Friday, July 18, 2008

Seronoknya rasa hati sebab hari ni dah hari Jumaat. Bukan sebab esok hari Sabtu, tetapi sebabnya aku dapat menunaikan janjiku pada Fakhri. Anakku yg seorang ni memang berpegang pada janji. Kalau dia berjanji, dia akan tunaikan. Dan, kalau kita berjanji dengan dia, makanya kitapun kenalah tunaikan juga. Jika kita x tunaikan, memang sengaja cari pasal la. Silap2 boleh DARURAT. Kalau dia mengamuk, kalah Perang Sabir!!!...

Sebagai menunaikan janjiku pada Fakhri, petang ini kami akan bertolak ke Teluk Intan. Bukan sahaja untuk menunaikan janji pd Fakhri, tetapi juga untuk bertemu abg Z yg memang x nak pulang ke KL minggu ni. Maklumkan, dia tgh sibuk dgn anak2 ikan dia yg semakin membesar.

So, dgn kepulangan kami ke kg hari ni, aku harap Fakhri tidak akan buat hal lagi setiap pagi nak ke sekolah. Aku tak sanggup nak berleter pagi2, menahan hati melihat tingkahnya yg enggan ke sekolah, menagih janji membawa dia pulang ke kg utk melihat anak2 ikan ayahnya yg semakin membesar!

Adik,.. ibu dah tunaikan janji. So, ibu harap adik pun tunaikan janji. Tolong jgn buat hal setiap pagi nak ke sekolah. Ibu dah letih membebel.......

No comments: