Tuesday, December 9, 2008

MOHON MAAF

Salam.
N3 ini aku tujukan khas kepada atehFaisal yg mungkin telah tersinggung dgn N3 Bulan Tersenyum Part 2. Kepada atehFaisal mahupun teman2nya, aku tidak pernah berniat untuk “mencuri” ataupun “meniru” isi kandungan dr blog sesiapa. Di awal N3 tersebut, aku ada menyatakan SECARA JELAS yg fakta itu aku perolehi dari e-mail kiriman temanku. Aku sendiri tidak menyangka yg fakta2 tertulis di dalam e-mail tersebut diambil dr blog atehFaisal.


Makanya, dikesempatan ini, aku memohon kemaafan kpd atehFaisal krn kesilapan tersebut adalah tidak disengajakan.
Sesungguhnya aku tidak ingin mencipta sengketa apatah lagi mewujudkan salah faham antara atehFaisal, teman2nya dengan aku. Setulus Maya diwujudkan sekadar suka2, selain tempat aku meluahkan apa jua rasa yg tidak dpt diluahkan kepada sesiapa.


Memang diakui, kadangkala ada kiriman e-mail yg kufikir istimewa, kumasukkan sahaja kedlm Setulus Maya, tapi kemasukan tersebut jelas aku nyatakan bukan milik aku malah ianya kiriman e-mail dari sesiapa. Itulah kebenarannya. Aku tidak pernah sesekali ingin mengocak rasa hati sesiapapun jauh sekali menjadi perompak tak bertauliah. Mungkin aku harus mengambil iktibar dari kejadian ini. Tidak semua e-mail yg aku terima, faktanya adalah dari individu itu sendiri. Natijahnya, aku dikatakan telah menciplak contents milik insan lain.... Padan muka aku!. Tapi kejadian sebegini telah menyedarkan aku....
Makanya, demi menjaga hati atehFaisal, aku sudah pun membuang N3 tersebut. Pohon maaf sekali atas kecuaian ini.

No comments: