Tuesday, September 9, 2008

SEMOGA BERJAYA ANAKKU!...

Salam. Hari ni hari pertama UPSR. Shahrul Zulfazly akan menduduki peperiksaan penting yg akan menentukan permulaan kejayaan dlm hidupnya. Sebelum ni, dia buat muka selamba bila aku membebel sebab dia tak study. Tapi malam tadi, aku nampak anak aku dah start nervous. Dia pegang buku kemudian dia tutup. Lepas dia pandang muka aku. Aku senyum ajer tengok telatah dia. Kemudian aku duduk sebelah dia. Dia buat muka poyo. "Abang x boleh baca lah, ibu. Hati abang rasa berdebar semacam. Selalunya abg x rase macam ni. Apa perasaan ibu masa nak exam dulu?" Heheee... aku ketawa. Lepas tu aku terus pergi dapur, ambil air suam segelas. Aku hulurkan pada Fazly dan suruh dia selawat nabi 3x. Kemudian, aku pun jawab. "Jangan menggelabah. Kalau x boleh baca buku, tak payah baca. Rehatkan minda. Yg penting, esok bila dah dapat paper, baca selawat & doa penerang hati sebelum jawab. Insya'allah Tuhan akan permudahkan abang utk jawab paper tu...." Dia sengih dan terus on tv, tgk cerita Pepaya. Aku tak mahu beri tekanan. Saat2 akhir beginilah dia perlukan ketenangan supaya jiwa dia tenteram. Aku yakin anakku akan berjaya krn setiap hari aku selalu mendoakan yg terbaik utk dia. Lagipula dgn pencapaiannya sebelum ini, aku tahu kejayaan pasti dlm genggaman anakku. Ini adalah langkah pertama Fazly. Semoga dia akan terus mengecapi kejayaan untuk mencapai cita2nya....

No comments: