Tuesday, November 4, 2008

Kalau dah rezeki kita....

Last 2 weeks bos bagitahu aku yg Individual Title utk project kat BTS dah keluar... Tapi developer nak bagi firm lain yg buat MOT. Aku terkejut jugak dgn berita ni. Since berita belum sahih, aku buat dono jer. Tapi pagi semalam somebody from developer office, call aku maklumkan berita ni. Memang dah sah!... Kenapa jadi macam ni yek?... Fail2 project ni aku susun cantik2 kat rak & aku jaga dengan rapi (sejak tahun 2000 tau) sebab aku tahu bila Title keluar, aku kena siapkan MOT..... Tanpa rasa syak, aku pun call mamat kat developer office tu.... HH. Aku ringkaskan perbualan telepon aku dgn HH....

Aku : Assalamualaikum.... Apa khabor?....
HH : Walaikusalam.... Kabor baik... Eh, apasal ko call aku ni?
Aku : La, sejak bila pulak aku x boleh cl ko?....
HH : Bukan x boleh call.... tapi dah lama x dgr suara...
(lepas ckp2 kosong, aku pun direct to the point...)
Aku : Betul ke Title Block G & F dah keluar?
HH : Mana tahu? Saper bagitahu?
Aku : Tanye jer,... ada angin bertiup kencang, then sampailah kat telinga aku...
HH : (ketawa).... boss aku punya instructions, htr kat firm tu..
Aku : Kenape? Kan SPA aku yg prepare.
HH : Boss punya instructions, aku ikut ajer...
(lepas dah bersoal jawap dgn soalan2 bodoh yg malas aku nak citer kat sini, aku pun sound dia...)
Aku : Dulu, masa nak collect duit stakeholder yg sepatutnya aku x boleh released, ko boleh dtg office aku, jumpa bos, lepas tu skrg ko jawab ko x kenal bos aku ...... Terima kasih bro.... Setakat prepare MOT, aku x lahaplah. Kalo x dpt pun, firm aku masih boleh hidup!
HH : Lain kali, rajin2 dtg belanja aku makan, baru aku boleh lebih kurang dgn ko....

Aku x faham kenapa HH bersikap buruk macam ni. Akhirnya, berita yg aku perolehi dr sumber yg boleh dipercayai,.... komisen HH dr firm tu 50%... Patutlah HH berkeras nak firm tu yg buat. Tamak betul. Aku x kisah kalo dah memang rezeki firm tu,,..... tp HH memang sah tamak haloba & makan kenyang sorang2!!!....

Bila bos tengok aku termenung, ... bos nasihatkan aku...

Boss : Biarlah. Dah bukan rezeki kita...
Aku : Dulu, masa mula2 buat project tu, sy yg bertungkus lumus. Angkat fail, pergi pejabat depa..stay back sampai tgh malam utk siapkan SPA... Layan kerenah purchaser yg mcm2 hal.... Bila pindah office sini, sy yg berpenat lelah susun fail2 tu... Sia2 saya simpan fail2 tu semua....
Boss : Percaya ckp aku, kalau Tuhan kata itu rezeki kita, mesti kita akan dpt.....

Petang tu, staff HH yg baik dgn aku cl. Dia kata big bos dia dah tahu the truth. Ada somebody yg dah report kat big bos. HH kena panggil & kena basuh dgn boss dia. HH juga diarahkan utk batalkan instruction ke that firm & htr new instructions to our firm..... Kan betul ckp bos aku,.... kalo Tuhan kata itu rezeki kita,.. x de siapa yg boleh ambik......

Aku sebenarnya bukan nak dengki pd sesiapa. Aku sekadar nak mempertahankan hak firm ini. Yg paling penting, jerit perih aku masa memula buat SPA utk project tu. & fail2 ini adalah kenangan paling bermakna saat2 aku membantu HA membangunan H&S. Fail2 ini adalah rezeki pertama & permulaan langkah kejayaan H&S. Kerana fail2 ini juga, aku sanggup tinggalkan firm besar (gaji lumayan ooo) selepas HA meninggalkan H&S. Kerna itu, walau kini nama H&S hanya tinggal kenangan, fail2 ini adalah bukti kewujudan H&S suatu ketika dahulu. Bersama fail2 ini juga, byk kenangan yg terpahat antara aku & HA. DAN, fail2 ini adalah permulaan penghijrahan aku dr Litigation Department kpd Conveyancing....(sampaikan skrg aku rasa dah x expert nak buat litigation lagi coz dah terlampau concentrate kat Conveyancing matter...)... heheheheeeee.......

Padan muka ko HH....... kena marah dgn bos ko....... wakakaa.....

*** sebelum HH, RZ yg handle project ni & aku ada good relationship dgn RZ..... Mana hilangnya RZ sekrang ni?..... Kalo dia ada lagi, mesti aku x sakit hati sampai macam ni sekali!

2 comments:

dina said...

biasala maya... developer memang gitu... time memula diorg memang cam bagi harapan kat kita. bila dah title kuar, diaorg buleh cari firm lain. aku dulu pun penah kena baper unit je kitorg buat MOT... sadis betul. sian gak bos aku!

Maya said...

alah, mamat yg nak potong line aku ni nak cari "lomisen" lebih dr firm member dia!.... aku dah bahasakan dia cecekup dah. Padan muka dia!