, pastinya dia juga perlu memikirkan perasaan insan yg terlebih dahulu hadir dlm hidupnya. Mereka sama2 tertekan. Aku pasti mereka sama2 tidak sanggup melukakan hati insan2 yg mereka sayang. Sukarnya memilih kebahagiaan andai mereka terpaksa mengecewakan hati insan lain.

Aku sebagai sahabat hanya mampu memberi pendapat, selebihnya AC yg bisa menentukan. Pilihan terbaik ada ditangannya sendiri. Cuma aku sering berpesan, sedalam manapun cintanya itu tumbuh pada wanita baru ini, kekalkanlah rasa cintanya yang dahulu pada isteri & anak2nya. Mereka berhak menduduki hati AC hingga bila2 walaupun sekeping hati AC sudah berbahagi kini.

Sebagai seorang wanita, sedikit sebanyak aku dapat merasakan peritnya perasaan isteri AC tatkala dia mengetahui segalanya suatu hari nanti. Namun aku pasti, disebalik ketentuan ini, pasti Tuhan akan memberi rahmat untuk AC, isterinya & wanita itu menikmati kebahagiaan yg mereka impikan.

Dan aku akan terus berdoa untuk kebahagiaan sahabat yg aku sayangi!....


No comments: