Thursday, November 27, 2008

Angin lagi!

Hari ni dah Khamis, tinggal 1 hari jer nak tiba Jumaat. Entah kenapa minggu ni jadi minggu yg menyakitkan hati. Rasanya semua insan2 kat sekeliling aku (yg berkaitan hal opis jer tau!)... ni asyik menyakitkan hati aku jer.
Petang semalam, aku rasa nak sepak jer muka pompuan LHDN yg jawab phone aku..... (pekerja "gomen" yg sah2 makan gaji buta!!)

Aku : Saya nak tanya pasal Notis Taksiran, no.........

Pompuan : Kejap
(Telefon x hold, aku boleh dgr dia menceceh pasal masak
asam pedas mak mentua dia.... pasal laki dia lah..)

Hampir 10 minit kemudian... (telinga aku dah berasap)....

Pompuan : Notis Taksiran dah keluar 11hb....

Aku : Eh, last friday sy call (14hb) kata siap lagi.... Sekrg kata
dah keluar on 11 pulak..... Boleh saya collect by hand?

Pompuan : Sorry Cik, kami dah pos.

Aku : Bila?..

Pompuan : Notis tarikh 11hb, dah pos lah!... (Nada tinggi, mcm nenek
lampir suara dia)..

Aku : Kalau dah pos kenapa sampai hari ni sy x dpt lagi....
From KL to KL x kan tunggu sebulan nak sampai....

Pompuan : Tunggu je lah Cik... (terus letak phone tanpa sempat dgr
sepatah dua kata dari aku)....

Memang sah pompuan tu nak kena tangan dgn aku. Nasib baik dia kat hujung talian, kalau depan mata aku....dah lebam bijik mata kau!!...

Aku bukan tak faham keje org "gomen", tapi aku bengang dgn cara depa. Kenapa susah sangat nak bersikap sopan dgn client. Dah la sesama melayu, sesama Islam.... tak tahu ke budi bahasa tu budaya kita?... (Cikgu dia tak sempat ajar masa sekolah dulu la tu!!)...

Pagi ni aku g amik surat kat box..... masih tiada Notis Taksiran yg aku tunggu tu... Siot punye pompuan .... @!@!@!@!@!@...
ANGINNYEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!!!!!!!!!!!!!!......

2 comments:

dina said...

kau pun sama tunggu Notis Taksiran? Hahahaa... sama dgn aku... apekejadahnya sekarang diorg suka main pos2 je. kalau lambat suruh org bayar penalty. macam hampeh. bila nak collect kata dah pos, aku ni dah seminggu dia kata dah pos tak sampai2. rasa nak sepak je pos box tukan. dulu, diorg kol n inform Notis taksiran dah siap boleh collect. la ni main pos suka ati je. haighhhzzz...

Maya said...

entah apa masalah deorang sampai buat kita tersiksa macam ni kan?... rasa nak lepuk jer...