Friday, July 25, 2008

Sayunya hati...

Tahun ni, tahun ke-5 aku bekerja aku dgn AP. Mula2 mengenali beliau, aku sangkakan dia seorang yg suka menggatal dgn staff. Aku cuak sesangat. Apatah lagi melihat gayanya yg ranggi berbanding dgn usianya yg awal 40-an. Waktu tu, berkali2 aku bertanya pada HA (yg kini dah jadi x-boss) betulke AP akan jadi new partner dia. Bila HA dah kata “ya” tak kan aku nak kata “tidak”. Bermula episode baru dlm hidupku. Jika sebelum tu, aku hanya concentrate pada HA seorang, bertambah seorang lagi boss aku. Rupa2nya AP ni seorang yg “sempoi”. Sikapnya jauh berbeza dgn HA. Bersama HA, aku bekerja dlm situasi yg serius. Mungkin ada juga bergurau senda, tetapi masih dlm suasana serius. Bayangkan macam mana tu... bergurau tapi serius...

Entah macam mana, sampai ke satu tahap, aku mula bengang dgn HA (waktu tu aku dah bersama HA lebih kurang 4 tahun). Dlm tempoh aku bengang dgn HA, aku semakin akrab dgn AP. Ternyata AP seorang yg memahami perasaan staff seperti aku. Dia tidak terlalu mendesak sprt HA. Memandangkan aku terpaksa menjadi secretary kpd 2 boss yg belainan kepala, aku jadi semakin stress. Kala itu, dtg lagi seorang partner perempuan yg perangainya... aduh, hanya Tuhan yg tahu!!!! (Biasalah boss perempuan!!!).

Stress aku dah sampai ke satu yg sukar dikawal. Hinggalah seorang teman menawarkan aku satu peluang pekerjaan yg baru. Aku tidak berpaling lagi. Memang aku akui yg aku sayang utk meninggalkan HA, apatah lagi aku yg banyak membantu dia membangunkan firmanya yg baru beroperasi kala itu. Namun krn aku tidak dpt mengawal perasaan bengang yg dah berjela2, aku berhijrah jua. Aku mendapat bayaran lebih lumayan di firma baru & pelbagai benefit yg tidak aku dpt kala bersama HA.

Dlm tempoh 3 bulan di tempat baru, aku masih berhubungan dgn AP. Sesekali dia akan menelefon memaklumkan tentang sikap baran HA yg semakin menjadi2 hinggakan beberapa org staff turut “angkat kaki”. Hinggalah suatu hari, AP memaklumkan bhw HA akan meninggalkan firma tersebut. Kata AP, selain HA, hanya aku yg tahu tentang fail2 yg ditinggalkan. AP meminta aku agar kembali bekerja dgnnya. Siang malam aku berfikir, patutkah aku kembali ke firma lama sedangkan pendapatan aku di firma baru jauh lebih menguntungkan.

Atas keperikemanusiaan, aku kembali demi membantu AP. Diam tak diam, setelah dicampur tolak dgn tempoh aku berhenti seketika dulu, kini dah 5 tahun aku menjadi secretary AP. Mungkin seperti aku yg tidak selesa bekerja dgn ramai boss, AP juga lebih senang menerajui firmanya bersendirian. Hubungan kami begitu akrab. Dia ibarat seorang bapa, begitu berhati2 menjaga hati & mendidik staffnya. Walau sesekali aku mengakui kesilapan yag telah aku lakukan, dia tidak mudah naik darah. Katanya, setiap manusia melakukan kesilapan. Tiada silap, kita tidak akan belajar untuk bertemu sebuah kebenaran.

Tapi, petang semalam, hatiku jadi sayu. Manakan tidak. Selama ini aku hanya melihat sikapnya yg “gila2”. Tetapi petang semalam, suasana jadi lain buat seketika. Sayu. Dia meninggalkan amanat yg perlu aku pegang selama dia di Tanah Suci. Katanya andai dia tidak kembali, penuhilah wasiatnya dengan jujur & amanah. Aku terasa hiba sesangat. Walau pun bos akan mengerjakan UMRAH selama 2 minggu, pasti aku terasa ketiadaan dia. Sukar mencari ganti bos sesempurna AP.

Aku mendoakan agar bos dapat menyempurnakan ibadahnya tanpa sebarang halangan. Semoga bos selamat pergi & selamat kembali!

No comments: