Si bongsuku, Muhd Syafi Faris memang peminat fanatik Spongebob. Aku sendiri x tahu kenapalah budak kecik ni minat sgt dgn spongebob. Sampaikan ayahku menggelarkan spongebob tu "cikgu" Faris. Manakan tidak, sekarng ni setiap pagi selepas gosok gigi, Faris akan minta benang dari aku. Bila aku tanye kenapa, dia kata, spongebob cakap lepas gosok gigi, buat macam ni (Faris memasukkan benang pda celah2 giginya) untuk bersihkan gigi.... Ek eleh.... Aku cakp dengan Faris, kalo tersangkut benang tu nanti, gigi awak berdarah... Then dia jawab, x lah... spongebob buat x berdarah pun.... adoi.... gigi spongebob tu macam manalah pulak???......
Selasa lepas, Faris ajak aku g pasar malam. Kesian tengok muka dia, aku pun ikutlah walaupun time tu hujan renyai2.... Aku tanye dia nak cari apa kat pasar malam. Dia jawab, jalan2 aje.... Aku pun ikutlah dia. Bila dah habis satu pasar malam kami tawaf, aku tanye lagi dia nak beli apa. Dia geleng, hinggalah dia nampak sorang pakcik ni jual belon.... kemudiannya dia nampak kat sebelah pakcik tu ada orang tgh "pam" spongebob... Ha, dia pun apa lagi... "Ibu,... Aish nak spongebob tu..."...
Aku beli aje untuk puaskan hati dia..... Krn ketiadaan abg2 dia, spongebob tu masih selamat hingga hari ini. Mungkin kalau abag2 dia ade, spongebob tu x kan "hidup" lama coz abg2 dia memang suka menjahanamkan mainan adik dia..... Alahai anak2 ibu......
No comments:
Post a Comment