Thursday, January 15, 2009

Aku adalah aku...

2-3 hari ni aku byk menilik diri sendiri. Segala kekurangan & kelebihan aku catatkan. Tapi aku tahu bukan aku yg sepatutnya menilai setiap kekurangan mahupun kelebihan diri. Setiap manusia memang tiada yg sempurna. Tahun ni umur bertambah lagi @ dah jadi 33. (Nasib baik aku lahir bulan December, so belum genap 33 la kan!... hahaha).
Aku ingin memiliki kebahagiaan yg hakiki. Bukan bermakna hidup aku tidak bahagia kini, tetapi adakalanya aku merasakan kehidupan ini masih ada yg kurang. Entah dimana kurangnya, aku sendiri tak pasti.
Ibu kata aku terlalu byk memendam perasaan. Benarkah?.... Mungkin bagi aku tidak salah andai segalanya aku pendam sendirian krn aku tidak mahu ada hati yg bakal terluka atau tersinggung. Biarlah rasa pahit ataupun manis itu aku telan sendirian.
Memang beginilah seorang aku. Ketawa bila aku gembira. Menangis bila aku bersedih. Bahagia bila aku dihargai. Kecewa bila aku dilukakan... (pastinya kalian juga sama seperti aku!). Dan apa yg pasti berkenaan seorg aku, rahsia di hati tiada siapa yg tahu!...
Eh, apa yg aku merepek ni????.......

2 comments:

Sulela said...

Ni bukan merepek...sekadar menilik diri sendiri, kannnn...hehehe

Maya said...

nak jumpa tukang tilik x dpt, tiliklah diri sendiri....