Thursday, November 20, 2008

BILA NYSRAH KATA TAK MAHU

Novel ni member aku (TAM) yg rekomen. Dia dah baca, then dia minta aku baca pulak. Katanye novel ni best. Since aku ni dah jarang keluar melepak kat bookshop, aku pun order online jer from JS. So far, buku2 terbitan JS yg aku dah baca memang best. Antara terbitan JS yg terawal aku dptkan,.. Surat Ungu Untuk Nuha (Noor Suraya), Lili Buat Najah (Nazurah Aishah), Garis2 Dejavu( (John Norafizan) & 5 Tahun 5 Bulan (Hlovate)… Semua novel2 ni, perghh…. Memang best!

Member aku ni nak sgt tahu pendapat aku tentang novel Aidil Khalid ni…. Macamlah aku ni penulis professional nak suruh aku komen. Aku tak suka komen2 novel yg aku baca. Sebabnya bagi aku setiap penulis ada gaya mereka tersendiri. (Sebenarnya member aku ni x puas hati bab ending novel BNKTM ni…..)

Aku pun bacalah BNKTM……………. Ianya mengisahkan tentang Nysrah yg begitu berani (pendapat akulah). Setiap kali cuti sekolah, dia akan menaiki keretapi bersendirian dari Kelantan ke Bahau. Nasibnya malang, bertemu dgn org gila yg cuba mencabulnya (sebenarnya pencabul ni seorang Sarjan)… kehilangan beg termasuk duit & dokumen penting pengenalan diri… Krn nasibnya yg malang juga dia bertemu Budi Alam. Lelaki ini membuat Nysrah dibuai perasaan & lelaki ini jugalah tempat Nysrah meluahkan rasa hatinya. Namun tatkata dia ditimpa musibah, lelaki yg digantung harapan begitu tinggi untuk membelanya ini, berpaling lalu meninggalkan dia. Bukan silapnya utk menanggung aib itu sendirian. Tetapi sikap tidak bertanggungjawab pihak2 tertentu hinggakan Nysrah merasakan dia tidak perlu meneruskan perjalanan hidupnya.
Sepatutnya sedari awal, Haji Qulai ataupun Cikgu Haszreef memikirkan tentang keselamatan gadis seperti Nysrah.

Lalu,…..

… dalam kegelapan biliknya itu, Nysrah menunduk, dia melihat perutnya sendiri. Belum nampak besar lagi. Masih lagi seperti biasa. Cuma rakan-rakannya sahaja yang mengatakan dia sudah agak tembam. Malah dia sendiri sudah nampak wajahnya di cermin sudah agak tembab. Mungkin dalam sebulan lagi, perutnya akan mula memboyot…

Pandangan Nysrah dikembalikan ke pergelangan tangannya. Mata gunting masih belum digoreskan lagi. Dia masih berkira-kira lagi. Benarkah itu jalan keluar dari masalahnya?.....

Itulah jalan keluar bagi Nysrah. Dia buntu & hilang pertimbangan diri. Kasihan dia. Aku simpati dgn nasib malang Nysrah. Tapi aku tahu, tekanan perasaan yang membuatkan Nysrah nekad bertindak demikian. Bukan salah Nysrah tapi salah mereka yg tidak mahu memikirkan keselamatan Nysrah!!!...

Secara keseluruhan, aku suka karya ini. Penulisnya begitu telus & berterus terang dalam setiap kejadian. Gaya bahasa yg tidak berbelit2 & mudah difahami. Tapi seperti TAM, aku juga tak puas hati bab ending. (Maaf Encik Aidil!)… Mungkin kebanyakan novel yg aku baca, ada ending yg jelas. Tapi tidak dlm BNKTM. Aku tertanya2 tentang pengakhiran perjalanan seorang Nysrah. Apakah yg terjadi dgn kandungannya, tentang persekolahannya…. Apakah nasib malangnya (yg dirogol) mendpt pembelaan sewajarnya. Paling tidak aku ingin sekali mengetahui apakah sikap buruk Sarjan Jaafar dpt dihidu oleh pihak atasan. Atau mungkin akhirnya Budi Alam bisa memahami kemelut yg sedang Nysrah lalui.

Apapun aku seronok membaca karya ini. Tahniah utk penulis yg begitu berani menyelongkar hakikat sebenar yg berlaku dlm kehidupan ini!....


Kepada Encik Aidil Khalid, mungkin perjalanan Nysrah ada kesinambungannya dlm BNKTM (2)……?.....

2 comments:

Abang Long said...

Sebenarnya penamat itu terlalu penting. Tidak kisah samada manis atau pahit.

Maya said...

Betul abg long, selalunya penamat sesebuah cerita menjadi perhatian penting bg sesetengah pembaca..