Monday, June 16, 2008

Aku yg frust...

Semalam (15.06.08), sepatutnya aku mendaftarkan diri di Uitm bg mengikuti program DPA secara PJJ. Actually, offer tu aku dah terima sejak 2 minggu lepas. Puas dah aku memujuk hubby agar membenarkan aku mengikuti program ni. Class pun hanya pada hari Ahad. Tapi hubby tetap dgn pendiriannya tidak mahu aku teruskan. Katanya dah terlambat. Apa yg penting dia x nak aku susahkan ibu yg dah penat menjaga anak aku (Isnin - Jumaat). Oleh yg demikian, dia mahu agar aku tumpukan perhatian pada anak2 setiap weekend. Tambahan pula hubby kini sedang menumpukan perhatian pada kolam ikan ternakan di Teluk Intan.

Frust!!!! Bukan sekali aku frust, tetapi masuk ini dah 2 kali. Pertama kali dulu, aku sendiri terpaksa menolak peluang utk menyambung pelajaran krn Fazly masih baby dan aku mahu memberikan sepenuh perhatian kpd dia. Sangkaku bila Fazly dah besar, peluang keemasan ini akan kembali sekali lagi. Tapi ternyata apa yg aku harapkan terjadi sebaliknya....

Aduh, frustnyer aku...........

No comments: