Wednesday, December 10, 2008

Pengorbananku

Muhammad Syafi Faris sepatutnya di masukkan ke wad pada malam Isnin lalu kerana mengalami sesak nafas secara tiba2. Aku memang panik sebab Faris tak pernah sesak nafas sampai macam tu sekali. Berbanding dgn angahnya, si bongsu aku ni bukan pengidap asthma yg kronik. Sebab tu bila dia tiba2 sesak nafas aku jadi gelabah. Aku & hubby bawa Faris ke HKL. Lepas ambik gas 2 kali, doktor kata dada dia masih belum ok. Doktor minta supaya anak aku dimasukkan ke wad. Aku bukan tidak sayangkan anak atau mengabaikan kesihatan dia. Tapi aku memikirkan andai Faris dimasukkan ke wad, aku mesti kena ambil emergency leave. Sudahlah office tak de orang, tak kan aku nak cuti pulak.... Fikir punya fikir, aku pun merayu apda doktor supaya anak aku diberi gas sekali lagi & ubat2an yg sesuai. Seandainya keadaan dia tidak berkurangan tengah malam nanti, aku akan bawa dia ke HKL semula. Aku tahu doktor tu tak setuju dgn tindakan aku. Tapi aku terpaksa. Lagipun hubby ada urusan penting esok & terpaksa pula semula ke Perak. Kalau hubby di KL pasti dia boleh jaga Faris dlm wad. Sudahnya doktor tu membenarkan aku pulang selepas mengambil ubat. Tapi kata doktor tersebut, apapun risiko, aku yg akan bertanggungjawab sendiri.

Sampai di rumah, aku beri Faris makan ubat & tidurkan dia. Sememangnya hujan dari pagi tak berhenti2, agaknya itu yg lebih memudaratkan keadaan Faris. Aku hanya bertawakal, memohon supaya keadaan Faris tidak teruk. Anakku lena walaupun dadanya masih berombak tinggi & nafasnya berbunyi. Menjelang 12 malam, (lepas aku siap packing brg2 hubby), tiba2 Faris menangis. Muka dia dah semacam. Dia batuk2 terus. Aku tahu keadaan dia tidak seperti yg aku harapkan. Kami terus bawa dia ke Reddy Klinik. Sangka kami selepas ambil gas, dia bertambah pulih. Sebaliknya Doktor Lee keluarkan surat supaya aku bawa anak aku ke HKL. Dia beri advise yg sama seperti Dr Jaya dr HKL awal malam tadi.

Kemudian, tiba2 hubby teringat kata2 Doktor Nadir Khan yg pernah merawat Fakhri sewaktu dia terlalu kronik suatu ketika dulu. Balik je rumah, kami jerang air panas & wap kan Faris. Belakangnya kami tepuk perlahan. Byk kahak yg keluar. Alhamdulilah, selepas melalui keperitan itu, Faris tidur lena hingga ke pagi.

Siangnya, hubby balik Perak & aku g office macam biasa. Walau aku bz dgn kerja2 aku, hati tetap ingatkan Faris yg tinggal dgn ibu dekat rumah. Dlm 1 jam, entah berapa kali aku call ibu. Dlm keadaan ini, aku amat bersyukur krn ibu sentiasa memberi yg terbaik dlm menjaga anak2 aku. Kata hubby, pengorbanan aku kpd bos cukup besar krn lebih pentingkan kerjaku dgn menggadaikan nyawa anak sendiri!...(aku rasa bersalah dgn kenyataan hubby. Nampak macam aku bukan ibu yg baik utk anak2nya. Padahal sebelum ini, aku pernah mengambil cuti tanpa gaji demi memastikan kesihatan anak2ku terpelihara).

Hari ni, aku panjatkan kusyukuran pd Allah SWT krn memudahkan segalanya. DIA anugerahkan kesihatan semula kpd anakku. Faris beransur pulih & pagi ini dia aku hantar ke sekolah seperti biasa. Pada cikgunya aku titipkan pesanan supaya anakku itu tidak dibiarkan aktif seperti selalu krn keadaannya belum sihat sepenuhnya. Semoga anak2ku senantiasa dilindungi dgn kesejahteraan yg berpanjangan. Amin.

No comments: