Wednesday, October 29, 2008

Terkenang arwah nenek


Majlis itu sungguh meriah sekali. Ramai saudara mara yg hadir. Kami bersalam2an sebelum menjamah hidangan yg terhidang. Kemudian aku nampak kelibat nenek. Wajahnya tetap ayu & anggun sperti dulu2. Nenek senyum kepadaku sebelum menghulurkan tangannya & memelukku erat. Terasa kehangatan kasih sayang nenek menjalar ke seluruh urat sarafku. Tiba2 ayah panggil & aku mengikut dia ke ruangan dapur. Sewaktu aku membawa sedulang hidangan, aku mencari kelibat nenek yg tidak kelihatan. Tanpa sedar aku menjerit & melaung nama nenek berkali2......

Astaghfirulahhalazim.... Aku bermimpi rupanya.

Dah bertahun nenek pergi, tiba2 rindu itu hadir lagi. Meski hubungan aku & nenek tidak seakrab hubungan aku dgn arwah opah, aku tetap sayangkan nenek. Masih terngiang2 lagi ditelingaku suara nenek dlm bahasa jawanya. Apa yg aku faham, aku jawab & yg aku x faham, aku senyum. Kemudian nenek jawab, byk2 cucu nenek, kamu sahaja yg x reti bahasa jawa... hehehe, memanglah. Aku memang x reti @ x faham bahasa jawa sebabnya ayah sendiri tidak pernah berbahasa jawa dgnku adik beradik dr kecil hingga kami dewasa.

Aku & nenek memang tidak akrab. Jumpa pun hanya setahun sekali. Lagipula melihat cara nenek melayan ibu (biarlah ianya menjadi cerita aku & ibu) membuatkan aku "kureng" dgn nenek. Sebab tu sewaktu mendengar berita yg nenek sakit, aku tidak berhasrat utk menziarahinya. Sampailah abg Z menasihati aku & menyedarkanku bhw nenek itu adalah ibu ayah. Nenek adalah wanita yg telah melahirkan ayah ke dunia. Tanpa nenek, tiada ayah & tanpa ayah mesti tiada aku.... Aku akur & ikut abg Z ke Hospital Selayang. Nenek nampak sihat walaupun wajahnya pucat. Sewaktu aku cium tangannya, cepat2 dia tarik aku ke dlm pelukannya. Mungkin dia terkejut dgn kunjungan aku... Kami berbual seketika. Buat kali pertama dlm usiaku 27thn (waktu itu), nenek berbahasa melayu 100% dihadapanku. Kami berbual tentang mcm2 perkara. Sungguh aku tidak menduga bhw kemesraan yg luar biasa antara kami hari itu, adalah kemesraan utk pertama & terakhir kali. Seminggu selepas itu nenek pergi menyahut panggilan Ilahi. Malah sehingga hari ini aku masih terbayang, sayunya pandangan mata nenek terhadap aku setiap kali kami beradu pandang. Rupanya itulah renungan terakhir nenek. Mungkin saat itu nenek tahu kami tidak akan bertemu lagi... Maafkan aku nenek. Aku tidak membencimu tapi sekadar berkecil hati dgn layananmu terhadap kami adik beradik berbanding dgn layananmu terhadap cucu2 lain.... Jauh disudut hati, aku masih menyayangi dirimu.

Mungkin mimpi malam tadi adalah peringatan buatku (andainya aku sudah terlupa) bhw ketenangan nenek di alam sana adalah berlandaskan doa yg dititip oleh anak2 & cucunya.... Semoga nenek ditempatkan dikalangan hambaNya yg beriman & beramal soleh... Al-Fatihah...

Ini gambar arwah nenek di hari perkahwinannya. Siapa sangka lebih 30 tahun menjanda, pintu hati nenek terbuka utk berkahwin lagi. Usia nenek pada waktu ini 76 tahun, namun nenek masih anggun &bergaya...

Satu2nya gambar aku & nenek. Kenangan di hari perkahwinannya dgn atuk baruku.... Member2 yg tgk gambar kahwin nenek, semuanya kata nenek aku "vogue"..... hehehe....

No comments: