Thursday, November 13, 2008

Result UPSR

Aku masuk office lewat sikit sebab tunggu Shahrul Zulfazly amik result UPSR. Lebih kurang 10.30 a.m. result diumumkan. Hati aku yg berdegup sebenarnya. Muka budak tu?... eleh, selamba dek jer........... Student tahun 6 sekolah dia adalah dlm 100 lebih. 8 orang dpt 5A, 9 org dpt 4A.... Lain2 tu, mungkin cukup2 makan.... Nak tahu Fazly dlm golongan yg mane?..... hehehe,.. aku dah puas menangis pagi tadi sebenarnya ni. Mungkin bukan rezeki Fazly untuk jadi pelajar cemerlang dlm UPSR tapi aku bersyukur dgn pencapaipan dia. (Walau dlm hati sedikit kecewa)... Alhamdulilah, dia dapat 2A 3B. Aku tahu dia sedih & kecewa sebab waktu percubaan dulu dia dpt 5A.... Hasrat dia nak ke MRSM pun pasti tak dpt dipenuhi kerana keputusan sedemikian. Aku tidak meletakkan kesalahan pada Fazly krn aku pernah berada ditempatnya. Ibu juga pernah meletakkan sasaran 5A sewaktu aku amik UPSR dulu. Tapi aku sekdar membawa pulang 4A. Airmata Fazly pagi tadi benar2 meruntun hatiku. Kecewakah dia dgn keputusan sendiri atau kecewakan dia kerana membuatkan aku sedih....

Apa yg pasti, aku gagal menahan perasaan sendiri. Tanpa sedar, aku turut menangis sewaktu memaklumkan abg Z tentang keputusan Fazly. Hubby kata aku perlu bijak mengawal emosi sendiri supaya Fazly tidak menyalahkan dirinya sendiri. Perjalanan Fazly masih jauh. Dia punya byk waktu untk perbetulkan kesilapannya. Insyaallah, kekecewaan hari ini akan membuka jalan untuk dia lebih berjaya pada masa akan datang.

Aku akui aku kecewa dgn keputusan Fazly. Dia anak aku yg sulung. Bijak dan pandai walaupun malas mengulangkaji. Pandai membaca sejak usia 5 tahun. Setiap akhir tahun pasti dia akan naik ke pentas menerima anugerah cemerlang semenjak darjah 1. Menjadi pengawas sekolah semenjak darjah 3. Guru2 pula sentiasa memuji kepintaran dia sewaktu dalam kelas tiapkali aku ambil report card dia. Sebagai ibu, aku sungguh berbangga . Besar harapan aku supaya dia menjadi contoh terbaik untuk Fakhri & Faris. Tapi hari ini, dimana silapnya hingga dia gagal mendapat 5A?.... Salah akukah kerana sering membebel kalau dia tak tgk buku atau salah dia sendiri krn over confident?.....

2 comments:

dina said...

maya, perjalanan dia masih jauh. bersyukur dengan penncapaian dia. dia juga kecewa dengan pencapaian itu. tapi dia sudah lakukan yang terbaik untuk kau dan suami. beri dia peluang lagi. tidak dapat masuk MRSM tak apa. MRSM bukan ukuran untuk dia jadi seseorang. Tahniah dari aku kerana pencapaian itu, jangan kecewa!

Maya said...

thx for the support Dina....